Followers

Thursday, March 31, 2011

5 bulan 2 minggu

Alhamdulilah perut aku sudah masuk 22 minggu@5 bulan setengah.
;))
Gambar perut kedepan memang ada sudah taken, tapi asyik terlupa sahaja hendak upload dalam komputer. Ialahkan disamping layan anak-anak kalau dirumah, kena gak layan tv. Hikhik.
Layan suami, ermmm part citer dalam kelambu tidak perlu citer dengan orang, kan.

Selera makan aku, masih begitu lagi. Masih memilih kalau hendak makan. Mesti confuse, kan. Selalunya kalau orang pregnant ini semua benda hendak makan. Tapi memang dasar pemilih ditambahkan cerewet lagi. Makanya selalunya itu-itu sahajalah yang aku makan hari-hari.
Sebab itu juga orang tambah confuse tengok aku duk layan pakai baju kurung lagi sekarang ini. Alhamdulilah Allah kurniakan aku perut yang sedang-sedang gitu. Tidak terlalu besar syukur.
Part best lagi ialah, aku boleh pakai baju kurung aku yang memang masih nampak baru lagi tapi sudah lama buatlah.
Asalnya bila tidak pregant aku ini harap maklumanlah, memang berisi comel gitu.
Makanya masa pregnant adalah masa aku pakai semula baju yang memang masih baru lagi itu. Jimat jimat.

Lupa pula, berat aku sekarang ialah 64.5kg. Kalau tidak silap aku, berat time tidak pregnant ialah lebih dari berat itu.
Satu lagi perkara, orang cakap kalau gemuk susah hendak pregnant. Entahlah, setakat ini aku memang berat 66kg kekadang lagi 65kg gitu-gitulah. Tinggi aku pula cuma 153 sahaja.
Namun alhamdulilah, Allah permudahkan juga semuanya. So kepada yang set-set berisi macam aku ini dan yang telah berkahwin jangan risau sangat ye. Insyallah kalau badan memang sihat potensi untuk mengandung itu tetap ada.

Hatta katanya perut kecik tapi perut aku untuk umur kandungan sekarang adalah lebih besar berbanding masa mengandungkan Haziq dan Haifa.
Ntahlah malam tadi aku cakap dengan hubby yang macam sudah lupa macamana rupa Haifa masa baby baby. Ialah, boleh memang tidak ada picture Haifa masih baby yang di cuci. Ambil gambarnya punyalah banyak.
Ish ish, perangai sungguh kami ini.
;((

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

cepatnya masa berlalu..kalaulah eina peknen sesama awak...hee...belum ada rejeki..hu~

take care ya~

Ms Haslina said...

itulah kan eina. klu tidak seiring sejalan kita.
;((
semoga di permudahkan ALLAH, amin.

tq dear.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails