Followers

Thursday, January 14, 2010

My Muhammad Haziq.


Malam tadi seronok pula menonton cerita HITCH. Aku ini memang apa sahaja movie kalau Will Smith berlakon memang kesukaan aku. Sebab lakonan dia memang best. Walaupun sudah menonton filem ini dahulu, tapi kerana dia ok sahaja tengok lagi.

Tapikan ke syok kan aku dan hubby menonton sering terganggu sahaja. Sebabnya hero aku itu sememangnya tidak boleh duduk diam langsung. Berlari sana bergolek sini. Lepas itu naik kereta kecik dia vroom sana sini depan tv. Macam-macam aksi dibuatnya. Semestinya pandangan kami ke tv asyik terpesong sahaja.
Aduhaiiii anak ooooo anak.
Lastly aku suruh hubby tutup semua lampu dalam rumah. In the end Haziq duk seronok baring di tempat arm rest sofa dalam gelap itu. Lepas pula sahaja dia baring disitu sambil tangan dia gosok rambut mama dia yang sedang baring di atas carpet. Siap suruh mama dia tidur pula.

Kalau menonton movie cartoon memang Haziq duduk kusyuk depan tv tidak bergerak-gerak gitu.
Disebabkan dia biasa menonton dvd movie di rumah, sebab itu semasa kami menonton movie 2012 di pawagam hari itu, Haziq kami bawa sekali. Alhamdulilah dia senyap sahaja dalam panggung. Tapi sebab suasana gelap sahaja, masa iklan lagi dia sudah tertidur sampailah habis movie. Keliru agaknya melihat skrin begitu besar.
Memang hubby tidak suka meninggalkan Haziq walau kemana kami pergi. Seingat aku selama-lama ini cuma beberapa kali sahaja kami pernah meninggalkan Haziq sekejap. Memang kakak or my parent tidak kisah untuk menjaga Haziq, tapi....itulah kami tidak sampai hati untuk tidak membawa dia walau kemana pun. Selagi boleh bawa...kami akan bawa dia.

Pertama kali semasa kami menyambut ulangtahun tahun pertama perkahwinan. Kami pergi ke Seremban dan meninggalkan Haziq dengan parent di kg. Belum menonton wayang lagi sudah berkali-kali kakak aku call cakap Haziq asyik menangis sahaja. Aduhaiiiiii..
Kedua, kami buat quick steps menonton movie berdekatan rumah di KL. Masa itu Haziq memang tidur petang. Aku minta adik aku jagakan dia. Lagipun kami pergi tidak lama, driving tidak sampai 10 minit pun. Terus beli tiket, menonton dan terus balik rumah. Lawak sahaja...memang rasa macam pergi menonton tv sahaja. Alhamdulilah Haziq masih tidur masa kami balik.
Ketiga, semasa kami menghadiri jemputan kawin di Selayang. Memandangkan kenduri berlangsung didalam dewan, maka tidak berani lah pula membawa Haziq yang memang tengah lasakkkkkkk sangat masa itu. Oleh kerana juga jemputan itu adalah dari my best friend yang sudah lama tidak berjumpa, aku semestinya tidak mahu menolak pelawaan yang ada. Petang itu kami menghantar Haziq kerumah kakak dan terus balik kerumah dan bersiap. Habis sahaja acara di Selayang, kami terus ambil Haziq di rumah kakak.
Keempat, parent and my sister mintaaaaaaaaaakk sangat tinggalkan Haziq di kg selepas aku baik dari cuti sakit early pregnancy yang teruk. Walaupun hubby tidak setuju dengan keputusan aku itu, aku berkeras juga untuk tinggalkan Haziq di kg.
Tapi......malam itu aku tidak berhenti-henti menangis sebelum tidur sebab aku teringatkan Haziq. Puas hubby pujuk tenangkan aku. Lepas itu aku dan hubby macam sudah berjanji untuk tidak lagi meninggalkan Haziq.
Aku ingat lagi semasa kami sampai di kg selepas 3 hari dia di tinggalkan. Punyalah tidak lepas mata dia memandang aku dan hubby sepanjang perjalanan kami ke Johor selepas mengambil dia. Itu sahaja yang dibuatnya, duduk atas pangkuan aku dan silih berganti matanya memandang. Sedih sangat aku dan hubby masa itu. Terasa sangat bersalah buat dia macam itu.

Itu baru ada seorang anak, entahlah nanti macamana keadaannya kalau sudah ada 2 anak. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.

Sekarang ini memang aku dan hubby bagi peluang pada Haziq untuk bermanja puas-puas dengan kami. Ialah kan lagi beberapa hari sahaja dia akan dapat adik. Dia pun sudah belajar panggil diri sendiri abang Haziq.
Haziq sekarang ini berumur 2 tahun 7 bulan.
Aku dulu genap umur setahun sudah dapat adik. Aku lahir 7 August and the next year on September adik lelaki aku pula lahir.

Aku memang perasaan since last week Haziq sudah boleh memakai baju dan seluarnya sendiri. Walaupun terkial-kial gitu, tapi in the end ok lah juga. Memang dia tidak bagi langsung aku dan hubby pakaikan dia baju. Itulah kan orang hendak jadi abang. Kalau boleh simple things macam itu dia hendak buat sendiri. Alhamdulilah.
Seronok juga mendengar percakapan dia, banyak perkataan yang di sebutnya sudah betul sebutannya. Comel sahaja dengar keluar dari mulut dia. Tapi banyak juga perkataan yang aku dan hubby tidak faham juga. Bahasa budak-budak...

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

itulah kan...ke mana2 mmg nak jugak bawak anak, terasa janggal bila ditinggalkan..! ^_^

wah dh pndai berdikari ye abg haziq, pakai baju sendiri..good boy!

Ina Hashim said...

ya Allah Lin...sebijik cam Alysha..sejak bulan lepas nak pakai baju suar sendiri..cam tau2 je dalam perut Ummi dia nih dah ada adik baru

Ms Haslina said...

mamalieyna ~ sememangnya...JANGGAL sangatkan...

itu lah..mungkin semua budak2 mcm tu klu dia tahu dia akan dapat adik...

kak ina ~ alhamdulilah...kita berharap sekecik2 memahami keadaan kita...kecian kat diaorang klu masih puas nakkkk bermanja...
take care yea kak...

Ms Haslina said...

shita ~ sememangnyer naluri ibu bapa..kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails