Followers

Wednesday, February 29, 2012

Insyallah...

Salam Rabu. Alhamdulilah.
Penat badan aku ini. Asyik menekan pedal minyak kereta ke sana sini. Ada sahaja urusan yang perlu di selesaikan segera. Erm. Memangnya, semua urusan mesti hendak cepat kan.
Sempat aku telan panadol sebiji tadi tengahari sebelum keluar rumah. Kepala aku macam pening.
Aku teringat dan mungkin memang betul juga cakap Cik Ros aku masa malam aku call dia dulu. Masa malam aku di hospital. Mengira detik-detik, untuk aku bersalinkan Qeqeem.
Cik Ros beritahu aku mungkin sebab Qeqeem tidak mahu keluar dari perut aku adalah sebab Qeqeem hendak mama dia ini berehat lama sikit. Qeqeem sayang mama dia yang asyik bersalin dekat-dekat sahaja jaraknya. Qeqeem tahu mama dia penat. Sebab itu dia duduk lama sikit dalam perut mama dia.
Makluman aku overdue until last date yang Doc bagi iaitu 10 hari dari tarikh sebenar yang aku perlu bersalin.

Kasut comel Haziq yang sudah berumur dekat 5 tahun sudah bertukar tuan.
Bukan setakat kasut.
Dari baju, seluar dan stokin sekali.
(Betullah, kalau beli barang mahal sikit, insyallah tahan lama)

Namun apa yang boleh di lakukan ialah redha dengan apa sahaja situasi yang mendatang. Dan cuba dengan sebaik mungkin hadapinya dengan tenang. Insyallah ibarat lagu Maher Zain.
Yup, aku memang sentiasa ingat dan tanam dalam hati ini yang ALLAH is always by my side.
Yup lagi, mata aku berair bila dengar bait-bait lirik lagu Insyallah ini. Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayah pada kita umatnya amin amin amin.

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way

Tuesday, February 28, 2012

Haziq dan Qeqeem.

Salam Selasa. Alhamdulilah.

Drive thru.
Bayar bill electric.

Fuh sudah petangan gitu. Baru mahu update blog. Alhamdulilah gaji masuk hari ini, makanya sibuk sedikitlah aku membayar bill dan bill lagi. Macam biasa aku pergi bayar bill electric di TNB Bangi. Seronok ialah, tidak perlu parking kereta pun. Bayar di kaunter drive thru sahaja. Mudah. Perkhidmatan pantas sekali. Best kan.

Story Haziq.
Minggu lepas cuma sekolah hari Isnin sahaja. Demam since dari sekolah lagi. Then hari Selasa sudah okies alhamdulilah. Malamnya hubby yang perasaan ada merah-merah dan Haziq cakap ada gatal-gatal di bahagian punggung dan telah merebak sedikit ke kaki. Terus aku bawa pergi Doc. Risau weh.
Doc kata ada insect gigit, then sebab Haziq garu. Haziq dapat ubat sapu, ubat tahan gatal dan satu lagi...lupa pula.
Dalam dua ke tiga hari semua itu sudah kering sepenuhnya. Hari Isnin semalam, Haziq masih tidak mahu sekolah.
Alhamdulilah hari ini sudah mula ke school semula.

Qeqeem yang amat murah dengan senyuman.

Story pasal Qeqeem. Umur 6 bulan 1 minggu ++.
Sekarang ini tengah gigih practice merangkak. Aku selak-selak di blog ini mencari post masa Haziq umur yang sama dengan Qeqeem. Erm, memang sama sahaja perkembangannya. Cuma Qeqeem ada lambat sikit, sebab mungkin saiz badan. Semestinya Qeqeem lebih besar dari Haziq masa umur yang sama ini.
Sama sahaja anak-anak aku ini, menggulingkan badan kalau mahu bergerak. Lagi cepat sampai dari merangkak...cerdik.
Part makan, erm masih belum bagi lagi makanan lain selain nestum. Pernah suapkan nasi sebutir dua, erm diluahkan semula.
De best part ialah since masuk umur 6 bulan, Qeqeem sudah tidak terjaga around 3am or 4am lagi.
Seperasan aku dekat jam 6am atau sebelum 7am barulah Qeqeem bangun menangis hendak susu.

Monday, February 27, 2012

Kek selamat di order - tambah story lagi.....

Salam Isnin.Alhamdulilah.
Gagah aku datang bekerja hari ini.
Amazing me.
Wah wah...

Erm mood semestinya ke laut kalau hari Isnin gitu kan. Apa celop...serius aku tidak suka drama ini.
Malas mahu story yang panjang manjang.
Jom melayan pictures my kek.
Sebenarnya aku mahu menyiapkan kerja penandaan pada hari ini.
Tanda kertas exam subject Fluid Mechanics.
Aku berdoa dan berharap aku mampu meningkatkan kadar kerajinan aku.
Alhamdulilah carry mark sudah siap di key in pada sistem minggu lalu.
Gigih aku settlekan test, assignment and quia bagai.
So harapnya habis-habis penandaan untuk markah final exam ini, zass aku key in terus markah.

Orange Butter Cake - order dari Esma juga.

Kek Butter Pelangi - order dari Norli (Kajang)

Story cake di sini bukan semua aku buat satu masa.
Tapinya order yang aku dapat pada minggu-minggu laluan.
Asyik kelupaan sahaja untuk upload gambarnya.
Mesti ada penanyaan di hati orang yang melihat gambar, kenapa color kek oren aku macam pucat sahaja kan. Macam tidak menarik nampaknya kan.
Sebenarnya aku memang tidak berapa suka untuk letak coloring pekat@tebal sangat gitu.
Memang colorful itu maveles. Tapinya dari segi kesihatan. Kena fikir gak perkara itu.
Biarlah orang kata dalam food industry presentation itu penting.
Bagi pendapat aku yang tidak seberapa ini, lebih sedap dimakan adalah lebih baik

P/S
Sebenarnya kawan aku yang duk dalam Cosway@Amway duk bising pada aku pasal food coloring ini.
Dia rajin story dengan aku pasal health ini.
Itu yang aku ambil kesedaran dari dia.
Lagipun benda baek, apa salahnya kita kongsi.

Orange Butter Cake with choc. inside - order dari Kaklang.

Butter Cake - order dari Esma.

Friday, February 24, 2012

keropok pahit.

Salam hari Jumaat yang mulia.
Alhamdulilah.

Keropok belinjau saiz besar dan lebih tebal.

Dulu-duluan kala memang kegemaran aku makan keropok yang di goreng oleh emak. Kalau kalauan balik S'pore pula mesti ada sahaja stok keropok rak-rak dapur rumah makcik-makcik aku dengan keropok 'belinjau'. Gitulah sebutannya, ataupun senang panggil keropok pahit. Maka azalinya memang dari kecik-kecik lagi aku sudah diexposed dengan keropok ini. Selalunya masa itu memang makan yang saiz kecik dan tidak tebal itulah. Cuma sekala gitu dapat merasa yang saiz besar punya. Since sudah ada makcik orang Indonesia yang berjodoh kawin dengan Pak Ngah aku masa aku belajar di UTM JB (Pak Ngah kawin kali kedua setelah menduda selama berbelas tahun). Hatta 1st time juga aku merasa makan puas-puas keropok yang saiz besar dan tebal. Serius aku suka yang saiz ini. Rasa lebih lemak. Maveles. Cicah dengan cili sos...aduhai.
Storynya lagi, bulan lepas rasanya aku pergi pasar siang di Kg Bharu. Ada stall berdepanan Balai Polis di area pasar itu. Yang dekat area orang jual buah-buah itu. Di situlah aku beli bermacaman keropok termasuk keropok pahit ini. Pricenya aku terlupalah pula. Tapi ok lah banyaknya. Aku beli dalam 1/2 kg semua jenis keropok itu. Dalam 4 jenis keropok. Total semua RM30 sahaja. Ada juga aku goreng sekali sahaja di rumah. Yang lebih banyak itu, aku hantar balik kg. Sebabnya memang emak aku pun yang pesan untuk beli keropok untuk di goreng. Azalinya belah emak aku yang berketurunan Boyan, kalau buat kenduri semestinya sinonim dengan keropok dalam bekas di meja-meja. Gitulah kalau pergi kenduri kalau balik S'pore. Syiok makan keropok, macam-macam jenis lagi. Meriahkan. Kalau sudah tidak boleh berhenti mengunyah, boleh request bawa balik sebalang dua. Hahaha.
Lamanya juga sebenarnya tidak pergi kenduri di S'pore. Ataupun mana-mana anak-anak sepupu emak yang tidak berkenduri. Last cousin aku kawin, masa aku pregnantkan Haifa. Fuh sudah lama gitu. Moga di permudahkan jodoh cousin aku yang lain untuk naik pelamin. amin amin amin.

Saiz kecil

Thursday, February 23, 2012

Sambung elektrik dengan pertukaran nama untuk rumah 2nd yang baru di beli.

Salam Khamis.
Alhamdulilah.
Erm hari ini aku kerja sampai ke malam. Storynya sebab kena menjaga exam pada jam 8.15pm until 10.15pm. Aku budget, jam 11pm barulah aku sampai rumah. Nampaknya berbaju kurunglah aku seharian.

Okies, aku mahu kongsi pengalaman pertama aku masukkan kembali elektrik ke rumah. Rumah siapa, ntahlah. Hahahaha. Sila jangan di tanya. Adegan ini berlaku bulan lepas gitu. Aku pergi TNB Bangi. Di situ ada juga servis drive-thru untuk bayar bill. Syoik lagi sebab tidak ramai orang pun. Servis di kaunter pun pantas. Syabas pada mereka. Cuma part parking yang slow sikit. Parking lot sikit sahaja. Nasib-nasiblah kan. Sebelum kesana hubby sudah callkan untuk document yang perlu di bawa. So sampai sana, alhamdulilah barang keperluan telah siap ada.

Boleh tengok lampiran di pic bawah ini untuk lebih jelas. Juga boleh ke laman web TNB. Disana nanti ada borang yang perlu di isi. Faham tidak faham, aku minta bantuan orang yang bertugas di situ. Nanti ada tanya No Tiang bagai. Minta sahaja bantuan orang di situ.
Bagusnya lagi masa itu aku berurusan waktu pagi dalam jam 10 lebih. Esoknya sudah okies, rumah sudah ada berelektrik.

Document dan barang yang perlu ada ialah -
1. Salinan SnP document sekiranya ada atau Surat penjanjian penyewaan.
2. Salinan kad pengenalan depan belakang untuk penama dalam bil elektric.
3. Setem Hasil RM10 sebanyak 2 keping. (Setem ini beli sahaja di pejabat pos dan bawa ke TNB, tidak perlu buat apa-apa.)
4. Wang cagaran. Aku perlu bayar RM200.
5. Wang proses tukar nama. RM 3.00

Kertas yang di beri di kaunter untuk rujukan.

Wednesday, February 22, 2012

Cendawan goreng.

Cendawan goreng sendiri.

Salam.
Aduhai tidak tahu mengapa. Lately ini suka benar aku makan cendawan goreng. Padahalnya punyalah tidak suka dulu-duluan.Hatta aku prefer yang di goreng di rumah. Tambahan lagi, mesti minta hubby sayang yang gorengkan. Maveles gitu. Ntahlah, kalau hubby goreng, elok sahaja kurang berminyak. Kalau aku goreng, berminyak sahaja. Lepas itu extra work lap cendawan dengan tisu-tisuan.
Cendawan ini aku beli di JJ sahaja. Saiz yang kecik-kecik gitu. Aku tidak pastilah orang lain, tapi aku siap makan dengan nasi tambah dengan lauk sambalan yang lain. Best sahaja.
Part tepung salut pula, aku 1st time juga guna brand Seri Aji ini. Price RM1.50 rasanya. Oklah aku suka. Satu kotak tepung ini cukup untuk sebungkus cendawan saiz biasa.

Cara masak. 
Gunakan telo putih sahaja.
Then celupkan cendawan ke dalam putih telo yang telah di pukul.
Pindahkan cendawan ke dalam tepung.
Angkat dan masukkan ke dalam minyak panas.

Masa beli tidak perasaan pula pedas rupanya.

my princess.

Salam Rabu.
Alhamdulilah.
Aku sudah masuk kerja hari ini. Namunnya Haziq tidak mahu kesekolah malam tadi. Erm, sudah aku tanya pun sebelum tidur. Haziq jawab, tidak mahu pergi sekolah esok. Ermmm lagi, okies aku jawab. Mungkin badan Haziq masih tidak sedap lagi. Alhamdulilah demam sudah kebah semalam siang lagi.

princess Sandra.
yup, aku memang suka panggil Sandra princess.

Tuesday, February 21, 2012

Demam and story cake lagi.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.
Me tidak bekerja lagi hari ini. Fuh sakit hendak datang kan, kena redha. Demam sikit dan semestinya kurang kelaratan.Haziq pula demam dari malam tadi. Alhamdulilah sudah ada kurangnya. Hatta tetap aku tidak memberi dia ke school. Azalinya dari sekolah lagi Haziq sudah demam masa aku ambil dia semalam.
Semenjak boleh tengaok tv di hp, makanya niat aku aku untuk upload pic dari situ ke sini sudah terbengkalai. Hp aku sudah jadi tv.

Moist Choc Cake.
Order kaklang untuk kawan dia. 

Iklan dan story kejap pasal my cake. Story bermula cuti dua minggu lalu. Officemate kaklang baru bersalin. Kiranya dalam pantanglah. Tapinya kek ini untuk makan anak-anak kakak itu. Yang aku rasa sudah besar-besar gitu. Alhamdulilah malam itu dalam hujan-hujan aku ajak juga hubby pergi Putra Height. Oklah juga kan, dari Puncak Jalil ini kami ikut lalu depan IOI Mall Puchong, then masuk tol hendak ke Shah Alam. Then memang ada signboard tempat itu di belah kiri sebelum Shell. Makanya masuk ke situ. Boleh tengok signboard lagi.
Hatta malam itu belum aku sampai rumah lagi masa itu. Kaklang sudah sms aku. Katanya anak-anak kak Myara suka my cake itu. Syukur pada ALLAH. Berkat rezeki aku walaupun belajar sendiri dengan bantuan buku, internet juga ilmu dari kaklang mengenai dunia kek.
Kek ini tetap aku gunakan resepi yang sama. Boleh cari resepi di tag cake di blog aku ini. Tengahnya aku belah dua dan sapukan dengan buttercream coklat. Ganachenya pula ialah campuran whipping cream+butter+coklat compound. Seriusly resepi ini aku campur-campur hasil dari pemerhatian dan kajian pendek aku. Maknanya resepi kek dan ganache dari orang lain. Then buttercream dari orang lain.
Semoga ALLAH sahaja dapat membalas jasa pada mereka-mereka ini yang cukup bermurah hati berkongsi resepi.
Insyallah will do a post about the resepi for the cake ini nanti. Bagi aku pun sama, ilmu walaupun aku menjual, tetap jatuh wajib di kongsi.

Bagi amatur macam aku, patern ini jadi kegemaran aku.
Bila buat piping buttercream guna nozzle.

Monday, February 20, 2012

Mee bandung.

Salam Monday.
Alhamdulilah.
Me bersiaran dari rumah.
Asalan story, kereta ke bengkel hari ini.
Tukar suspension sebelah dan sebelah lagi tukar absorver. <----betul ke aku mengeja ini.

My mee bandung.

Hatta aku ke Tesco Ampang hari Jumaat malam lepas.
Menghantar kek-kek yang di order.
Alang ke sana, tempat jatuh lagi di kenang.
Kan dekat 11 tahun aku duduk Pandan Indah. Aku ajak hubby makan di kedai didalam Tesco.
Lupa pula namanya. Kedai Warung Santai kot.
Yang pernah di makan ialah Mee Bandung dan Nasi Goreng Kg. Pedass kaw kaw.
Selalunya mesti ramai orang sahaja.
Tapi boleh sahaja ada semeja dua yang kosong. Ok lah.
Aku suka mee bandung. Namun yang aku makan baru-baru ini, rasa sudah kurang menyengat.
Ahah itulah sebab aku cadang pada hubby untuk masak sendiri.
Itulah hasil mee di picture itu malam minggu baru ini.
Erm, masih banyak perlu di practice lagi.
Ialah lagi pun suka hati aku sahaja tukar-tukar resepi.
Maklumlah, apa sahaja barang yang ada di rumah sahaja yang di guna kan gitu.
Mestilah rasanya berubah, hahaha.
Kena pula masak dengan udang kering dari Sabah. Fuh rasa udang kering habis. Dari 3 sudu besar kalau ikut resepi, mungkin kena tukar ke 2 sudu sahaja.
Udang sinun, masin sikit.

1st time masak Mee Bandung.
Resepi dari buku.
Nanti masukkan resepi ek.

Friday, February 17, 2012

Rezeki...alhamdulilah.

Salam Jumaat.
Kerja semula hari ini. Semalam itu aku amek cuti. Oh tidaklah pergi berjimba gembira. Cuma aku perlu berehat extra extra. Keadaan kesihatan yang batuk sedikit dan selsema sedikit juga, maka semuanya membuat kepala aku macam bengal.
Lagipun petangnya pula menghantar Qeqeem untuk cucuk 6 bulan di klinik kerajaan.
Story lain kali pasal tu.

Alhamdulilah hari ini nampaknya batuk aku sudah ketiadaan sangat. Ialah aku makan juga ubat klinik sekali.

Cuma Qeqeem yang masih batuk dan selsema, kecian anak mama tu.
Any tips untuk kurangkan batuk dan selsema. Aku tidak suka sangat hendak bagi baby makan ubat klinik ini.
Qeqeem 1st time makan ubat klinik masa umur dekat 6 bulan.
Kasihan tengok dia demam masa itu.Sebelum-sebelum itu memang tidak pernah bagi pun.

Haifa batuk juga, alhamdulilah sudah berkurangan. Haziq pula hanya kena selsema, sudah kurang juga. Hari itu, hari Selasa rasanya memang ke klinik kami beramai-ramaian. Lenguh kejap tangan aku menulis nama untuk 4 orang termasuk aku sekali. Fuh.

Malam tadi story pula, gigih aku membakar 3 biji kek. Alhamdulilah lagi. Order dari kawan aku, mak buyung yang teringinan. Nanti aku masukkan picture kek.Sadisnya kek yang pertama aku bakar retak di tepi. Silap aku gelojoh untuk keluarkan kek dari loyang. So buat makan anak-anaklah Moist Choc. kek itu.
Tidak mengapa, kalau kaklang mahu kek ulangan untuk hari Isnin. Aku akan buatkan kembali.
1 st time buat Kek Butter. Kawan aku itu mengorder Kek Butter Oren dan Kek Butter.
Total out malam tadi aku membakar sebanyak 5 kali. Kerananya setiap kek mempunya lebihan untuk di bakar dalam loyang kecik. Fuh lagi. Akhirnya aku tidur sudah jam cecah 1 pagi lebih lebih. Namun hati aku puas sebab kek siap semuanya.
Paling de syiok, kerana hubby tetap disisi menemani aku. I luv u sayang and tq so much dengan sokongan dari U.

Rezeki berblog.
Alhamdulilah.

Wednesday, February 15, 2012

buku cerita hantu

Salam Rabu.
Alhamdulilah.

Layan my peberet book masa zaman remaja.
Itu yang balik kg hari itu, aku bawa balik beberapa buku 'cinta' aku ini.

Seriusly aku tidak suka baca Novel.
Aku tidak suka cerita cinta-cinta ini.

Makanya aku banyak baca buku Bercakap dengan Jin - Tamar Jalis.
Juga cerita tulisan Tok Awang Ngah.
Laginya, mana-mana cerita hantu yang femes masa itu.
Sebenarnya aku adalah seorang yang penakut.
Makanya bertambah-tambah penakutnya aku masa itu.

Story ini aku macam like like baca.
Sebab masa baca sibuk tanya pada hubby pasal bandar Tawau.
hehheh.
Yup menurut kata hubby, ini memang kisah benar di situ.

Aku tunjuk page belakang sahaja.
Gambar page depan kisah benar ini ngeri sikit.
Tajuk buku ini ialah 'Hantu Parakang' tulisan Jirkawi.

Tuesday, February 14, 2012

Qeqeem sudah 6 bulan.

Budak baik.

Salam hari Selasa.
Alhamdulilah.

Letak pictures Qeqeem banyak-banyak hari ini.
Sebabnya Qeqeem sudah masuk 6 bulan.
Semestinya sudah angkat-angkat punggung.
Tanda-tanda awal untuk merangkak.

Hari Khamis ini Qeqeem ada appointment untuk cucuk untuk 6 bulan.
Aku tahu berat Qeqeem mesti ada turun sebab dekat seminggu juga kena cirit birit.
Tapi aku tengok memang anak-anak aku kalau sakit semuanya masih aktif sahaja.
Memang tidak nampaklah muka tengah sakit.
Alhamdulilah.
Qeqeem itupun hari itu walau tidak sihat tetap ceria dan kuat minum susu.

Tangan sudah kuat mencengkam barang.

Kaki comel.

Senang hati sungguh.

Sudah nampak kaki yang panjang.

Monday, February 13, 2012

Cendol...

Salam petang Isnin.
Alhamdulilah.

Baru mahu update.
Hari ini, pagi-pagi sudah ke CIDB.
Ada career fair so aku perlu bertugasan.
Ngam jam 4 lebih kemas-kemas dan balik.

Then ini sudah selesai kembali ke office.
Alhamdulilah.

Jom tengok cendol RM1.30.
Dibulatan UNITEN.
Aku makan@minum minggu lepas.
Ialah kan panas amatlah lately ini kalau tengahari.
Hatta tidak habis pun.
Sebabnya azalinya aku ini tidak suka minum air batu@air sejuk.
Saja je hendak merasa-rasa minum ais.

Lengkap cendolnya.
Jagung, kacang merah....

Saturday, February 11, 2012

Qeqeem.

Salam hari Sabtu.
Alhamdulilah.
Selamat bercutian to all.
Tepek gambar Qeqeem bong@tidur.

Tidur dengan amannya.

Himpit kiri kanan. Supaya tidur lebih lama.
Kalau tidak, terkejut dengan pekikan kakak abang yang leka bermain-main.

Friday, February 10, 2012

Red Velvet Cake again.

Salam Pagi Jumaat.
Alhamdulilah.

Pagi ini mari melihat kek Baldu Merah order dari my sister masa cuti Sabtu lepas.
Ianya untuk birthday ke 5 tahun anak buah aku itu.

Makanya kek seperti biasa di bakar sehari sebelum kejadian.
Esoknya barulah cantik molek untuk di frostingkan dengan cream chees.
Kenapa tunggu sehari?.
Sebaiknya kek akan jadi lembap dan tidak kering setelah di biarkan sehari.
Bukan tidak boleh buat frosting right away setelah kek sejuk.
Tapi kek masih dalam keadaan kering dan mudah berderai masa itu apabila buat crumb cooating iaitu lapisan nipis sebelum lapisan tebal untuk keseluruhan kek.
Hehehe, sedikit ilmu yang aku ada. Aku kongsikan bersama-sama.
;))

Harap makluman.
Setakat ini, aku cuma pernah pergi kelas sekali sahaja. Itu pun kelas untuk membuat kek biasa sahaja. Tujuan aku ke kelas itu adalah untuk warming up skill yang aku sedikit dalam membakar kek.
Alhamdulilah dulu-duluan aku pernah membantu emak dalam membuat kek kalau hendak beraya.
So skill itu yang aku asahkan kembali.
Cukup rasanya bagi aku dengan kelas yang sekali itu.
De rest buttercream, ganache, nozel, piping, alatan bakery, bahan-bahan bakery dan cara menghias kek.
Yup semuanya aku belajar sendiri. Internet kan ada. Buku pun banyak.
Sikit-sikit aku belajar semua itu sendiri.
Lawaknya aku rasa masa bulan Dec 2011 dan January 2012 hari itu aku sudah macam hendak ambil exam sahaja.
Malam-malam kerjanya membaca dan membaca lagi. Everything pasal kek dan kek lagi.
Overkan.
Bagi diri aku ini, rasanya tidak berbaloi kalau ke kelas kek secara keterlaluan.
Belajar kek itu belajar kek ini dengan harga yuran sampai mencecah RM350. Fuh.
Cukuplah sekali dua ke kelas.
Bagi aku duit itu lebih baik beli buku-bukaan dan perkara lain yang boleh aku buat.
Itu pendapat akulah.
Kita jangan lupa, ilmu yang kita dapat itu haruslah kita gunakan.
So kalau sudah terlebih ilmu, macamana itu?

Back to my RV cake.
Resepi still sama macam sebelum ini.
Cuma kali ini aku guna loyang 8 inci.
Makanya kek menjadi sedikit comel.

Yang merah itu aku gunakan buttercream.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 220 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
200 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara
Sediakan buttermilk dahulu.
Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 250ml @ 8 oz susu segar (aku guna satu kotak susu fresh cream
250 ml) + 1 sudu makan cuka putih.
Biarkan dalam 10 minit sehingga susu menjadi pekat.
Cuka juga boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
Masukkan 1 1/2 sudu makan pewarna merah. Kacau sebati.

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar).
Gris loyang 8 inci dengan mentega.
(Memang ada lebihan adunan kalau guna loyang ini, makanya aku bakar dua kali dengan lebihan itu.)
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih dan licin, kek sudah masak sepenuhnya.
Tahniah.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).
Aku memang prefer biarkan kek dalam satu hari. Then baru aku buat frosting.

Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 3 untuk kali ini)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.

De cake.
Loyang 8 inci. Price RM 55.

Thursday, February 9, 2012

Gastrik gitu & Public Bank.

Salam hari Khamis.
Alhamdulilah.

Semalam aku MC.
Tetiba sakit di perut belah kiri.
Kiranya dua harilah sakit itu.
Risau semestinya.
Makanya hari Rabu semalam baru terkial-kial ke klinik.
Ialah amat kesibukan hari Selasanya itu.
Doc cakap aku mempunyai angin yang berlebihan. Ala-ala gastriklah itu.
Okies silap aku rupanya. Sedap sangat makan tempe goreng.
Dua hari asyik dengan lauk itu.
Hatta dengan keadaan diri aku bergastrik ini, memang aku tidak boleh makan banyak sangat kacang buncis juga kacang panjang.
Maka lagi ini, aku memang juga tidak boleh makan tempe berbanyakan.
Di sebab aku sakit di area yang berkemungkinan aku pregnant.
Makanya Doc tidak henti tanya bila last P.. aku itu.
Then Doc siap beritahu yang aku tidak mengandung luar rahim.
Huh....begitu sekali.
Aku bukannya pregnant pun. Itu aku pun tahu.

Lauk tempe.
Tempe 3 keping di goreng.
Tumbuk 2 ulas bawang putih+3 ulas bawang merah+ikan bilis+cili api.
Tumis bahan yang di tumbuk.
Sudah naik bau, masukkan sesudu dua ciliboh dan secubit garam.
Biarkan sebentar, masukkan udang. Sikit sahaja.
Then sudah sebati semuanya. Masukkan tempe yang telah di goreng.
Done.

Story lain.
Lepas settle hal-hal berbangkit semalam.
Aku sempat ke Public Bank Puchong.
Masa itu sudah jam 3 pm.
Fulamak.
Ramai sungguh orang dalam bank.
Macam hendak pergi 'berperang' aku tengok.
Memandangkan aku cuma hendak berjumpa customer service.
Aku hendak membuat internet banking.
Rupanya kan kita perlu membawa buku bank, IC dan card bank untuk service itu.
Dalam itu aku pun mencubalah menekan nombor.
Okies, jarak nombor yang aku dapat dengan nombor yang sedang berjumpa pegawai bertugas ialah seramai 40 lebih orang.
Aduhai. Aku tidak mahu menunggu panjang.
Aku terus balik rumah.
Lagi gembira.

Pilihan lain untuk service ke Public Bank yang tiada orang sangat ialah berdekatan Mydin Putrajaya.
Disitu ada juga service untuk deposit machine sekali.
Satu lagi ialah di Kajang. Tidaklah masuk bandar Kajang lagi.
Yang itu aku tidak pernah pergi.

Monday, February 6, 2012

Monday tidak blues.

Salam pagi Isnin.
Alhamdulilah.
Salam Maulidur Rasul juga (semalam).

Syiokkan Monday kalau cuti, barulah tidak blues.
Aku masih di rumah walaupun cutin panjang sekali gitu.
Alasan tidak balik kekg ialah aku penat.
Serius.
Lately ini gitulah aku kan.
Laginya aku menyiapkan tempahan Kek Red Velvet anak buah aku.
Kek birthdaynya yang ke 5 tahun.
Kakak aku yang order.
Alhamdulilah.

Then lagi, aku mengemas rumah bagai. Buat mana yang larat sahaja.
Susun kain baju di tempat yang sepatutnya di dalam laci dan almari.


Dinner malam tadi.
Ikan masak pedas.
By hubby tersayang.
Sodapppp.

Friday, February 3, 2012

wordless Friday

Salam Jumaat.
Alhamdulilah.
Mari tengok simpang empat yang aku lalu pagi-pagi waktu pergi kerja.
The only traffic light yang aku akan tempuhi.
Alhamdulilah siap dengan pak polisi.
Mudah perjalanan aku ke office.
Giant berdekatan Taman Equine.

TQ so much to them.

Thursday, February 2, 2012

Mandi laut.

Cantik kan permandangan. 
Tapi tengah terik sekali.
Hubby melayan Haifa mandi.

Salam Khamis.
Alhamdulilah.

Picture 1st time Qeqeem mandi laut pada Dec 2011 lepas.
Qeqeem okies sahaja tiada menangis.
Mungkin sebab air lautkan panas.
Sedap sahaja di mandikan.
Kami sekeluarga pergi PD secara kebetulan. Dan tiada perancangan pun.
Masa itu tengah pergi pasar dengan emak pagi nya pada 31 Dec itu.
Then rasa hendak ke laut pula.
Suggest pada emak, cakap kita goreng mee sahaja dan nasi goreng gitu.
Tidak lupa air oren dan kopi o.
Maveles.
Tepat jam 3 pm kami berlepas ke PD dari Kuala Pilah.
Dokek je perjalanan kami.
Cukup sejam dua mandi, then kepasar malam PD pula.
Kemudian balik.
Aku dan emak cuma pemerhati sahaja. Kami tidak mandi pun.

Syiok sahaja Qeqeem mandi.

Haziq paling happy kalau ke laut.

Memang request untuk di tanam dalam pasir.

Bonda tercinta with Qeqeem.
Hehehe, siap bawa keropk sekali.

Kegemaran Haziq, main pasir.

Wednesday, February 1, 2012

Red Velvet Cake de 5th

Salam Rabu.
Alhamdulilah.
Burp juga dengan sarapan sesenduk nasi goreng, telo mata, sedikit kuah kari, sedikit kacang kacangan rebus dan sebiji sosej comel.

Pagi tadinya 1st time aku menghantar Haziq pergi ketadika.
Selalunya hubby yang menghantar.
Makanya baru aku tahu yang anak bujang aku yang sekarang ini aku tengok bertambah hensem sudah rupanya seorang yang independent gitu.
Sebabnya setelah sampai di kawasan tadika. Haziq minta tangan aku untuk di cium.
Then aku hendak cium pipi-pipi dan dahinya, Haziq macam mengelak. Erm..aku rasa Haziq malu kot mama dia cium dia lebih-lebih. Takut kawan-kawan dia nampaklah agaknya.
Then Haziq terus suruh aku balik. Dia tidak bagi aku terus menghantar dia ke pintu bangunan tadika.
Walaupun aku tetap tunggu tengokkan dia. Separuh jalan, Haziq pusing lagi dan suruh aku balik.
Teringat aku tentang kaklang masa masuk sekolah umur 7 tahun. Samalah macam Haziq itu, dia suruh emak aku balik. Tidak perlu tunggukan dia di sekolah.
Berlainan dengan aku yang kerjanya tiada lain melainkan menangis sahaja kalau di suruh kesekolah dulu.
Seriusly aku sungguh terharu.
Memang Haziq seorang yang bersikap abang-abang.
Dia pandai pujuk Haifa kalau Haifa menangis.
Begitu juga kalau dengan Qeqeem, sambil betulkan kedudukan susu Qeqeem sambil sebelah tangan tepuk-tepukkan. Supaya Qeqeem lena tidur.
Brotherly sungguh.

de writing on de cake.

Back to the title.
Yup hari Sabtu lepas aku siapkan order kek birtday untuk anak kawan sekolah aku dulu.
Yatt order kek Red Velvet ini.
Makanya berat kek untuk loyang 9 inci bulat ialah dalam 3kg.
Setelah di letakkan frosting makanya berat menjadi 4kg.
Fuh.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 250 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
400 g mentega
500 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
6 camca besar gula aising, diayak (aku guna 3 camca besar sahaja)

Cara-cara
Cara penyediaan buttermilk -  Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 240ml @ 8 oz susu segar + 1 sudu makan cuka putih. Biarkan dalam 10 - 15 minit sehingga susu menjadi pekat. Cuka boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
(Tapi aku tengok 15 minit campuran masih kurang pekat sangat. Next time aku kena ikut pesanan kaklang supaya tunggu until 30 minit)

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar)
Gris loyang 9 inci @ 23 cm dengan mentega. (Kalau guna  loyang 8 inci perlu masa lebih lagi untuk membakar).
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.
Buttermilk yang sudah disediakan, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Kadar segera juga masukkan adunan kedalam loyang.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih, kek sudah masak sepenuhnya.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
Bila kek sejuk sepenuhnya, wrap kek dengan plastic dan simpan dalam peti sejuk dalam satu jam.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).

Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 2 sahaja)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.
Sedap sungguh.

RM 65 sahaja untuk kek begini.
Hendak order, sila-sila.


de proses.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails