Followers

Wednesday, December 15, 2010

cendawan enotikate

Memang aku sudah lama tengok di rumah kakak, kalau masak masak mesti ada bubuh cendawan ini. Hendak cuba di rumah asyik tertangguh sahaja.

Maka baru-baru ini aku sempat membelinya di Tesco. Terus niat hendak masak sup. Mula-mula hubby yang masak cendawan ini dengan cara menggoreng campur dengan sayur-sayur lain.
Ermm lepet jadi rupa cendawan ini sudah di goreng.
Esoknya aku pula masak sup tahu jepun + cendawan + kobis + batang saleri + fishball ayam.
Peh peh peh sodap sungguh. Rasa cendawan sungguh kenyal. Just luv it. Dua kali masak sudah habis satu ikat cendawan itu. Sungguh tidak sabar hendak membeli lagi.

Apa yang aku baca info dari internet, cendawan ini mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan dan cendawan segar tahan disimpan di peti ais hingga seminggu.
Di samping di buat sup, cendawan ini juga boleh di goreng garing.
Ada aku tengok di internet juga, cendawan ini sedap juga di goreng bersama udang atau sotong. Wah wah wah kena cuba...kan.

So sayur baru kami minggu ini ialah batang saleri dan cendawan enoki.
Sebelum ini memang sudah fav mesti ada sayur kailan.
Alhamdulilah, memang satu family kuat makan sayur.


p/s perut aku sudah beberapa hari macam tidak sedap. gastrik kot. esok baru mula bekerja. 3 hari duk rumah sahaja.

4 comments:

oya said...

suka cendawan

Ms Haslina said...

itulah kan cendawan sekarang ni da boleh di goreng rangup juga..kan....

mmg sodap..

Ina Hashim said...

lin

akak x penah try cendawan nih sbb tatau camne nak masak

btw, akak ada tag utk lin..g amik kt blog akak ye

Ms Haslina said...

kak ina - sedap sungguh klu wat sup..jgn mask lama sgt..

oo...okies kak..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails