Followers

Thursday, June 5, 2008

fuel hike...oooOOOoo

Malam tadi aku mmg nak isi minyak..on the way balik keja tu da dengar dalam keta dari radio Era bg confirmation pasal kenaikan harga minyak.Aku pastu call abah and kakak aku bagi tahu hal tu.Masa kat opis sebelum tu pun diaorang da bg tahu pasal kenaikan tu.Tapi aku wat tak tahu jea lah..ialah mana lah tahu sajer rumour jea.
Dan aku duk dalam kereta kat sejauh kurang 50 meter utk masa 1 jam lebihhhh..jem lah.Aku isi minyak dalam 21 liter utk rm40,setelah ku kaji-kaji sikit.Kereta aku full tank dalam 30 liter lah gitu..so 30 liter x rm 2.70 = rm81 untuk pergunaan 5 hari bekerja dan mungkin extra leh guna kereta hari sabtu.. padahal sebelum ni 
30 liter x rm 1.92= rm57.60
So kena add rm 23 per week.
Alhamdulilah aku cuma pakai kereta WIRA 1.5 auto.Klu saper2 yg pakai kereta more than 1.6...aduhhh..sakit nyer kan..Ada hikmahnyer aku x jadi beli kereta NAZA CITRA 2.0 AUTO.

Sebenarnyer aku ingin bersama merasai camana payah nyer beratur panjang untuk mengisi minyak apabila perkara2 camni terjadi.Memang ia bukan berlaku tiap2 hari.Aku dalam kereta ketika nak tunggu my turn isi minyak melihat macam2 perkara.Truely color rakyat malaysia...AMAT SUKA POTONG LINE KLU BERATUR PANJANG.Mana lagi yg HANYA MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI JE LEPAS.Nyaris juga malam tadi aku tak jadi polis trafik..aku hangin tul dengan orang yg drive kereta baru2 ni..takut sangat kereta diaorang calar..so leh stand still dengan distance yg jauh dari kereta depannyer..AS a result kereta dari arah tepi terhalang..so..Mana2 kereta yg sudah mengisi minyak pun terpaksa duk jea situ..tak boleh pergi mana2.Sebab tu jem makin jem....
Itu belum lagi yang kalut nak isi minyak penuh2 sampai minyak da melimpah ruah dari tangki kereta.Dari nak jimat sudah rugi..tu lah orang TAMAK mmg selalu RUGI...
Ialah im saving almost rm 17 last night for my fuel...alhamdulilah.Bukan ceritanyer aku ni tak de duit..sebab tu aku saja2 campak diri aku with my wira dalam gerombolan manusia yg mungkin 'kurang duit'.Tapi berjimat itu kan baik..dan membazir itu adalah kerja syaitan.
Lagipun klu da lama sangat asik senang jea...APA MAKNANYER KEHIDUPAN INI...tiada surutnyer..Lama2 takut diri jadi RIAK...jadi SOMBONG..MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN...ialah da terlalu senang...aper nak semua nyer dapat.Tak kisah lah duit tu dari saper datang nyer..yang penting senang.
Itu yg aku tak nak jadi...aku tak mahu..kesenangan MY BELOVED FATHER mengalir deras kat aku..macam highway tak de TOL.Di beri peluang mmg aku lebih suka seperti mengikut jalan kampung...biar lambat asal selamat dan gembira melihat kehijauan keadaan sekeliling.Kerana itu yg aku tengah buat sekarang.
Aku MALU amat MALU dengan abah sekira nyer aku yg sudah ada FAMILY sendiri tapi masih menadah tangan meminta DUIT pada abah.Biar aku mencari kesenangan dari duit aku sendiri..wlu duit aku tu tak banyak..tapi alhamdulilah aku happy.Tapi aku amat PELIK dan juga JELIK dengan orang yg sudah berkawin..sudah beranak pinak...sudah bersuami..sudah beristeri tapi masih membuat PARENT mereka sebagai MESIN ATM..minta saja aper2 nak.Sedang kan mereka da bekerja..ada gaji sendiri..tapi kerana TIDAK PANDAI MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI mereka masih seperti bujang dahulu...menggunakan mesin atm special nie.
Kalau aku dapat suami macam nie...ish..tapi mmg aku tak dapat pun suami macam ni..Sebab KEBENCIAN aku kalau lelaki yg hidup nyer bergantung dengan parent nyer.They are not my taste!!!!!.Sah2 mereka tak tahu berdikari...sah2 jugak everything refer to parent...Sudah nyer aper jadi perkawinan itu..Da tak de privacy...kehidupan husband and wife...di control parent...ahhhh....sebab aper mesti dengar cakap parent..ialah klu melawan..pastinyer kad atm special di tarik.Dan kerana tak nak dan tak mahu hidup 'sedikit' susah..redha jer....kehidupan suami isteri di SUSUN CUKUP 'INDAH' oleh parent.And what kind of life will they have in the end!!!

Aduh jauh menyimpang aku da...hahahehehe

Base on utusan today stated that "Siapa layak dapat subsidi tunai"

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.
Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.
* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.
* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.
* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.
* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.
* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.
* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.
* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.
* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

Tarif baru elektrik 1 Julai
* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.
*Tarif yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini, sebanyak 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar yang sama iaitu dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60 sebulan.
*Struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 kWj ke bawah setiap bulan.
*Di bawah tarif itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan tarif bagi kediaman sebanyak 21.8 sen bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan dari 201 kWj sehingga 400 kWj dengan caj minimum bulanan ialah RM3.

3 comments:

13may said...

bila la nak naik gaji nih...hmmmm

Diana Ishak said...

what a long rant...ko sakit ati ngan saper ni?

hihihi.

Ms Haslina said...

13may ~ gaji naik pun bukan jalan penyelesaian pun...aper2 hal...kena start slow2..ubah cara hidup kearah lebih 'selamat' dgn gaji yg sedia ada..
tq for coming..

Di ~ kau ni mmg best lah..direct to the point...aku suka...
mmg aku ada sakit hati lah..kat sorang lelaki nie..lelaki nie ex bf aku...da lama benar simpan..sedar2 tak sedar aku tertulis hal tu dalam post kali nie..
tp aku tulis tu da kira general tu..
hihihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails