Followers

Tuesday, October 19, 2010

Apa yang aku ada?

Bila kawan baik aku berhijrah ke Aussie last year, aku tumpang gembira. Ialah kawan aku itu berjaya mendapat kerja sebagai engineer disana. Tahniah wehh.
Then sekarang ini dia sedang-sedang merisik untuk mendapatkan kerja di negara uncle SAM gitu. Nampak gayanya macam akan berjaya permohonan dia itu. Aku tetap tumpang gembira sekali lagi.
Tapi disebalik kegembiraan dan kejayaan dia itu ada juga kekurangannya. Oh tidak perlu aku bercerita tentang itu. Dan dari kekurangannya itu, aku rasa aku tetap ada apa yang dia ada walaupun hakikat fizikalnya tidak sama.
Itu sahaja untuk membuat aku tidak rasa diri ini 'kerdil' atas kejayaan yang di kecapinya.

Biasalah kita ini manusia biasa, tidak lari dari rasa cemburu...cemburu bukannya aku sakit hati pun. Waima cemburu positif aku itu adalah membuat aku lebih berusaha atas apa yang aku ada sekarang. Itu semua juga menjadi pemangkin buat aku merubah kehidupan menjadi ke lebih baik.
Bagi aku juga, keluarga adalah segala-galanya. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan mereka. Sebab itu juga aku tetap disini, bekerja ditempat yang sama hampir 10 tahun.
Lagipun rezeki yang ALLAH bagi untuk aku masih tetap disitu lagi.

Di mana bumi di pijak maka di situ langit dijunjung.
Aku cinta Malaysia kerana disini segalanya bermula.
Apa lagi bajet 2011 yang bagi aku bagai satu rahmat dari ALLAH...alhamdulilah.


p/s ibarat nasihat aku pada seseorang yang rasa dirinya kerdil sebab sahabat baiknya sudah melanjutkan pelajaran keluar negara ke peringkat lebih tinggi. tapi dianya cuma setakat STPM. aku tahu kisah kenapa dia tidak melanjutkan pelajaran ke univ dulu.
so aku nasihatkan dia -
' kawan dia tu belajar kerja tinggi melangit..tapi dia tiada suami tiada anak. entah tahu atau tida masak nasi kerabu. tapi dia ada suami ada anak-anak dan terer masak...itulah yang membuat dia juga mempunyai lebih dari kawannya itu'

4 comments:

maidatul said...

Itulah kehidupan akak...tidak semua yang baik dimata kita baik dimata org lain...macam tu jugaklah dia mungkin dia puas dgn apa yg dia buat...itulah nikmat kehidupan...

Bila kita bersyukur dgn nikmat yang ALLAH bagi insyaAllah kita akan rasa puas... ;))

Ms Haslina said...

betul tu akma...akak sokong....terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.....
;))

oya said...

terima seadanya...

Ms Haslina said...

mahira - betul tu...

cuma ada sedikit cemburu..tp cemburu yg positif...
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails