Followers

Thursday, December 31, 2009

Hospital kerajaan??

Sememangnya ramai telah bercuti hari ini. Hingga kan gerai tempat selalu aku beli nasi lemak pun tutup........whuaaaaaaa whuaaaa. Punyalah semangat aku pagi ini untuk breakfast nasi lemak setelah berzaman juga aku tidak singgah di situ.

Sedang aku masih pening-pening lalat pagi ini akibat dari muntah di rumah pagi tadi, lalu kakak cleaner office aku. Dia ini juga seorang tukang urut...dan dan juga kesukaan dia usap perut aku yang semakin membulat kedepan ini. Memang sudah banyak kali dia cakap dengan aku........yang bentuk perut aku memang cantik bulat.......senang hendak bersalin nanti.....katanya.
AMIN...insyallah. Dulu pun masa Haziq aku memang senangggggg BERSALIN. Memang jarang dengarkan orang bersalin anak pertama semudah aku. Hinggakan kalau aku bercerita bagaimana pengalaman aku bersalin, orang bagai tidak percaya. Mungkin Allah bagi kesenangan setelah 'kesukaran' aku ketika mengandung...mungkin. Syukur alhamdulilah.

One more thing...aku hendak tahu kenapa ada orang hendak mempertikaikan kenapa aku memilih untuk bersalin di hospital kerajaan?.
Apa salahnya...apa kurangnya hospital kerajaan?. Dulu pun aku bersalinkan Haziq di HUKM, dan semuanya bagi aku berjalan lancar dan aku berpuas hati.
Ialahkan..ada orang dapat bersalin di hospital swasta kerana mungkin kos perbelanjaan di tanggung oleh pihak company suami atau company tempat isteri bekerja.
Ataupun ada orang yang memang MAMPU, so boleh bersalin di tempat-tempat terpilih yang di ingini.

Anyway bersalin di mana-mana pun sakitnya TETAP SAMA...........kan..betul tak?

7 comments:

LuVidA^^ said...

nnti bile ida da kwen, kne mntk tips ibu2 la.....cmne bab bersalin2 ni ek..heeee =D

Ina Hashim said...

Lin,
ada gak org pertikaikan bab ni?nape...diorg nak sponsor Lin bersalin kt private hosp cam Gleneagles or Ampang Puteri ke?sungguh kureng org mcm tu...gomen or private,itu terserah pada pilihan masing2...ada gak yg bersalin kat umah or bersalin dalam keta...org dedolu bersalin kat umah jek...kan kan kan

Ms Haslina said...

dik luvida ~ boleh je dik...tip buat pedoman..tapi setiap orang mmg mempunyai dan akan mempunyai pengalaman yg berbeza..
selamat tahun baru 2010.

:)

kak ina ~ itulah kak, bukan x de org yg bersalin di private ada masalah itu dan ini...juga sama di hospital kerajaan juga...
pilihan itu hak masing2...

betul tu kak..tgklah org dedolu...

Mr Mama said...

mak kiter bersalin 9 org anak nya sumer kat rumah 2 dalam kete...huhuhu....org zaman skrg ni je demand lebih.... :-"

mamaarifakeemaisy said...

baru nk ckp gitu...bersalin mana2 pun sakitnye tetap sama...mgkn bezanya layanan la kan...tp for me..ms bersalin kt Hos Sg Buloh dl, puas hati je! selesa je! cuma awal2 tu takde tmpt nk baring sbb ramai sgt org nk bersalin..menunggu dlm kead duduk..last2 dpt gk ler tmpt tuk baringkan badan..hukhuk..

Ms Haslina said...

Mr Mama ~ iyelah sayang...
mak kita pula ada 6 org anak,1 lahir di hospital di s'pore, 1 dirumah di s'pore, 1 hospital melaka dan 3 hospital kuala pilah..semuanyer hospital kerajaan.

mamalieyna ~ alhamdulilah...betul tu...privasi dan layanan yg berbeza sahaja..

Anonymous said...

Have you ever thought about adding a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is important and all. Nevertheless imagine if you added
some great photos or videos to give your posts more, "pop"!
Your content is excellent but with images and clips, this site could definitely
be one of the greatest in its niche. Great blog!



Also visit my web page - collector car insurance

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails