Followers
Saturday, October 9, 2010
vacation - cancel - ??
Alhamdulilah hari ini hari Sabtu..cuti kan...best. Cadangannya sebenarnya kami sekeluarga hendak pergi bercuti hari ini. Destinasinya antara-antara sign diatas itu. Ialahkan, baru perasaan yang tahun 2010 ini, kami langsung tidak kemana-mana.
Sebenarnya memang sudah booking tiket untuk balik ke Tawau awal January lepas. Hatta aku pregnant dan bersalin bulan itu juga maka tiket-tiket itu terpaksa dibiarkan begitu sahaja...burn.
Then aku bersalin dan berpantang until awal April. Maklumlah Haifa masih baby, memang aku tak mahu bawa dia jalan jauh sangat. Tunggu besar sikitlah. Lagipun masa-masa itu, aku and hubby tengah sesuaikan keadaan. Anak sudah 2, kecil-kecil lagi. Everything is depend on us. So itupun memang kena ambil masa gitu.
Bila masuk bulan June pula, kerja aku pula jadi banyak dan banyak until lah awal Oct ini, memang sudah susutlah sebab kelas sudah habis. Ringanlah sikitkan. Walaupun aku tahu, mereka-mereka yang banyak kelas dan student macam aku tengah keluh kesah sekarang. Hatta perlu menanda report dan segala bagai. Biasalah kan, namanya pun cikgu.
Maka memang hari inilah, juga dalam bulan inilah aku rasa the best timing untuk pergi bercuti. Namun kita hanya mampu merancang, ALLAH juga tentukan.
My queen Cassandra masih demam lagi. Demamnya on off. So kami redha. Kesihatan sayang aku ini lebih penting.
Semoga cepat sembuh sayang mama....amin amin.
Oleh itu kami tangguhkan cuti gembira-gembira ini.
Lagipun tidak akan lari gunung di kejar. Waima kata makcik kantin aku, sekarang ini memang gunung itu tidak akan lari...tapinya gunung itu kena sodok selalu. Akhirnya gunung itu sudah tidak wujud lagi...pulakkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment