Followers

Friday, October 1, 2010

Aku perlu berehat

Salam Jumaat.

Hari ini aku terpaksa ambil cuti. Demam dan sakit perut gastrik dari semalam memang sudah berkurangan tapi aku belum sihat sepenuhnya. Waima itu hubby suruh aku berehat sahaja di rumah. Juga rancangan untuk kerja hari Sabtu pun terpaksa cancel.
Ialahkan, siapa suruh overwork gitu. Kan dah jadi camni.
Habis itu hendak buat macamana, memang lepas raya hari itu until sekarang, kerja aku memang banyak. Stress aku dibuatnya.
Dekat hendak hari-hari aku balik jam 7 pm dan sampai rumah dalam jam 7.30pm gitu. Mana tak badan aku boleh tahan...kan

Semalam itu, aku muntah 2 kali di office. Sakit benar perut. Kalau sejuk memang tidak payah ceritalah. Masa aku tunggu hubby datang ambil aku, memang aku duduk luar office sahaja. Harapkan sinaran matahari, tapi semalam itu until 11 lebih cuaca masih mendung sahaja.
Lepas pergi klinik, sampai rumah terus makan ubat dan tidur.

Apa-apa hal aku malas hendak fikir kerja yang terlambak dioffice juga dengan meeting yang makan masa dari pagi until petang di office hari ini.
Biarlah...aku perlu berehat.

Gambar raya kami tahun 2010. Hubby sempat beli baju sahaja. Yang baju berseluar sudah sold out. Aku pula, i dont like my baju raya tu..memang hendak jual. Pakai untuk ambil gambar sahaja. 

4 comments:

ciek niena said...

semoga cepat sembuh yea kak :)

Ms Haslina said...

ciek niena yg mmg comel...tq dik...

aliaaroslan said...

geram dengan kanak dua orang yang comel gila tu!!!

Ms Haslina said...

miss julie - akak doa kan miss julie pun akan dapat kanak2 comel nanti...amin amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails