Followers

Monday, April 27, 2009

Crocodile Farm Seafood Village

Petang ahad sampai sahaja ke KL dari Kuala Pilah, kami terus ke rumah kakak di BK5,Puchong. Ada hendak hantar barang. Seperti biasa kami kalau sampai rumah kakak around dekat hendak malam, comfirm kakak mengajak dinner di luar bersama. Aku pula memang sudah melandingkan diri di sofa sampai-sampai rumah kakak. Siap tertidur sekejap aku. Haziq pula syok jumpa cousin tersayang dan mereka bermain itu dan ini sampai sudah tidak larat aku hendak marah kan mereka yang kejap-kejap 'bergaduh'..kejap-kejap lagi pergi bermain didapurlah...kejap-kejap lagi pusing segala button volume speakers sana sini dan bermacam-macam lagi kerenah mereka bila sudah berjumpa berdua.

Dekat jam 8 lebih, kami keluar dari rumah sekereta sahaja menuju ke Crocodile Farm Seafood Village Restaurant yang terletak di Subang Jaya.
Jangan terpedaya ok!
Nama sahaja buaya, tapi langsung tidak ada menu daging buaya dekat
restaurant itu.

Di pintu masuk restauran ini terdapat pelbagai makanan laut yang masih hidup terletak didalam tangki kaca. So boleh tengok lobster besar-besar itu secara depan-depan. Yang paling gembira ialah si kecik dua orang, begitu teruja melihat fish hidup. Tetapi malam itu kami tidak lah makan lobster...mahallll oit.


Kami makan seperti gambar-gambar di bawah. Aku tidak tahu menahu pun apa yang di order oleh kakak. Maka tidak aku tahu apa kah nama lauk-lauk tersebut.
Erm..semua makanan@lauk memang tidak pedas langsung. Sama macam masa kami makan di restauran Cheng Ho@ restauran Amy Search di Wangsa Maju awal bulan hari itu.
Memandangkan semua sudah lapar, sebab sudah masuk pukul 9pm masa itu. Apa sahaja yang telah diorder telah dihabiskan dengan laju sekali.HEHEHHE


Aku suka service dekat restauran ini. Layanan baik dan cepat. Kalau chinese tea itu sampai naik kembung perut aku di buat nya. Ialah kan..asal nampak suku sahaja aku baru minum..sudah cepat sahaja di tambahnya.

Haziq ini bukan makan pun, penuh bawah kerusi dia dengan segala makanan termasuk pinggan sup juga sudu dibuang semuanya.
Rambut baru Haziq :)

Memang aku tidak tahu pun asalnya air ini ialah untuk basuh tangan. Ialah kan, aku bukan biasa makan tempat-tempat seafood ini. Terima kasih daun keladi pada kakak aku yang memang rajin belanja makan sana sini. Semoga rezeki kaklang dimurah kan lagi oleh ALLAH..AMIN..

Rehat kan diri.

Assalamualaikum,

Hari Khamis lepas memang aku sudah planning akan balik kampung emak malam itu juga. Sampai rumah lepas habis kerja terus kemas-kemas barang mana yang patut. Dalam lepas mandi malam itu, badan sudah rasa macam tidak sedap. Ialah siapa-siapa di office pun tahu kalau tengok muka aku since aku duduk di makmal.......muka penat dan tidak bermaya. Memang aku akui, aku sungguh penat.

Sedang aku masih berkemas-kemas, aku rasa memang sudah flat. Tambah lagi muka aku belah kanan macam berdenyut sikit. Dua tiga hari before itu pun, gusi-gusi aku ada sakit sikit. Kalau diikut kan itu semua memang macam petanda aku mula kena sakit BELL'S PALSY masa bulan february lepas. Tapi aku tahu, aku tidak mungkin kena lagi sakit itu. Cuma aku tahu kenapa aku ada petanda semua itu....sebab aku stress dan penat.
Lepas aku beritahu En Hendra dan juga sms abang ngah, aku terus tidur dengan seluar jeans dan t.shirt. Barang-barang semuanya yang tengah hendak di packing..terus terbiar sahaja.

In the end aku tidak jadi balik ke kampung emak malam itu. Sedih memang sedih, ialah tidak pernah sekali pun kalau ada apa-apa di sana, aku mesti balik. Siap kakak aku call dalam jam 12 lebih malam itu tanya kenapa aku tidak jadi balik. Ialah family aku semua masa itu sudah ada di Gelang Patah.
Tapi kali ini memang aku tidak larat sungguh.

Malam sabtu itu, kami sekeluarga balik Kuala Pilah. Memang tidak ada orang pun dirumah kampung.
Hari sabtu petang rambut Haziq selamat dipotong. Panjang sangat rambut anak aku ini. Mula-mula hendak kemaskan sahaja rambut Haziq dikedai itu. Fikir-fikir En Hendra cakap, biar botakkan sahaja rambut Haziq.
Kecian Haziq....hehehehe...semua orang jumpa dia semalam complain pasal Haziq dengan tidak ada rambutnya.
Memang tidak di nafikan...Haziq nampak lain dengan fesyen rambut botak itu.

Emak aku masih di sana. Insyallah hari khamis malam, kami akan ke Singapore...ambil emak.

Kain baju aku, En Hendra dan Haziq tetap kekal dalam beg.

Thursday, April 23, 2009

Mohon sedekah kan Al Fatihah untuk makcik tersayang.

Gambar ini di ambil pada 11 october 2008. Masa bulan syawal, pertama kali makcik aku Fauziah binti Asyik di masukkan ke hospital kerana sakit....
Dalam jam 4pm tadi emak aku call dari sana. Makcik aku telah kembali ke pangkuan Allah swt.
Malam ini lepas habis kerja aku dan semua keluarga akan balik ke Singapore. Insyallah arwah akan dikebumikan pada hari ini juga.
Mohon sedekahkan al fatihah untuk makcik yang cukup aku sayangi. Terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

General Hospital - location Singapore

Dalam jam 7pm sabtu lepas, sedang 'syok' main games MCF, kakak aku call. Adik mak aku yang memang sedang sakit di masukkan ke ICU di General Hospital, Singapore. Selepas operation dalam lepas raya puasa tahun lepas, memang Bik Oja, bercuti sakit dari kerja dan dia dijaga oleh salah seorang makcik aku yang lain.

Kakak dan adik aku memang tidak boleh balik terus ke Singapore malam itu. Kemungkinan hari rabu atau khamis baru diaorang free dan ambil cuti. Aku pula, memandangkan hari itu hari sabtu bagi aku tidak ada masalah nya untuk menghantar emak ke sana malam itu juga. Ialah, kita tidak tahu apa akan terjadi nanti....lagi pun aku kecian dengan emak asyik menangis saja lepas makcik aku call dari hospital beritahu keadaan Bik Oja aku. Dalam petang hari ahad boleh balik ke KL semula. So aku berbincang dengan my sister and call semula abah untuk memberitahu rancangan aku itu..sebab apa-apa hal memang perlu persetujuan dari abah kerana abah pun bukan boleh balik sana lama-lama. Apabila semua sudah selesai, aku start packing baju untuk Haziq, aku dan En Hendra. Kami akan ke sana semalam sahaja. Lepas itu emak akan tinggal di sana dan insyallah nanti kakak aku akan ambil emak balik kg semula.

Jam 10.30pm, kami sampai di Kuala Pilah. Lepas isi kad putih untuk emak dan abah kami terus gerak kerumah abang ngah aku di Juasseh. Tepat jam 11.2opm kami bergerak dari Juasseh ke Gemas dan makan di Labis dalam jam 1am. Banyak betul roadblock malam itu. Ialah malam minggu kan. Dari situ kami teruskan perjalanan ke Segamat dan akhirnya masuk highway ke Gelang Patah dan berpagi ' tidur' disitu. Kami tidur dalam jam 3am lebih di Leisure Farm Gelang Patah.

Dinner di Labis. Dekat jam 1am.

Jangan tidak percaya, abang ngah aku tu layan 4 hours sahaja perjalanan dari Kuala Pilah ke Johor Bahru. Padahal kalau ikut jalan lama, sepatutnya perjalanan memakan masa dalam 5 jam begitu. Aku rasa macam naik flight pula hari itu...ialah kereta kalau sudah laju pasti nya 'terbang' sikit bila lepas lalu mana-mana jambatan. Faham-fahamlah jambatan negara kita ini...mesti tinggi sikit dari jalan raya.

Lepas breakfast di highway, kami terus masuk Singapore pagi ahad itu. Sempat juga abang ngah aku tukar duit sikit...tapi punya lah kecil nya duit kita. RM100 = SingD 40.30 sen sahaja. Aduhhh...sakit sahaja kan. Tapi aku nampak abang aku ada beberapa helai note SingD 50 dalam purse dia...mungkin dia sahaja tukar duit.

Masuk sahaja highway sudah nampak tol, kena bayar RM10.80 untuk melalui jambatan dan kalau pergi balik RM10.80 x 2 = RM21.60. Lepas checkpoint Malaysia terus lalu jambatan dan nampak laut terbentang luas kiri kanan jambatan. Pagi itu checkpoint clear sahaja, tidak banyak kereta. Lepas cop pasport seharus nya minta kad putih banyak-banyak dari situ untuk kegunaan lain kali. Memang dapat banyak pun..lagipun kad itu free sahaja.

On the way ke TUAS checkpoint.

Kerana kali ini kami masuk sana dengan kereta lain, kereta baru abah, so kena lah pergi parking kereta lepas cop pasport itu untuk pergi beli kad autopass yang baru. Memang satu kad autopass ini untuk kegunaan satu kereta sahaja selama 5 tahun. Satu kad itu berharga SingD 10. Dan satu kereta mendapat 10 hari free entry selama setahun start dari tarikh pembelian kad tersebut. Sabtu dan Ahad memang free entry pun, bermaksud tidak perlu membayar SingD 30 sekali masuk kalau masuk ke Singapore selain dari hari Sabtu dan Ahad. Juga jangan lupa kalau Malaysia ada tol, di sana pun ada tol......ermmmm. SingD 9 pergi dan balik.
Dalam masa 30 minit kami sudah sampai di rumah nenek aku di Chua Chu Kang.

Lepas melawat nenek dan parking kereta di tempat yang sepatutnya, kami bergerak naik MPV ISIS 7 seats pakcik aku. Sampai hospital, pergi lunch dulu. Lepas itu terus melawat makcik aku yang berada ditingkat 8 hospital.

Abang ngah aku sabar melayan Haziq di meja makan di kantin hospital.

Memang panas tengahari itu, layan benda sejuk-sejuk..sedappp.

Haziq layan kolam ikan ditepi kantin.

Memang sebelum pergi dekat katil Bik Oja aku, aku perlu bertenang dulu..sebab diaorang semua sudah pesan, jangan menangis depan Bik Oja...nanti dia bertambah sedih. Memang tidak lama aku berdiri depan makcik aku........aku sebak dan sedih.......memang menitik air mata aku. Lepas salam dan cium pipi dahi Bik Oja..aku terus ke tempat lain. Aku sedihhh...sampaikan aku tidak sanggup hendak ambil picture dia.

Memang ramai seramainya family sebelah emak aku berada di hospital. Nenek aku ada 5 adik beradik dan nenek adalah anak pertama. Manakala setiap nenek saudara dan nenek aku sendiri ada anak semua nya lebih dari 10 orang...kiranya berbelas-belas begitu. So memang berpuluh-puluh lah sepupu emak aku. Itu belum kira anak-anak sepupu aku.

Sebahagian family di Singapore. Habis semua sofa di situ kami buat tempat lepak.

Kejap-kejap aku salam cium tangan kalau ada sepupu emak, nenek saudara, family sebelah pakcik aku, family pakcik-pakcik aku sendiri, family sepupu-sepupu aku, sepupu-sepupu aku...sungguh-sungguh ramai. Lepas itu mereka bukan melawat dan terus balik, tapi melawat dan stay 2 - 3 jam gitu, sambil bertanya khabar sesama saudara mara.
Tapi aku gembira dan seronok berada dikeliling mereka..walaupun aku kurang kenal dengan anak-anak buah pakcik aku..tapi asal aku ini yang tua...confirm salam cium tangan. Kalau ada yang makcik, nenek yang datang pulak mesti hulur sahaja tangan depan aku...aku pun terus salam cium tangan sekali. Alhamdulilah memang kuat sungguh ikatan kekeluargaan sebelah emak aku ini.

Dan kitaorang stay kat situ berjam-jam until jam 5pm rasanya. Lepas pakcik aku hantar kitaorang pergi kekereta. Lepas jumpa semula nenek di rumah...kami bertolak balik ke Malaysia. Emak aku tinggal sana.

Kata Doc, makcik Fauziah aku ini hanya ada masa dalam sebulan lagi sahaja hayatnya. Semalamnya itu pun 2 botol darah telah dimasuk kan kebadan makcik. Masa aku melawat itu pun masih di masukkan oksigen melalui hidungnya. Makcik memang tidak mampu bercakap lagi kerana ada 3 ulser di tekak dia akibat dari rawatan yang di jalankan sebelum ini. Makcik aku ini merupakan adik perempuan bongsu emak aku. Umur dia masih belum masuk 50 tahun lagi. Sekarang ini kami di sini kena sentiasa bersiap sedia atas apa pun perkara yang ALLAH tentukan kan kelak.
Semoga ALLAH permudahkan segala-galanya...amin ya rabbal alamin. Aku kecian tengok penderitaan yang ditanggung nya.
Allah maha mengetahui segala-galanya.
ALLAHUAKBAR.

Thursday, April 16, 2009

testing

testing

Wednesday, April 15, 2009

aku mencari MOOD.


Mood
OOO ooo mood..dimana kah kau wahai mood?


Lately ini disebabkan aku penat dan penat. Ialah kan...selalunya pagi-pagi aku terus masuk makmal, waktu lunch hour baru aku balik office. Lepas itu kembali ke makmal semula dan dalam jam 5 pm baru kembali lagi ke office. Dan aku akan balik dalam jam 6 pm lebih. Memang terasa sungguh letih badan ini compare dengan masa mengajar. Aku rasa macam tidak ada idea langsung untuk update blog aku ini. Pada hal nya banyak sungguh cerita-cerita aku masa bercuti selama di kuala terengganu hari itu.

MOVIE
Lepas itu since balik dari cuti-cuti ini aku lebih kepada mengemas rumah sahaja. Juga kalau ada waktu lain lagi, kami sefamily menonton movie yang En Hendra sudah siap sedia download. Bayangkan lah, untuk movie The Curious Case of Benjamin Button makan masa 3 malam untuk di habiskan tengaok keseluruhan cerita. Bukan apa..banyak benda lain hendak dibuat dari duduk mengadap tv sahaja. Lastly aku macam sudah terlupa sikit permulaan movie itu.

Synopsis movie - What makes Button such a curious case is that when he is born in New Orleans just after World War I, he is already in his eighties, and proceeds to live his life aging in reverse

Orang putih ini macam-macam sungguh kan, boleh dia orang terfikir untuk buat cerita manusia dilahirkan dalam fizikal baby tapi dalam kedaan tua. Lepas itu membesar dari tua ke dewasa ke remaja dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan baby yang baru lahir.
Bayangkan semasa bekas isteri dia telah pun tua, lebih dari 60 tahun rasanya, isteri dia mengambil alih menjaga Benjamin yang sudah masuk kealam remaja dan akhirnya Benjamin mati dalam jagaan bekas isteri nya dalam keadaan dia kembali seperti baby baru lahir.



GAMES
Lagi-lagi masa yang lain aku sibuk layan Big Fish Games - Mystery Case File:Ravenhearst . Aku memang kegilaan sungguh kalau layan mana-mana version Mystery Case File ini, sampai sanggup aku baca forum untuk selesaikan mana puzzle yang memang stuck tanpa jalan penyelesaian. Aku start main game ini masa tahun 2007. Memang aku suka main game ini sampai sekarang.

Memula memang perlu cari hidden objects seperti contoh dibawah. So bila lepas itu perlu selesaikan puzzle dalam pelbagai bentuk dan masalah seperti gambar kedua dibawah. Selalunya part puzzle lah yang paling susah. Sebab itu kena rajin baca forum --- sungguh tak ada kojo den ni kan..hahahah---







Tuesday, April 14, 2009

PeAcE no WaR..

Amat penat sebab aktiviti PADAT (jemputan makan luar rumah) dari malam sabtu until malam tadi. Lepas itu as usual..ala-ala penat juga dengan tanah-tanah kesayangan aku itu.
Aku suka gambar ini.
Chow.
Selamat bekerja untuk semua kawan-kawan tersayang. Kerja itu sendiri adalah satu ibadah.

Friday, April 10, 2009

kuala terengganu warnai hidup aku.

Tengah mood bercuti lagi masa ini.Picture taken di bilik hotel di kuala terengganu hari itu.

Friday - 10 april 2009
Kepenatan tetap MENU UTAMA aku setiap hari minggu ini. Seriusly tak terikut aku dengan kepantasan mereka-mereka yang bekerja di makmal tanah. Ialah banyak samples yang perlu di buat testing. Lagipun semua samples tersebut merupa dari client dari luar. Semestinya semua result perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Tapi alhamdulilah..dalam banyak-banyak sample mesti beberapa sample aku sendiri dapat buat testing dengan bantuan mereka. Seronok juga bila setelah bertahun-tahun aku asyik mengajar sahaja, tetiba diberi peluang buat kerja field macam ini...memang aku hargai.

Mungkin semua orang tahu atau tidak tahu, kerja-kerja di makmal semestinya perlu berdiri dan bergerak kesana dan sini. So bayangkan lah beberapa hari ini, bagaimana keadaan kaki aku...penat ya ampun. Kalau masa timbang sampels sahajalah boleh berduduk-duduk...ermmm.
Syukur alhamdulilah aku susah payah belajar tinggi sikit...kalau tidak dengan tahap kelembikkan aku ini..agaknya macamana nak survive bila kerja macam mereka di makmal.
Semoga Allah perkuatkan dan persihatkan mereka-mereka yang berkerja dimakmal tanah tu..amin ya rabbal alamin.

Kuala Terengganu - 06 april 2009 / Monday

Alhamdulilah aku sudah set in mind tudung color apa hendak dibeli. Kalau tidak mahu jadi tidak tentu arah bila masuk kedai tudung sana sini.

Aku memang suka tudung yang simple sahaja tanpa batu lip lap sana sini. Puaslah penjual di sana tunjukkan aku tudung patern baru yang sememangnya confirm batu berkelip-kelip. Aku direct cakap kat penjual itu -

" Saya suka yang simple sahaja kak. Lagipun yang penting color tudung itu sesuai dengan warna kulit saya yang kurang terang ini. Tak kiralah tudung itu yang terbaru atau yang terlama..lalalalalala"


Yang warna biru berbatu-batu hujung sekali itu aku hendak juallah sebab tudung itu lembut sangat. Aku memang tak berapa pandai dengan kain yang lembut-lembut ini.
Ada siapa-siapa hendak beli ke?

Memang aku suka sungguh beli kain ela@pasang di kedai ini. Cantik, ada kain yang murah dan ada yang mahal tapi berbaloi membelinya. Malangnya kedai ini tak ada cawangan di Kuala Lumpur.

Thursday, April 9, 2009

Car Seat

Permulaannya Haziq tenang bermain mainan dan 'baca' buku bergambar dia.

Lepas itu sudah lama-lama dia jadi bosan dan minta 'dikeluarkan' dari car seat.

Tengah minum susu. Sudah ok sekejap.

Letak semula dalam car seat dan bagi dia roti. Tapi yang dimakan nya ialah kaya itu saja.

Alhamdulilah akhirnya tertidur anak kesayangan aku ini.

Semua diatas ialah gambar Haziq semasa kami hendak bertolak pagi sabtu lepas.

Aku memang tak masuk office sekarang ini sebab aku kena duduk di makmal tanah. Di situ mana adanya hendak pegang komputer. Adanya pegang tanah saja.
Okies...kena pergi ke makmal semula.
Chow..
sila lihat jadual aku disebelah atas kiri blog. terima kasih kerana merindui kehilangan aku.

Friday, April 3, 2009

ohh port dickson..aku berjanji aku akan kembali lagi menemui MU..

Aku memang PEMINAT LAUT dan PANTAI..


Petang sabtu lepas dalam jam 3pm kami bertolak ke Port Dickson. Mula-mula nak ikut jalan Plus highway saja. Tapi masa lepas saja tol Sg Besi, banyak pulak kereta di highway. Terus aku minta En Hendra exit semula di tol Serdang dan terus ke highway Lekas. Sememangnya kereta amat kurang di Lekas..so syok lah memandu.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan dipetang hari.

Hujan turun selebat-lebatnya hingga tak nampak jalan. Kelajuan kereta diperlahankan hingga sepelahan-lahannya sebab jarak penglihatan memang tidak jauh. Dekat hendak sampai exit tol Mantin, barulah hujan reda dan berkurangan. Lepas itu kami risau juga, takut ada jalan yang dinaiki air atau kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Ialah jalan lama dari exit tol Mantin ke Seremban kiri kanan penuh dengan contruction highway.
Picture taken below menunjukkan air bertanah betul-betul turun dari cerun bukit naik hingga melalui jalan raya lama tu.

Lepas itu, cuaca terus panas hingga kami sampai ke PD...alhamdulilah.


Malam pertama di PD, semesti nya aku nak makan di restoren gambar dibawah ini. Itu yang aku tunggu-tunggu. Aku pernah makan di sini 2 tahun lalu. Ketika itu aku masih mengandung. Walaupun bertahun sudah berlalu. tapi keenakkan masakan di situ masih aku ingat-ingat lagi...pedas-pedas sedapppp..

Restoran ini terletak di belah kanan jalan kalau dari bandar PD dan betul-betul berdekatan pintu masuk ke Telok Kemang...tempat aku mandi mandi dan menginap. Alahai...kalau tak tahu juga dekat mana Telok Kemang ini, susur saja kereta ikut jalan raya dari bandar PD tu. Lepas itu nampak ada parking lot kereta besar dan banyak gerai-gerai makan dan jualan di belah kiri. Itu lah tempatnya.

Malam itu kami makan nasi putih, ikan kerapu masak 3 rasa, sotong masak pedas, sup sayur, telur bistik dan telur bungkus. Juga air tembikai satu jug <--rm15.
Masih maintain lagi rasa makanan dekat situ. Puas hati makan. Kepedasan sungguh...hingga naik angin gastrik dalam perut kalau melayan makan pedas dekat situ. Walaupun penuh restoran itu dengan pelanggan, mereka hantar makanan cepat sungguh. Parking lot kereta pun penuh juga.

Kami start order dalam jam 9.45pm.
Minuman sampai dalam jam 9.55pm.
Makanan semua sampai dalam sebelum jam 10.10pm.
Alhamdulilah.

Cuba teka berapa bil aku kena bayar?


Haziq yang tengah buat muka bila emak bapak dia tengah sibuk tengok menu.

Sambal ini licin aku makan. Ikan kerapu malam itu kecil.

Sotong masak pedas yang sedap dan Telur bungkus

Punya lah manis air buah tembikai ini

Lepas habis makan, kami parking kereta di hotel dan nak pergi berjalan-jalan di tepi laut. Memang gelap malam itu, nak nampak air laut pun payah. Tapi air surut malam itu.

Siap-siap nak jalan-jalan malam.

Kitaorang duduk dengar lagu sampai dekat jam 12pm. Memang setiap malam minggu hujung bulan mesti ada konsert ni di dataran disitu. Ada 4 orang penyanyi malam itu. Yang aku paling suka sekali ialah sorang ini. Dia saja yang aku tak perasaan nama nya apa. Tapi suara dia best sungguh. Picture dia tak nampak sangat (yang ada tunjuk dengan arrow tu). Sound system malam tu pun best.
Seronok...
Haziq yang tak boleh duduk diam sepanjang tengok konsert. Asyik berlari sana sini.

Thursday, April 2, 2009

Haziq gunting rambut lagi.

Petang semalam En Hendra sudah sms beritahu yang malam nanti nak pergi kedai untuk gunting rambut dia juga Haziq sekali. Dalam lepas isyak gitu kitaorang keluar rumah, mula-mula singgah pasar malam di Maluri untuk cari barang sikit. Sempat hujan rintik-rintik sekejap di pasar malam. Lepas tu dah dekat jam 10 malam, kami terus pergi kg baru ke kedai gunting yang biasa pergi sebelum ni. Kalau tak silap aku start umur Haziq dalam 7 bulan lebih aku sudah hantar dia pergi gunting rambut dekat kedai tu. Tapinya malam tadi lepas En Hendra habis potong rambut, maka giliran Haziq pulak duduk di kerusi untuk menggunting. Masa tu Haziq masih keadaan ok lagi. Lepas itu, kain merah sudah di letak pada Haziq...dia ok lagi. Mula saja orang tu pasang mesin untuk start potong rambut..Haziq dah masa tak selesa. Tengok gambar diatas. Memang Haziq meronta-ronta...mengamuk dia tak mahu rambut dipotong guna mesin tu. Dia rasa geli dan tak selesa rasanya. Lepas tu ditarik dan dibuka sendiri kain merah tu. Ok lah, aku cakap biarlah Haziq digunting rambut tanpa guna kain tu.

Memang masa january hari tu, begitu juga Haziq dikedai gunting rambut india dekat rumah aku. Tapi aku suka uncle india tu, walaupun pertama kali kami kekedai dia, dia tetap cuba untuk menggunting rambut Haziq tanpa perlakuan yang marah. Dia cuba juga pujuk-pujuk Haziq dengan memberi sikat rambut atau apa saja yang boleh buat Haziq diam.
Malam tadi aku cukup bengang dengan owner kedai gunting tu, sudah lah Haziq tu namanya budak. Pujuklah elok-elok, sedangkan kami emak bapak dia pun mencuba untuk pujuk Haziq supaya dapat digunting rambut dia. Tapi orang tu, terasa sungguh hati aku. Dia boleh buat perlakuan kasar dan siap campak mesin tu ke dalam bekasnya bila dia cubaan beberapa kali dia gagal untuk gunting rambut Haziq. Sebabnya Haziq asyik bergerak sana sini menunjukkan yang dia tak mahu digunting dengan menggunakan mesin. Masalahnya kami ni pelanggan tetap dia..tak boleh ke dia jangan buat sikap macam kami tak pernah datang kedai dia. Memang aku perasaan start awal tahun ini, Haziq memang buat perangai kalau nak gunting rambut..mungkin sebab dia da besar..da nak dekat umur 2 tahun kan. Ahh..memang masa dalam kedai tu, aku dah pasang niat dalam hati,

"jangan harap aku nak datang sini lagi"


Sudah-sudah sampai rumah En Hendra bawa Haziq masuk bilik air dan repair semula rambut dia yang terpanjang pendek sana sini tu.

Anyone boleh kongsi dengan aku tip-tip mententeramkan anak ketika menggunting rambut dikedai. Sebabnya..insyallah lagi 2 months from now, pasti Haziq akan kekedai gunting lagi.


Hhahaha, punyalah semangat cik siti wan kembang sudah mari...siap print sekali map Kota Baru Kelantan. Ialah nak juga survey tempat menarik kat sana tu. Aku ini pernah pergi sana masa sebelum tahun 2000 lagi. Tak ingat aku tahun berapa. Aku pergi Jeli hantar rombongan kawin. Kali ni pun kesana hantar rombongan kawin juga, cuma lepas itu kami ambil kesempatan untuk bercuti sekali.

Biasalah pagi-pagi aku mesti layan kopi secawan besar itu. Dekat rumah memang semestinya aku sudah minum segelas milo atau nescafe O. Lepas tu kalau sempat di pejabat aku pergi beli sarapan dan layan air kopi pulak. Aku pernah cuba kopi cap Kapal Api yang serbuk..memang sedap. Tapi malas lah pulak nak kena letak pada coffee maker tu pulak. Lepas itu aku cuba 2 in 1 kopi O cap Hang Tuah paket hijau...erm..sakit pulak tekak aku minum sebab bagi aku serbuk kopi dia kasar. Lepas itu ada officemate aku offer kopi O 2 in 1 cap Ikan dan Bintang...ahah..bagi aku kopi lembut jea rasanya.
Ada sapa-sapa boleh kongsi dengan aku kopi-kopi yang sedap yang korang biasa minum?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails