Followers

Monday, March 5, 2012

aku mula memandu kereta.

Salam Isnin si BLUES.
Alhamdulilah ke office juga aku hari ini. Ialahkan, hujan di pagi Monday.
Nyaman sahajakan kalau masih berada masih bercuti. Wah.

Lesen pertama dan forever.

Mari...mari lihat Lesen Memandu.
Okies kalau semua masih ingat, mula tahun 1997 lah lesen P mula di wujudkan. Alhamdulilah aku tidak tergolong dalam golongan P haha.
Pada masa hujung 1996 itulah aku terkial-kial baru ambil lesen. Itu pun abah yang suruh. Kalau tidak entah bilanya aku ini berlesen haha lagi. Gigih abah mengajar aku driving. Abah aku ini kalau jadi cikgu mesti garang. Abah siap gantung L lagi di kereta tau masa aku belajar driving itu. Siap adik aku yang bongsu itu mahu mengikut masa itu pun tidak di bagi, sungguh mengikut undang-undang.
Di sebabkan sudah hebat memandu itu, makanya di JB (masa itu aku masih study di UTM), dua kali ambil lesen. Dan dua kali itulah aku failed.
Kisahnya, aku sudah terer sangat driving kan. Bilanya tiba di simpang patutnya kena berhentikan, tapi aku ini tidak free gear pun tidak. Takat tekan brek sahaja, tengok kiri kanan dan terus jalan. Lawak sahaja, dalam kawasan JPJ itu juga En Pegawai sain form dan aku GAGAL. Sila turun dari kereta ya. Begitu sekali kan.
Kali kedua di beri peluang pun, aku masih gagal juga.
Susah juga kan kalau sudah terlebih ajar.

Dalam masa terdekat itu juga aku ambil kali ketiganya ujian lesen memandu di Kuala Pilah pula. Alhamdulilah aku lulus. Okiesnya dengan 20/20 markahnya.
Story pasal umur pula, erm aku berumur 20 tahun ketika itu. Total out sudah dekat 16 tahun aku memandu rupanya. Dan sudah masuk kereta ke 3 sekarang ini.

Lupa pula beritahu, punca abah suruh ambil lesen masa itu ialah sebab aku tidak dapat asrama semester depannya. Abah risau anaknya ini naik bas untuk pergi kekelas dari rumah sewa. Sebab itu abah suruh ambil lesen dan bagi aku driving kereta di Uni.

Baharukan lesen sekali 2 tahun.

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

awal ambik lesen eh..eina dh kerja baru ambil lesen, sayangnya takde kereta nk dibawa, asyik bw motor je sbb dekat je tmpt kerja, sudahnya dh kawen,tk berani bwk kereta...hee~

Ms Haslina said...

abah yang suruh, kalau tidak. ntah bila ntah.

x pe eina, pelan2 try semula driving. sayang klu x gunakan kelebihan ada lesen ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails