Followers
Monday, January 11, 2010
Shopping without plastic bag.........GOSH!!!!!!!!!!
Aduhai...sangatnya sungguh hari sabtu lepas. Aku memang tiada mendengar langsung berita mengenai perkara ini. Dan di sebabkan kami sudah berada di JJ Puchong petang itu. Mahu atau tidak terpaksa juga meneruskan rancangan untuk membeli barangan becoming anak kedua aku ini.
Sudah berkali-kali aku menolak pelawaan En Hendra untuk shopping barangan baby. Bukan apa, aku tidak larattttt hendak berjalan sana sini sekarang ini. Lagipun badan aku ini asyik tidak sihat sahaja sebelum ini.
Berbalik story plastic bag tadi. Semasa aku naik lif di JJ itu, maka terbacalah memo apa yang tertulis disitu BAHAWA SETIAP HARI SABTU BERMULA 9 JANUARI PLASTIC BAG TIDAK DIBERIKAN SECARA PERCUMA, PERLU MEMBAYAR RM 0.20. SEMUANYA ATAS ARAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
pulakkkkkkkk kan....
So barang-barang baby yang aku beli itu hanya baju bajuan sahaja yang di masukkan dalam plastic. Bayar sahaja RM0.20. Sumbat semuanya. Yang lain-lain terlambak begitu dalam troli.
Masa aku hendak balik menuju ke parking, terkejut juga kecian juga melihat orang-orang yang membeli barangan dapur. Bersepah-sepah terlambak-lambak barangan dalam troli, lepas itu bayangkanlah macamana hendak masukkan barangan basah kedalam kereta. Ishhh..ishhh..
Apa ke halnyakan. Kenapa hendak pilih hari sabtu, sedangkan azalinya semua orang shopping pada hari tersebut. Sudahlah perkara tersebut tidak di war war kan secara meluas. Ini membuatkan ramai orang termasuk aku tidak mengetahui hal ini.
Balik dari Puchong, kami memang bercadang untuk membeli barangan dapur pula. So teruslah ke Tesco berdekatan rumah. Tapi sebelum itu aku dan En Hendra survey dahulu, semasa masuk ke parking lot di situ.
Masa itu ternampak sudah seseorang sedang menolak troli kekeretanya dan GOSHHH..barangan tersebut terbogel begitu sahaja tanpa plastic. Aduhai kecian.
Cancel kami untuk membeli belah.
Alhamdulilah lepas itu kami ke MANJAKU BABY di Ampang, ada pula plasticnya. ish ish ish....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
i guess it edy soon..i had experince last saturday..
Nikel Khor
it's so surprise kan...haish...mmg tak tahu menahu gk psl ni, tetiba je no plastic bag on saturday!! kite pun ada pengalaman, tp bkn soping btl, just beli susu anak je kt speed mart last saturday, tgk org len beli brg, terpaksa kendong je..siann...tak sesuaaaiiii..!
Lin,
sama konsep cam MAKRO satu masa dulu kan?mmg payah le camnih
Nikel Khor ~ ;)
mamalieyna ~ mmg part beli barangan dapur paling 'sakit' sekali...kecian..
kak ina ~ ooo iyea kea makro pernah buat camtu...
itu lah..
:(
erm gitu pulak ek...tapi KL takde pulak ek. Sabtu baru nie turun KL shopping ok jea berplastik...tapi kat Ikea memang kena plastik 20sen utk satu tak kira hari apa pun...
every sabtu untuk selangor sahaja...OOOoo iye kea IKEA wat gitu juga..
aduhai...klu beli barang biasa2 ok lah..tp part beli barangan basah dan dapur...
payah sungguh kan...
Post a Comment