Followers

Tuesday, April 19, 2011

sambal itu banyak bawangnya


Makluman sebenar-benarnya aku memang tidaklah makan bawang. Hatta bawang besar lagilah aku tidak makan gitu. Sejak azali lagi memang aku begitu.
Namunnya, since aku pregnant Haifa dan juga pregnant untuk kali ini aku mestinya 'mengidam' hendak makan sambal ikan bilis campur dengan bawang besar. Alahai siapa-siapa orang N9 mesti tahu sambal ini. Kalau di Kuala Pilah memang sambal inilah sambal nasi lemaknya. Punyalah merimbun bawang besar. Rasa sambal ini manis-manis gitu, sebab bawang besarkan manis rasanya. Di tambah lagi dengan ikan bilis yang murah saiz besar-besar itu.
Bila ada kenduri, pulut kuning pun mesti cicah dengan sambal ini. Sodap.
Duluan memang minta ampun aku tidak akan makan punya sambal ini. Memang tidak boleh, ok.
Balik kg minggu baru ini, mencari-cari aku nasi lemak yang ada sambal ini. Alhamdulilah nyaman sungguh bila dapat makan.
Air tangan nenek@orang tua-tuanya sambal, memanglah rasa sedap...kan.
Teringat dulu masa Haifa, pun puas juga sebab dapat makan pulut kuning dan sambal ini life from kenduri.
Gitulah kan bila pregnant macam-macam boleh jadi.
Heaven.

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

my nuha memang suka makan bawang.menurun dari mak dia kot :p me kalo goreng ayam,mesti nak hias2 dengan bawang besar goreng.makanlah apa lagi..hehehe

haslina said...

huhu. menurun dari emak yea sicomel nuha.
;))

aku ni mmg da dari 1st abang until aku yg no 4 nyah makan bawang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails