Hari itu makan masa 3 hari juga untuk perut aku kembali betul-betul baik. Sepanjang Khamis petang until Jumaat aku cuma duduk dirumah. Tidak larat sungguh hendak kemana-mana. Hari Sabtu kami keluar juga sebab banyak barang anak-anak sudah habis. Sempat juga makan waffle coklat lepas shopping barang. Selalunya waffle kan warna kuning gitu, tapi yang ini memang perisa coklat. Peh berlemak sungguh, siap dengan jem coklat.
Sodap juga.
Waffle yang aku makan itu memang color coklat bukan kuning.
Pagi tadi tidaklah lambat sampai office, tapi sahaja aku tidak mahu breakfast. Alhamdulilah aku sudah makan roti sekeping masa layan jem on the way itu.
Lagipunnya, perut aku seakan-akan macam berangin, takut aku kalau jadi macam hari itu. Muntah teruk lepas breakfast. Tengah-tengah ngajar itu, perut aku macam sudah tidak larat lagi. Lapar weh, dekat jam 11am itu.
Habis kelas itu terus siap-siap pergi kantin, makan. Bukan makan lunch pun, walaupun masa itu dekat hendak masuk jam 12 gitu. Aku makan nasi goreng sikit dengan lauk scramble egg...hikhik..sodap.
Setakat ini memang gitulah rutin aku.
Habis minggu ini memang sudah seronok sikitlah, sebab kelas sudah habis. Waima tidak boleh seronok sangatlah jugakan sebab 'segerombolan' kertas yang sudah tinggi lebih 7 inci menunggu-nunggu untuk di tanda. Aduhai, siapalah hendak tolong aku ini.
2 comments:
aliaa rindu nak jaga exammmmm!!!
;))
x pe....pelan2 kat sana yea...
Post a Comment