Bestnya hari Jumaat...kan. Esok cuti gitu. Untung siapa yang kerja until hari Jumaat. Boleh holiday 2 hari...kan.
Hari ini sahaja aku free gitu. Hari lain memang kelas dan kelas sahaja. Tapi yang tidak syok sebab petang nanti ada meeting. Bosan betul.
Malam tadi kelakar je kan, aku masak dinner jam 11.30 malam. Sebabnya dari jam 7.30pm aku sudah masuk tidur. I'm so tired.
Tapi sebelum itu semua orang sudah dinner awal di kedai mamak dekat rumah. Aku order roti naan and ayam tandoori. Itu pun makan kongsi-kongsi. Hubby makan mee mamak dan Haziq makan roti canai, tapi tidak habis juga. In the end hubby yang tolong habiskan semua makanan.
Aku masak paprik sotong malam tadi itu. Lepas itu layan movie Mantra. Entah tidak pernah tahu movie ini pun. So tengok sahajalah.
Then habis tengok movie, lipat kain. Boleh gitu..kan. Maka kami tidur pada jam 3am.
2 comments:
salam best tak cita tuu...selamat beristirehat di hujung minggu......senyum selalu..
salam kembali dik farid...
oklah ceritanyer kisah org menuntut ilmu hitam...
tq farid...sama2 kita senyum selalu..
;))
Post a Comment