Followers

Thursday, January 12, 2012

my Red Velvet Cake

1st time deco kek with cream cheese frosting.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
227 gram cream cheese
227 gram mascarpone (aku guna cream cheese)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan @ 115 gram gula icing (di ayak)
1 1/2 cawan @ 360 ml whipping cream

Cara-cara
Cara penyediaan buttermilk -  Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 240ml @ 8 oz susu segar + 1 sudu makan cuka putih. Biarkan dalam 10 - 15 minit sehingga susu menjadi pekat. Cuka boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
(Tapi aku tengok 15 minit campuran masih kurang pekat sangat. Next time aku kena ikut pesanan kaklang supaya tunggu until 30 minit)

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar)
Gris loyang 9 inci @ 23 cm dengan mentega. (Kalau guna  loyang 8 inci perlu masa lebih lagi untuk membakar).
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.
Buttermilk yang sudah disediakan, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Kadar segera juga masukkan adunan kedalam loyang.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih, kek sudah masak sepenuhnya.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
Bila kek sejuk sepenuhnya, wrap kek dengan plastic dan simpan dalam peti sejuk dalam satu jam.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).

Cream cheese frosting
Satukan creamcheese dan mascorpone cheese (aku guna cream cheese sahaja).
Putar hingga lembut dan sebati.
Masukkan gula dan esen.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 2 sahaja)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.
Sedap sungguh.

 Hasil setelah beberapa jam didalam peti ais.

Tepung di campur sebati. 
Sudu baking dan bekas kecik untuk campuran cuka dan soda.

 De cake.

1st time buat aku cuma campurkan 1 sudu besar pewarna.
Color more to coklat.

2nd time buat. 
Aku letak 2 sudu besar pewarna. 
Aku guna sudu baking.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails