Followers

Monday, January 16, 2012

Monday again.

Salam hari Isnin.
Aku cuti EL hari ini.
Cuti sebab Qeqeem ada apointment cucuk 5 bulan hari ini.
Dan nenanti hendak bawa Haifa pergi klinik.
Kakinya terseliuh sikit, akibat lasak sangat bermain dengan Haziq malam tadi.

Malam Sabtu lepas, sempat aku membaking.
Satu adunan aku bahagi dua gitu.
Resepi kek boleh cari dalam blog aku ini under tag cake.
Satu aku buat Kek Butter Pelangi.
Dan satu lagi aku buat Kek Butter Marble.
Tapi kerana pembahagian tidak sekata.
Maka kek marble aku jadi kurang tinggi gitu.
So aku potong dua kek. Jadilah kek lebih tinggi dan jadi kek empat segi.
Aku mahu buat ganache untuk kek ini.
Resultnya kek aku jadi amat comel.

Resepi ganache dari buku Chef Alex Goh.
200 gram coklat masakan yang dihiris.
160 gram butter.
Double boil coklat dahulu. Cair sekata, masukkan butter.
Sebati cair, done.

Tunggu sejuk sedikit. Then boleh curahkan atas kek perlahan-lahan. Pastikan kek telah sejuk.
Ini untuk dapatkan permukaan kek yang licin dan cantik.
Kalau mahu permukaan sedikit kasar, masukkan dulu ganache dalam peti ais. Tunggu hingga keras sedikit. Maka boleh buat lepaan guna pisau lepa.
Setelah siap semua boleh di masukkan dalam peti ais sebentar.
Then boleh di makan.

De cake. 
Suka hati deco.

Dua lapisan gitu.
Putih itu, hancuran white coklat.

Marble Cake with cat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails