Followers

Wednesday, December 9, 2009

Macam makan sahur.

Habis semua ini aku makan jam 4 pagi tadi.

Hari-hari muntah. Aduhai...pahit tekak ini seharian di buatnya. Selalunya aku muntah pagi. Lepas mandi aku terus bancuh air panas dan minum. Kemudian barulah bersiap-siap. Akhirnya muntahlah dengan pakaian yang sudah siap untuk bekerja.

Pagi tadi dalam jam 3.30am aku terbangun...ke toilet..sejuk sangat. Lepas itu aku cuba tidur semula. Payah pula mata aku hendak lelap kembali. Pusing sana pusing sini tetiba tekak rasa lain perut rasa lain. Yup..aku muntah. Muntah makan malam aku. Pahitnya tekak, segala angin menolak makanan aku keluar. Memang macam hendak menangis dibuatnya.

Habis itu aku terus minta En Hendra gorengkan hotdog untuk aku. Perut aku sudah kosong. Lapar kembali. Memang lately ini aku sudah tidak boleh makan banyak. Space dalam perut sudah kurang. My baby sudah memenuhi kebanyakan ruang di dalam peruta aku ini. Sudahlah perut belum kenyang, tapi kena berenti makan juga. Kena sambung nanti-nanti. Kalau aku keep makan juga......akhirnya akan muntahlah.

5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Cabaran ibu mengandung..bab muntah2 ni susah nak elak kan..mkn byk2 pun, penyudahnya abes keluar juge..huhuhu..

Eliss said...

alahai..kesiannya..

maidatul said...

akak semua nie memang situasi semasa ngandung ada org ok ada org mcm nie...so kena tahan dan kuatkan diri juga...apapun harap akak ok...

Ina Hashim said...

isk lin...peyut dah besar pun still muntah2 lagik?maybe sbb lin ada gastrik kuat kuts ye

Ms Haslina said...

mamalieyna ~ a'ah mmg sungguh mencabar..klu muntah nak kuar..mmg x leh di tahan2..
whuaaaa..

eliss ~ itu lah...keciankan lah aku nie...
;)

akma ~ betul tu...lain org lain ragam mengandungnya...
tq..

kak ina ~ itulah kak..sudahlah masih ada batuk sikit2 lagi..badan pun asik kurang sihat...
muntah pula lagi...
MISS U KAKAK...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails