Followers

Wednesday, December 23, 2009

Punyalah lama menunggu....

Aku masih begitu dan begini. Biasalah orang mengandung...kan. Sudah 4 hari rasanya aku tidak makan nasi. Bukan apa...letih lah...sungguh letih dengan kemuntahan...bosannnn. Tiada yang menyeronokkan kalau dari mula mengandung until sekarang masih M_nt_h. Dekat hendak 9 bulan begitu sahaja.

Aku tahu aku perlu meredhai ujian ALLAH pada aku ketika aku mengandung. Sama ada kali ini...juga semasa mengandungkan Haziq juga insyallah adik-adik Haziq yang lain.
Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa...alhamdulilah terima kasih ALLAH.

Mari kita bercerita kisah lain pula.
Hari itu aku sefamily pergi ke TMpoint Pandan Indah.

Gambar hiasan.

Ada urusan mengenai Streamyx di rumah aku. Urusan yang perlu di selesaikan di kaunter. Mula-mula sekali sebelum dapat masuk ke TMpoint itu rasanya berkali-kali kami berpusing-pusing mencari tempat parking kereta. Penuh sana sini. Kalau hendak parking sesuka hati memang ada sahaja tempat dimana-mana. Tetapi biasalah kan, van MPAJ sudah berada di situ sedia MENGUNCI tayar pada kereta yang sedang gembira parking sesuka hati mereka. Dan sedang asyik kami masih mencari parking, sudah beberapa kereta sedang DI KUNCI tayarnya oleh orang MPAJ.

Memang perlu berhati-hati kalau hendak membuat parking di area Pandan Indah atau Pandan Jaya kalau di waktu peak hours. Sebabnya MPAJ ini amat prihatin keadaan kesesakkan di waktu tersebut. Mereka memang terus keluarkan saman parking pada tiket yang telah tamat tempoh atau pun sedia mengunci tayar kereta jika di letakkan pada tempat yang tiada line kuning.
Akhirnya setelah berkali-kali pusing dan pusing dapatlah kami tempat parking tetapi agak jauh dari tempat yang hendak di tujui. Kena berjalanlah pula.

Masuk dalam TMpoint, punyalah ramai orang. Rasa macam dekat puduraya pula. Beratur untuk mengambil nombor.

Ahah!!!!! nombor aku ialah 2205 dan nombor masa itu ialah 2125. Berapa puluh punya orang aku kena tunggu...aduhaiiiiiiiiiiiii.
Lastly dekat 2 jam barulah aku dapat duduk di kaunter. Itu pun setelah dalam 30 minit sebelum itu aku sudah penat duduk.....so aku terus pergi ke area depan kaunter dan berdiri-diri sambil bersandar di dinding dengan perut yang boyot kedepan. Yup aku berdiri dan berdiri. Bosan duduk punyalah lama.
Dan dan lagi beberapa nombor ke giliran aku, ada seorang trainee pekerja TMpoint perempuan yang menegur aku. Mungkin dia kecian tengok mak buyung ini. Terus dia ambil borang aku dan selesaikan semuanya di belakang kaunter. Alhamdulilah.
Tapikan setelah 2 jam aku menunggu..ermmm.

Bagi aku lah.........sepatutnya pihak TMpoint menyediakan kaunter khas untuk orang tua, orang cacat dan juga ibu mengandung. Mungkin aku masih mampu menunggu...tapi kecian aku tengok ada orang tua yang turut lama menunggu.
Ialah kan siapa-siapa pun sebenarnya tidak larat untuk tunggu begitu lama....kan.

PLEASE DO SOMETHING TMpoint!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

8 comments:

Ina Hashim said...

ciannya Lin...sik..nih kes alahan till bersalin..tak semua org kene camni..dugaan ye Lin

Ms Haslina said...

itulah kak...kekadang macam give up je dgn alahan ini..tp fikir2 semula..semua itu dugaan ALLAH..
perlu meredhainya..

mamaarifakeemaisy said...

begitulah adanya tmpt2 begituan..tp tu la kan, cadangan yg baik..mcm kt spital PPUM tu, ada special kaunter tuk kanak2 & orang tua..tak perlu ambk nombor..barulah prihatin namanya...kan3x..

Ms Haslina said...

a'ah mamalieyna, seharusnya perlu ada..sedangkan orang biasa pun letihhhhh menunggu...inikan golongan 'istimewa' ni...

mmg ada dah tempat2 yg buat kaunter khas ni...syabas atas keperihatinan mereka kan...

maidatul said...

gitu lea akak tmpt gitu...

Ms Haslina said...

kaunter mmg service baik dan pantas...tp terlalu ramai org sgt...yg peliknyer...naper lah masih ada org yg bayar bill di kaunter lagi..padahal byk da kios sana sini utk kemudahan........

ish ish...

E-na said...

salam....singgah jap..semoga selamat melahirkan bb nnt...

Ms Haslina said...

E-na ~ tima kasih....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails