Followers

Wednesday, October 20, 2010

uZap @ seluar sauna?


Pernah tengokkan produk ini?. Sudah lama sangat pun ia ada di pasaran. Aku memang pun sudah membeli uzap ini. Juga sudah lama aku beli. Dekat 5 tahun dulu kot kalau tidak silap aku. Ialahkan masa zaman aku belum bernikah lagi. Ingat lagi masa itu, konon-konon hendak kuruskan badanlah. Waima masa itu tidaklah aku bulat bulat seperti sekarang ini. Sekadar bulat orang bujang..hikhik.
Pernah pakai dulu-dulu itu, tapi tidaklah secara kerap. Lama tidak lama terbiar begitu uzap ini didalam almari. Sampai cadang macam hendak jual sahaja uzap ini kadang-kadang, tapi sayang sebab itu kenangan duit bonus.

Beli masa itu di KLCC..iyo je kan.
Inilah juga hasil kenangan duit bonus aku masa itu.
Alhamdulilah.

So sekarang ini di kala aku memang sudah tension dengan keadaan fizikal diri sendiri, maka uzap kembali bergetar semula.
Tidak sampai seminggu pun aku mula pakai semula. Itu pun pakai waktu malam sahaja, dalam lebih kurang 30 ke 40 minit gitu.
Sebenarnya ada fikir-fikir hendak beli seluar sauna yang hangat dipasaran sekarang ini itu...macam picture dibawah.
Tapi fikir semula, buat aku hendak buang-buang duit, kalau aku sudah ada sendiri uzap itu. Lagi mahal harganya dari seluar sauna. Insyallah kesannya lebih lagi...kan.

4 comments:

maidatul said...

Bersungguh2 betul akak nak diet nie...semoga berjaya...chaiyukkk...

Ms Haslina said...

hikhik....idaklah juga bersungguhnyer akma....cuma da tension tgk part tertentu tu yg lebih lebih....

semoga kali ni da leh pakai baju kebaya...hahahahaha

aliaaroslan said...

kebaya merah gitu!. hehe.. go go kak haslina!

Ms Haslina said...

hikhik...miss julie..tq tq...
insyallah nanti leh pakai kebaya merah...

p/s miss julie lagi best...mcm2 color da leh pakai kebaya tu..
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails