Followers

Wednesday, October 27, 2010

Safi RANIA gold

Toner, Krim pelembap siang dan Krim pelembap malam

Hatta semenjak 2 minggu lebih yang lalu iaitu pada 11 october lepas check out Haifa dari hospital, aku sempat beli product ini dengan harapan untuk menjadikan produk ini sebagai krim rutin aku. Asalannya ialah, aku memang sudah cam tidak kenan dengan pori yang terbuka sedikit di pipi aku ini. Rasanya macam pori itu tidak kecik lubangnya.
Hendak beli krim yang mahal-mahal untuk kecikkan atau hapuskan pori yang tidak licin, aku tidak mampulah. Disebabkan laginya aku ini jarang boleh ikut law pakai krim, toner, cleanser and krim malam pada waktu yang sepatutnya.
Mesti ada ketinggallannya untuk pakai...so aku timbang fikir, waima itu aku belilah set yang ini. Hatta krim malam itu pula emak yang bagi. Aku cuma beli yang dua tu sahaja, krim siang dan toner.

Brooch purple itu, handmade by me. Dan brooch love kuning itu, aku baru beli. Ada color green juga pink gitu.

Sebab lagi aku memilih safi rania gold ialah kerana aku hendak hilang tahap keminyakkan muka aku yang agak tinggi. Kalau time berminyak itu, berkilat-kilat muka, hidung dan dahi bagai. Rimaskan.
Alhamdulilah semenjak guna krim ini muka aku memang sudah tidak berminyak. Nampak lembap sikit sikit, tapi tidak berkilat-kilat lagi kulit aku. Suka sangat hasil camtu.

Lagipun krim safi ini memang light sangat. Apabila disapukan di muka, cepat ia meresap kedalam kulit.

Harapan aku semoga krim ini dapat mengotakan janji-janji yang tertulis di botolnya itu.

+mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan oleh sinaran matahari.
+pengstrukturan dan mengembalikan semula keanjalan ke 41% dan meningkatkan kelembapan kulit ke 31%
+kulit lebih cerah dan berseri
+meningkatkan sistesis kolagen melebihi 200%

Ada beberapa lagi product safi selain dari yang aku beli ini. Tapi buat masa ini, cukuplah tiga barang ini sahaja. Good luck to me.
 ;))

10 comments:

Shafa said...

ni kena amik gambar before and after. kalau berkesan, msti ramai nak cuba ni.

Ms Haslina said...

sweetheart - hik hik...seganlah pula...
insyallah...

oya said...

teringat suara kecik rita

maidatul said...

Good luck dan jangan malas-malas...hehehe
Ikut law pemakaian insyaAllah berhasil ;))

Ms Haslina said...

mahira - itulah kan
;))

akma - amin ..tq
insyallah, setakat hari ini..masih pakai lagi pagi dan malam...hehehehe

aliaaroslan said...

kita ni kan geng kulit muka berminyak, dengan kerje pulak kat lab / fieldwork. didoakan yang terbaik utk kak has.. aliaa kat sni alhamdulillah kulit muka dah kurang berminyak.. apakah petanda utk tinggal sini terus?

Ms Haslina said...

amin amin amin..sungguh pun mmg gitu kita ni alia..

wah wah..mmg bagus utk alia..
tinggal disana??..
hatta sekiranya itu yg menggembirakan alia..akak doakan juga yg terbaik utk alia disana..
;))

~ain said...

setakat ni ok tak kak? kalau ok, boleh cuba juga!

akuzle ayu said...

ada masuk contest dier tak? cer tgk kt fb..

p/s: akak, bagi no akak kat no sy yg dh di'publish' kat my entry tuh. insyaallah, senang nk hapdet aper2 pasal gath..

Ms Haslina said...

x de lah dear.
utk diri sendiri je tu.
;)

okies nanti akak bg no phone yea.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails