Saturday petang, lepas cucuk untuk masukkan air. Kecian Sandra memang dia totally flat masa itu. Demam + cirit birit.
Tangan comel sudah siap dibalut. Inilah yang aku selalu fikir kalau hendak pergi hospital. Kecian tengok anak kena cucuk....
Lepas makan ubat terus tidur. Baby cot belum sampai, so tidur atas katil ini dulu
Boleh senyum lagi itu, sambil baca majalah. Sandra selalu tengok mama dia membaca, so dia pun hendak tumpang sama membaca. Bagus anak mama ini...
Practice membaca ye sayang mama
Abang Haziq tengah testing tidur di kerusi malas hospital
Alhamdulilah dan terima kasih pada kawan-kawan yang sama-sama mendoakan kesihatan Sandra. Lepas lunch tadi kami ' check out' dari hospital.
Asalnya Sandra warded kerana demamnya sudah masuk 3 hari. Macam aku cakap sebelum ini, demam dia on off. Itu yang Doc klinik suruh kami refer ke hospital.
Alhamdulilah Sandra tiada batuk atau selsema...syukur.
Keciannya, inilah kali pertama Sandra demam semenjak dari lahir. Hari tu, dia memang tidak kena demam kuning pun, sama macam Haziq dulu.
Aku settelkan semua lepas balik dari office tengahari tadinya. Yup, aku kerja tadi. Settlekan kerja yang mana boleh, then aku balik.
Total out 3 hari 2 malam kami sekeluarga 'bercuti' di hospital. Alhamdulilah bilik untuk seorang masih ada. Waima dapat kami tidur ramai-ramai sekali anak beranak.
Sandra memang sudah tidak demam pada malam hari Sabtu itu, tapi cirit birit yang masih ada. Sebab itu Doc tahan until Monday.
Sepanjang di hospital, kerja kami ialah menonton dan menonton. Jenuh juga kami layan movie dan cartoon untuk Haziq.
Kelakar masa di hospital, Haziq macam confuse. Dia ingat kitaorang sudah pindah rumah ke rumah kondo. Hehehe...siap masa dia duduk di tingkap dalam bilik sambil tengok-tengok kat luar...dia cakap
"bestlah umah tondo ni mama"...
Sudah lama-lama sikit baru dia faham yang itu ialah hospital.
Tapi dia tetap cakap lagi,
"mama, belilah umah tondo, Haziq suka"
;))
5 comments:
SYUKUR DAH SIHAT...HA MAMA...KENE LA BELI UMAH TONDO KAT HAZIQ YE..HEHE
syukur alhamdulillah sandra dah sihat. didoakan sentiasa sihat dan gembira selalu. mesti kak has lega kan. kirim salam semua.
kak ina - alhamdulilah....insyallah ..mmg tgh pasang niat ni kak...mungkin haziq terdengar saya n ray citer2 hal tu..hehehe..
alia - alhamdulilah..amin amin...a'ah alia lega da kami..
ok dik..take care...
semoga di permudahkan juga utk alia disana...amin
Siannya Sandra,syukur dah sihat.cerdik haziq.mesti petah haziq ni
ummu - alhamdulilah...
a'ah mmg petah sangat...
;))
Post a Comment