Followers

Tuesday, January 3, 2012

Tabika KEMAS.

Alhamdulilah.
Bersiaran dan bertemu kita di office aku lagi.
Aku masuk lewat hari ini.
1st timer gitu anak bersekolah.
Menghantar Haziq mendaftar di Tadika pagi tadi.
Alhamdulilah lagi.
Dipermudahkan urusan pagi tadi itu.
Cuma aku dan Haziq sahaja ke tadika.
Location di bekas Kem Askar di Puchong, berdekatan Bandar Kinrara.
Yup aku masukkan Haziq di Tabika KEMAS.
Yuran pendaftaran ialah RM187.20.
Mula bulan February nanti barulah bayar lagi yuran RM20 untuk setiap bulan.
Waktu pembelajaran ialah dari jam 8 pagi until 12 tengahari.
Juga dari hari Isnin hingga Jumaat.
Pakaian uniform tabika di sediakan sekali sepasang gitu.
Laginya yang aku perasaanlah nanti baju sport juga di sediakan sekali.
Cuma perlu beli baju melayu putih untuk di pakai pada hari Jumaat nanti.
Kalau tidak silap pandangan mata aku tadi, rata-rata address pelajar ialah dari kem@markas TUDM berdekatan.
Aku buat lawak dengan Haziq. Mesti kawan-kawan dia nanti ramai anak askar.
Tadi pun Haziq nampaknya okies berkawan dengan diaorang.
Haziq ini, walaupun tidak pernah masuk ke daycare. Ialah cuma pernah di jaga oleh babysitter sahaja.
Alhamdulilah dia memang friendly sungguh.
Mudah berkawan dengan orang yang baru di kenali.

Aku tengok di laman web KEMAS.
Memang penuh aktiviti berilmu yang di anjurkan oleh pihak KEMAS.
Semoga Haziq dapat sesuaikan diri dan mendapat ilmu yang berkat di kelas nanti.
amin amin amin.

5 comments:

aliaaroslan said...

bestnya haziq nak masuk sekolah! konfem seronok dia nanti.

Ina Hashim said...

LIN,
MESTI EKSAITED KAN PERTAMA KALI ANAK NAK BERSEKOLAH, WALAUPUN BARU TADIKA..TAPI SUATU PERASAAN YG SUKAR DIGAMBARKAN :)

haslina said...

alia - itulah antara gembira atau tidak.
nampaknya tadi. alhamdulilah dia ceria.
klu ikut emaknya ini memang kaki menangis je dulu masa sekolah.
harapan semoga Haziq gembira dan mendapat ilmu yang berkat.

kak ina - itulah kak, emaknya inilah yang cemas tidak menentu.

mamalieyna said...

ooohh haziq sekolah kt situ eh..dl, pergi kerja hari2 lalu tabika tu..^_^

good boy haziq..

salam tahun baru 2012~

haslina said...

eina - a'ah.
tabika di kem askar tu.

alhamdulilah mmg good boy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails