Followers

Monday, December 6, 2010

perlu ada masa berdua-duan?


Pasangan suami isteri sekarang memang biasa sangat perlu ada masa berdua-duan sekali seminggu atau mungkin sekali sebulan atau sebagainya. Katanya untuk perkara ini perlu dalam menyemarakkan lagi hubungan suami isteri. Makanya anak-anak di tinggalkan pada ibu, maid, kakak atau family yang ada.
Tapi sebenarnya perlu ke berbuat begitu?. Aku sekadar bertanya. Tidak ada niat di hati hendak membuat mana-mana pihak berkecil hati. Kalau terasa dengan statement aku itu, waima aku minta maaf yea.
Namun bagi mereka yang betul-betul ada ruang untuk masa berdua itu...untung kan.

Bukan apa lagi, tadi memang ada orang bertanya dengan aku.
'Selalu ke pergi tengok wayang dengan hubby selama 4 tahun berkawin?'.

Aku jawab,
'4 kali sahaja, seingat akulah'.

Sekali masa 1st anniversary, itupun kelam kabut juga, sebab Haziq tidak mahu dengan sesiapa pun masa di kg itu.

Kedua, kelam kabut juga, pergi beli tiket then tengok wayang then terus balik. Masa itu Haziq tengah tidur. Adik tolong tengokkan. Yang kelakarnya rasa macam pergi tengok movie di TV je. MBO tu memang dekat dengan rumah gitu.

Ketiga, tiket free. Masa sarat pregnantkan Haifa. Bawa sekali Haziq masuk wayang. Alhamdulilah dia tidur sahaja sepanjang itu. Itu sahaja yang rasa tenang dan rilex tengok wayang.

Keempat, dapat tiket free rasanya kalau tidak silap. So pergi tengok movie di Pavillion. Erm..itupun kelam kabut juga. Alhamdulilah sempat makan KFC sebelum movie mula. Habis movie terus pergi rumah kakak, Haifa asyik menangis sahaja. Haziq ok sahaja.

Fikir-fikir sekarang, tidak kuasa lagi aku hendak pergi panggung lagi. Leceh.
Memang dari pemikiran akulah, tidak perlu hendak ada masa berdua-duan itu kalau memang sudah tiada masanya.
Buat masa sekarang aku and hubby rasa ok sahaja, walaupun tidak pernah dapatnya keluar sama macam masa bujang dulu. Tipulah kalau aku kata kami tidak stress.

Lagi pun kalau difikir-fikirkan semula, orang dulu-dulu anak lagi ramai dari orang sekarang. Berbelas-belas orang lagi. Confirm tidak ada masa berdua-duannya.
Tapi jodoh mereka kekal sampai keliang lahad...alhamdulilah.
;))

4 comments:

aliaaroslan said...

abg hendra pakar download cerita. baik tengok kat rumah aje. jimat pon jimat. boleh simpan nak pegi holiday. hehe

Ms Haslina said...

alia - hikhik...alhamdulilah part donlod tu..mmg sungguh dpt berjimat byk kan...
betul tu...leh pi holiday...
syiok..
;))

oya said...

cewah mmg perlu berduaan ye..hee

Ms Haslina said...

oya - part tu mmg kena tanya diri sendiri dan pasangan sekali...
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails