Followers

Saturday, June 30, 2012

Kek Pelangi dan Kek Orange - order

Model cake.

Malam tadi gigih aku membakar kek.
Repeat order dari Sis Norli di Kajang.
Serius 1st time jumpa Sis ini.
Dulu dia order masa dia dalam pantang.
Silap aku yang terlepas pandang email order.
Last-last sudah bersalin kakak itu, baru aku perasan.
Makanya kehendak orang mengandung kan.

Tadi itu Sis Norli order 3 biji kek.
2 kek pelangi dan 1 kek orange untuk kenduri Aqiqah di rumahnya.
Alhamdulilah, Sis Norli cakap diaorang anak beranak suka makan kek butter aku itu.
Sejuk aku dengar komen positive itu.

Memang penat sikit aku hari ini.
Semalam tidur jam 2 pagi. Setelah semua kek siap.
Lepas itu bangun pagi, tidaklah pagi sangat.
Kena hantar kek ke rumah Sis Norli.
Haziq sahaja yang mandi, sebab dia sudah pandai mandi sendiri.
Haifa dan Qeqeem just tukarkan baju dan pampers.
Siapkan susu sorang satu sekali sebelum keluar rumah.
Then terus ke Serdang, settlekan bill.
Jam 11 pagi baru merasa breakfast+lunch.

Balik rumah terus terlelap aku.
Bangun gocoh-gocoh, siap pergi kerja.
Aku kerja dari jam 1pm - 5pm hari ini.
Penat, demi mencari rezeki.

                    
Sorry to say lah.
Aku sendiri jatuh cinta dengan kelembutan dan aroma kek pelangi ini.

Orange Butter Cake

Kek Butter Pelangi

Friday, June 29, 2012

Selamat berhari Jumaat.

Sayang mama yang baek lagi comel.
Aku paling suka tengok time Qeqeem tidur.
So cute dengan pipinya yang tembam membam.

Thursday, June 28, 2012

Keropok Udang.

Color oren.
Suka.

Alhamdulilah sudah hari Khamis.
Sudah penat ke?.
Erm tidak sangatlah, sebab syukur minggu ini adalah rilex sedikit.
Malam-malam pun masuk tidur awal.
Semua anak-anak pun kena paksa tidur sekali.

Lama sangat rasanya tidak makan keropok udang.
Asyik goreng keropok ikan dan belinjau sahaja.
Memandangkan aku kerap beli keropok itu.
Lagipun emak yang pesan.
Di rumah kg mesti sentiasa ada keropok yang siap di goreng.
Sambil tengok tv, sambil kunyah sekali.
Memang aku perasaan kalau balik kg, habis keropok anak-anak aku makan.
Dengan Qeqeem sekali pandai makan keropok.

Masa hari itu yang singgah Senawang beli selipar, sempat aku beli 3 barang RM10.
Beli keropok udanglah.
Nampaknya hubby suka keropok ini juga.
Anak-anak pun join sekali.
Beralah lah mama ini dengan diaorang.
Ialah beli pek kecik sahaja.
Next time kena cari yang pek besar.

Sekali goreng sahaja.

Monday, June 25, 2012

Selipar Merah dan Pink.

Selipar comel-comelan.

Malam tadi alhamdulilah syukur pada ALLAH, kami sampai ke rumah dari kg dalam jam 10 malam.
Saja bertolak lewat.
Lepas maghrib baru gerak.
Aku mahu rehat lebih di kg.
Hubby pun perasan juga yang sudah lama kami tidak driving malam.
Alhamdulilah kereta tidak banyak dari kg dan masuk ke highway.

Ala-ala di kg, selipar Haziq dan Haifa sudah putus.
Seronok bermainlah sangat.
Itu yang kebetulan masa lalu di Senawang ada jual-jual. Dekat area dataran dan belakang Mc D.
Tidak tahu occasion apa.
Layan sahaja aku dan hubby dan sekalian anak.
Berjalan di situ.
Aku dukung Qeqeem.
Hubby dukung Haifa.
Haziq pula jalan sambil pegang baju aku atau baju hubby.
Memang sakit pinggang sambil dukung anak, sambil berjalan dan sambil hendak tengok barang.
;(
Membeli belah selipar sekali.
Dan itu sahaja sebenarnya yang dibeli.
Murah...RM 10 sepasang.

Sampai di rumah, kalut makan malam.
Haziq dan Haifa makan burger yang baru dibeli.
Qeqeem minum susu sambil abang kakak hulur-hulur roti burger.
Semua lapar.
Emak bekalkan nasi sekali.
Tima kasih emak.
Lauknya ialah KARI DAGING, RENDANG AYAM dan SUP SAYUR.
Perjalanan kami malam itu cuma berjarak dalam 2 jam sahaja dari KUALA PILAH ke BUKIT JALIL.
Itupun sebab drive ikut kelajuan yang dibenarkan.

Sabtu lepas aku berkerja.
Yup akan bekerja setiap Sabtu hinggalah ke hujung nyawa op silap hingga ke hujung bulan Sept.
So terkejar-kejar jugalah kan.
Jam 9am until 1pm.
Habis kerja terus balik rumah, sampai dekat jam 2pm dan terus kemas barang baju bagai.
Alhamdulilah anak-anak semua sudah mandi.
TQ to hubby yang memahami.
Aku beli kuih donat sahaja. 7 biji.
Kebetulan aku sudah masak lauk sardin malamnya.
Aku tanya Haziq, baguih dia sudah makan nasi dan lauk sardin.
Lega hati mendengarnya.
Kuih donat selamat di makan oleh semua dirumah sebelum sempat naik kereta lagi.
Hubby pula memang ada masak mee goreng mamak untuk breakfast diaorang di rumah pagi itu.
So lega lagi sebab semua orang sudah makan.

Haziq cakap "mama ambil gambar lidah Haziq yea"
ermmm..aku pesan semula pada Haziq. Tidak elok tunjuk lidah macam itu.
Haifa ikut-ikut sekali.

Friday, June 22, 2012

Kek Birthday Haziq

De cake with Haziq and balloons.

Alhamdulilah.
Simple sahaja sambutan untuk anak bujang aku ini.
Akhirnya selamat aku membakar kek buat Haziq.
Requestnya ialah kek oren + ganache + edible mcqueen.
Aku memang sudah membeli barang untuk kek moist coklat.
Tapi Haziq hendak kek lain pula.
Tangguh punya tangguh akhirnya aku selamat buat pada hari Selasa lepas.
Kebetulan aku balik jam 5pm sebab aku ada kelas jam 8am.
Punch in jam 7.30am.
Yang datang cuma adik aku.
Sebab Haziq suruh.
Ialah aku tidaklah masak apa-apa pun kecuali kek sahaja malam itu.

Kek Butter Oren

Sebab cuma beberapa orang sahaja.
Makanya kek semestinya banyak lebih.
Satu slice untuk semua malam itu.
Terus aku suggest untuk Haziq bawa kek itu ke sekolah.
Okies.

Balik kerja petang esoknya.
Aku tanya pada Haziq, camana kawan-kawan dia makan kek itu.
Okies jawapan budak-budak selalunya mesti jujurkan.
Kawan Haziq cakap kek mama sedap.
Ohhh..sungguh terharu kejap.

Insyallah aku sudah pasang niat dalam hati.
Hendak bakarkan kek coklat moist pula untuk Haziq.
Lagipun edible image ada lebih.
Sayang kalau tidak di gunakan.
Nanti boleh bawa pergi sekolah lagi.

With ganache sebelum di letakkan edible.

Thursday, June 21, 2012

Jom makan nenas dan juga laici.

Cantik color kulit buah nie.

Kulit bahagian dalam.

Biji laici di tangan Haziq.
Lonjong.

Model buah laici.

Alhamdulilah hujan bumi ALLAH pagi ini.
Sempat juga aku sampai ke office sebelum hujan turun.
Hari ini buat entry buah.
Minggu lepas aku beli buah oren.
Saja siap-siap untuk order mendatang kek oren aku itu.
Masa beli itu sempat tengok buah laici.
Ermmm, di tengahari panas. Fuh memikat selera tekak sungguh aku tengok buah laici.
Tapi aku tidak belilah.
Baru-baru ini aku nekad suh hubby belikan buah laici, sebab kebetulan kami lalu di kawasan itu lagi.
Aha, harganya se kg ialan RM15.
Mak oit.
Masa itu aku tunggu dalam kereta sahaja, terus aku bagitau hubby sebab hubby call aku.
Tak payahlah beli.
Then beli hubby sampai di kereta, di belikan juga rupanya buah laici itu.
Adalah dalam 13 biji, kiranya dalam 1/2kg. Price RM8.
Apa-apalah kan.
Rasa, erm manis amat. Macam ala-ala buah mata kucing. Tapi isi laici lebih tebal.
Hendak di jadikan story, until hari ini adalah lagi beberapa biji buah laici itu dalam peti ais.
Okies.

Nenas with laici.
 
Selepas di potong by me.
Manis.

Minggu lepas ada sekali aku bawa balik buah potong ke rumah.
Ada buah mangga, jambu dan nenas.
Asalan nenas itu adalah untuk aku.
Entah lama benar tidak makan nenas.
Kebetulan member ajak beli buah potong petang itu.
Ambillah buah nenas sekali.
Boleh rupanya hubby suka makan buah nenas.
Erm aku tidak tahu pula.
Cadangan aku apa kata beli sebiji buah nenas di pasar segar di rumah.
Kiranya sudah kali kedua hubby beli buah nenas ini.
Price RM2.50 sahaja.
Aku ini pula pengalaman sekali sahaja dulu-dulu potong buah nenas.
Masa hendak buat inti tart nenas untuk hari raya.
Dengan pengalam kecik itulah aku potong buah nenas kali ini itu.

Wednesday, June 20, 2012

Sakit perot.

Salam sudah malam.
Hari ini aku MC.
Sebabnya awal pagi tadinya aku tetiba sakit perot.
Memulas dengan angin tsunaminya.
Lama juga bertahan dalam toilet.
Sudah-sudah aku cirit plus muntah.
Then terus sapu ubat pati halia pada perot dan sambung tidur.
Paginya aku skip kerja, sebab perut masih sakit.
Terus mandi siap-siap terus pergi klinik.
Doc cakap aku kena minor food posioning.
Apa-apalah.

Petang tadinya memang sudah pakai baju sejuk.
Seram sejuk badan aku. Tapi tidak demam, alhamdulilah.
Habis menonton movie Tranformer.
Ulang tengok.
Aku tidur.

Malam tadi ini aku cuma makan nasi putih dengan telor dadar.
Lepas itu aku makan ubat gastrik.
Sebab tak ada rasa hendak membuang pun.
Cuma rasa angin dan angin dalam perot.
Harapnya esok perut sudah okies..amin.

Friday, June 15, 2012

Happy birthday sayang.

Cari punya cari picture baru Haziq dalam pc aku, erm tiada.
Ini gambar tahun lepas.

Hari ini alhamdulilah anak bujang aku masuk umur 5 tahun.
Hari ini juga lima tahun dulu aku lahirkan Haziq di HUKM dekat jam 7 pagi hari Jumaat juga.
Haziq adalah yang paling ringan beratnya compare dengan adik-adiknya masa di lahirkan.
Namun dia tetap sihat, syukur.

Dalam masa umur  kurang 2 bulan Haziq pernah kena sawan@tarik sekali.
sebab suhu demam yang tinggi.
Warded 3 hari. Alhamdulilah badan Haziq menerima baik ubat yang di beri.
Akibat dari itu, Haziq pernah di scan di  kepala.
Masih aku terbayang tubuh kecil Haziq yang menangis bila di letakkan atas katil untuk buat scan.
Mana lagi orang-orang yang sama-sama tengah tunggu untuk masuk bilik scan semuanya simpati pada Haziq sebab dia masih baby lagi masa itu. Kecik lagi sudah kena scan.

Namun aku puji sikap Haziq yang bijak.
Pernah dia duk tengok aku lorekkan jem atas cheese tart.
Lepas itu dia minta untuk buatkan juga. Aku bagi.
There santek hasilnya. Walaupun dari hasil umur macam dia.
Memang dia cepat belajar sebab selalu tengok mama dia ini buat kek bagai.

Laginya semestinya aku cemburu pada kulit Haziq yang memang bersih dan putih.
Alhamdulilah mungkin berkat aku kuat minum fresh milk dan fresh oren MARIGOLD masa pregnantkan Haziq.

Selamat ulang tahun sayang.
Mama doakan Muhammad Haziq jadi anak yang soleh, baik, mudah terima ilmu, sihat dan happy selalu.
amin amin amin.

p/s Haziq dapat hadiah ....... dari Abah aku.

Thursday, June 14, 2012

Kek Mentega Oren - order

Siap di bungkus comel.

Alhamdulilah sudah hari Khamis. Maveles.
Aduhai kelas sudah bermula minggu depan.
Walau sudah berzaman mengajar, tapi hati ada cemas sikit.
1st time nanti aku akan mengajar subject CM.
Ialahnya setakat CM itu memang budak civil macam aku boleh mengajar, insyallah.
Lagilah budak UTM JB, boleh sahaja. Bagi sahaja ajar apa-apa.
Lagilah lagi zaman aku adalah hasil air tangan UTM zaman 'universiti tendang menendang'.
Aku antara yang terpilih untuk kekal menghabiskan belajar. TQ ALLAH.
Apa-apa hal aku yang request subject CM itu tapi dengan SECRET MISSION.
Insyallah, moga ALLAH permudahkan urusan aku nanti. amin amin amin.

Back to story cake.
Itu hasilan kerja tangan aku atas order opismate.
Sudah 2 kali juga mak yong order dari aku.
TQ dear.

So kepada yang berminat sila-sila order.
Hendak rasa 'kek kg'.
Mari mari mari.
Iklan jap yea.

Order dari Ms Saliza.
RM5 sebiji.
Dalam ada content hirisan kacang walnut.

 

Yang ini plain sahaja.
Pure Orange Butter Cake.

Wednesday, June 13, 2012

Beg oren ku.

Hari Sabtu lepas, hubby belikan beg comel ini. 

Salam Rabu to all.
Kerja dan kerja lagi.
Kan best kalau aku boleh kerja dari rumah.
Sebab minat aku memang 'membakar'.
Juga kalau ada rezeki lagi panjangkan ke menjahit sekali.

Sebenarnya aku memang fav. color-color bumi@earth ini.
Contoh seperti color coklat, merah hati, biru gelap dan oren.
Kebetulan hubby yang pilihkan color oren ini.
Aku minat dan ok.
Suka hatilah kan, kalau aku pakai baju hijau tapi color beg aku warna oren.

Maknanya, mereka sudah sepasang bersama.

p/s niat lagi untuk beli color oren untuk beg duit syiling pula.

Tuesday, June 12, 2012

Ikan selar tiada.

Sup sayur campur telo, fishball and hotdog.

Tengahari tadi aku keluar beli barang untuk lunch.
Dirumah aku sudah siap masak sup sayur. Nasi pun sudah settle.
Tapinya tidak tahulah juga hendak masak main menu apa.
Tanya hubby.
Terus dia cadang suruh beli ikan selar untuk di goreng bersambal.
Makanya isteri mithali ini pun gigih ke pasar segar selepas ke Mydin dulu.
Op lupa pula beritahu, aku cuti tadi.
Entahlah penatlah pula rasanya.
Lagipun student belum balik dari bercuti.
Ok lah kan untuk aku bercuti lagi kan.

Sampai di pasar segar, lovely tengok banyaknya ikan, sotong, udang dan ketam. Segar bangat.
Besar kecik semua ada.
Penat pusing-pusing, alahai ikan selar tiada.
Aku terus ambil carrot satu, tahu putih dua keping, fishball satu peket dan ubi kentang dalam 5 biji rasaya.
Price RM6 sahaja.
Dan terus tanya tuan kedai.
Bang, selar tiada ke?
Itulah dik, katanya. Selar tiada.
Kuciwa untuk pihak hubby.
Terus pusing-pusing lagi, tapau ayam masak cili api. RM4.

Petang rembang aku baca metro online.
Dan terjawablah.
Baru aku tahu rupanya ramai peniaga barang basah di area di Kuala Lumpur terpaksa menaikkan harga barang basah kerana sudah seminggu stok tiada. Katanya lah.

Mereka mendapat harga dari pembekal dengan harga yang sudah naik RM1 hingga RM2 sekg.
Kebanyakan stok yang bermasalah itu membabitkan barang basah yang diimport.
Ikan selar sudah seminggu tidak dijual dan diberitahu sebelum stoknya habis, harganya pun meningkat hampir sekali ganda. 

Part barang basah naik harga itu, aku tidak pasti.
Sebab aku memang tiada membeli barang basah pun tadi itu.
Yang pasti kalau beli sayur dan yang seangkatan dengannya di kedai Aceh di rumah aku itu.
Harga adalah amat memuaskan. Murah dan berbaloi.
 
Ikan Selar Kuning.

Monday, June 11, 2012

Alhamdulilah.

                                           Mula-mula Qeqeem tengok-tengok sahaja.

Alhamdulilah anak-anak kesayangan aku sama-sama kongsi makan 'superring'.
Sebenarnya beli untuk Haziq dan Haifa sahaja.
Tapinya Qeqeem pun join seduduk sekali.
Tapinya lagi, lepas itu hubby marah sebab sudah bersepah-sepah.

Semua cara duduk sepesen macam mamanya.

Syiok makan.

Saturday, June 9, 2012

Rilex di hari Sabtu.


Alhamdulilah dan seronok sangat-sangat hari ini.
Sebabnya hari ini kerjanya ialah RILEX.
Memang malam tadinya abah ada call, tanya balik kg tak?.
Ciku dan nangka sudah masak ranum.
Aku pesan pada abah, kalau adik ada balik kg, abah bawakan sahaja dekat adik.
Aku tahu abah rindu pada Qeqeem.

Serius aku memang penat. Aku perlukan rehat.
Semestinya dengan tidor yang tidak cukup lately ini.
Kami sempat jaga baby kaklang 3 hari sahaja di rumah.
Hari Rabu lepas emak dan abah datang dari kg dengan angah, bawa balik baby.
Kesian kaklang, problem pasal maid baru dia masih belum selesai.

Back to my day, today.
Pagi tadi mesti bangun lambat. Sekali sekali kan.
Itu pun tidor kurang nyenyak juga malam tadi.
Mata buka separuh sahaja, bila bancuhkan susu Qeqeem dalam gelap malam.

Pagi tadi itu aku buat breakfast simple sahaja.
Aku sapu roti dengan jem coklat dan ada yang dengan marjerin.
Then masukkan dalam microwave. Semua mencair atas roti.
There, nyaman.
Minum sekali dengan air teh O panas.
Sedang-sedang minum hubby ajak menonton movie Jumanji.
Movie tahun 1995.
Zaman CD 2 keping untuk satu movie.
Aku suka citer ini.
Sudah ulang tengok entah baper kali.

Tengahari sambung pula menonton movie di TV2, 102 Dalmatians.
Habis menonton bersama Haziq, Haifa dan Qeqeem, hubby balik.
Dengan nasi ayam 3 bungkus.
Alhamdulilah, our lunch.
Aku kenyang, makanya aku makan untuk dinner sahaja.

Malamnya, lepas maghrib aku goreng mee hoon untuk dinner.
Lepak-lepak lagi.
Menunggu untuk menonton movie di TV2.
Alhamdulilah, aku happy.

p/s alhamdulilah TV ada dua, hubby tengok bola di ruang tamu.









Friday, June 8, 2012

EURO 2012 ~ Demam Bola Sudah Bermula.....


lai lai lai....pilih pasukan anda...
acara bersengkang mata akan bermula pagi nanti...
makan BOLA tidur BOLA mandi BOLA hidup BOLA....hehehe


story Qeqeem.

Budak baik.
Qeqeem sudah potong rambut 2 hari lalu.
Tapi masih tidak sempat hendak ambil gambar.
Muka sebiji macam abang Haziq masa umur macam itu.
Picture tu masa rambut panjang lagi.
Makanya sejarah berulang kembali.
Sama macam Haziq dulu dan sekarang juga, alhamdulilah rambut memang lebat sahaja.
Perlu kerap ke kedai gunting.

Gigi di bawah baru 2 batang.
Plus yang bahagian atas tengah tumbuh lagi satu.

Lately ni, Qeqeem memang manja sangat-sangat.
Asal aku tengah buat kerja, mesti dia sudah sampai dekat kaki aku.
Lepas itu nangis-nangis minta aku dukung.
Aduhai, padahal masa itu memang aku tengah sibuk.
Lepas itu kalau hendak tidor, aduhai cranky sungguh.

Memang sudah pelan-pelan stopkan makan nestum.
Kami tukar Qeqeem ke makan nasi dan apa sahaja yang kami makan, asal Qeqeem okies.
Tapinya memang susu tanpa nestum, erm di tolaknya.
Tak mahu minum. Mungkin belum biasa lagi minum susu sahaja semula.

Mungkin aku pernah story dulu, yang Qeqeem dan Haifa memakai saiz pampers yang sama iaitu L.
Mudah hubby pergi beli pampers, sekali jalan sahaja.
Nampak betapa 'comel' nya Haifa sesaiz dengan Qeqeem.

Tetap 'tukang bantu' kalau aku tengah lipat kain.

Anak 'cina' sungguh mukanya.

Sekadar berkongsi.


Berita Harian hari minggu ini aku baca 27 May lepas.
Memang aku begitu kalau membaca suratkhabar mesti baca kisah pendek.
Ah, aku tidak terkejut pun. Tapi aku rasa sedih.
Kenapa sampai jadi begitu sekali.
Dulu 2 tahun lepas, masa aku ke sana.
Pelik sebab kenapa orang melayu rata-rata duduk di kawasan kg@luar bandar.
Aku tidak mahu ulas lanjut pasal hal ini.

Thursday, June 7, 2012

Cheese tart with resepi.

                                                                 Cantikkan pinggan ni.
                                                             Ambil pinggan emak di kg.

Sudah 3 kali rasanya aku buat kuih ini.
Tapinya aku setakat buat filling cheese itu sahaja.
Part tart shell itu aku beli sahaja.
Ialah untuk buat makan sahaja, bukan untuk jualan pun.
Makan anak beranak + opismate sekali sekala.
Semalam buat sekali round belah pagi untuk emak bawa balik kg.
Satu round pula buat waktu malam untuk opismate sikit dan untuk makan di rumah sikit.
Shell tart ini ada jual di kedai barang-barang bakery.
Harga pun tidaklah mahal dalam RM2 lebih untuk 10 biji.

Kalau tidak silap pengiraan akulah.
Ikut resepi di bawah aku boleh dapat dalam 40 biji cheese tart ini.
Sebab hubby tidak suka bubuh filling makanya aku tidaklah meletakkannya.
Sekadar coretan lorekan di atas cheese.


http://annaqawina.blogspot.com/
RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan ramai lg ..

Cheese Tart by AnnaQawina
CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
• 250gm cream cheese
• 50gm gula kastor / gula halus
• 1 biji telur Saiz B
• ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat
4. Tuang cream cheese ke atasnya.
5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi

TIPS KAK AZITA :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. 4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust
5. .nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
6. Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim

Tabung kacang.


Kacang sudah selamat di pecahkan.
Sayang, sebab memang aku dan hubby suka kumpul tabung comel kalau singgah di Air Hitam, Johor.
Kerja di lakukan dengan jayanya oleh si kecik Qeqeem.
Siapa lagilah hero pecah barang di rumah sekarang ini.
Kalau hilangkan dan bongkar barang adalah kerja rutin Haifa pula.

Masa kejadian berlaku, aku dan hubby tengah sibuk. Sebabnya kitaorang hendak outing. Makanya siapkan itu dan inilah. Tidak sempat pantau aktiviti rahsia anak-anak.
Haziq dan Haifa sudah disiapkan dan sedang tengok tv.
Qeqeem pula memang sudah berada di tepi rak tv dan aku tahu sudah lama aim Qeqeem untuk mencapai tabungan di tepi tv.
Ada beberapa tabung di situ.
Makanya yang dapat di capai semestinya yang paling kecik.
Hari itu tentu puas hati Qeqeem sebab terburai semua duitan dalam tabung.
Nampak beg kecik biru itu.
Memang Haziq seorang abang yang prihatin. Masa aku sedar kejadian itu. Haziq sedang masukkan syiling dalam bekas itu
Baguskan.
Sambil itu Haziq tolong marahkan Qeqeem bagi pihak aku.
Sungguh abang mithali.

Wednesday, June 6, 2012

4 tiket.


Di tengah petang hari cuti.
Hubby 'berkeras' ajak aku pergi beli tiket untuk menonton wayang.
Perkataan berkeras aku gunakan sebab aku memang 'malas' hendak outing.
Lagilah dengan askar-askar kenit yang ramai.
Aku memang sudah jadi pasif.
Namun akhirnya aku mengikut sahaja.
Aku dan hubby pergi berdua dahulu untuk membeli tiket sahaja.
Tepat jam di perlukan, kami berlima naik kereta menuju ke Alamanda.
Haifa free sahaja.
Makanya tiket bertotal RM36.
Dengan RM12 untuk dua tiket kanak-kanak.
Ironinya, harga popcorn dan air coke, totalkan dekat hendak sama macam beli tiket ulangan untuk seramai 4 orang itu.
Aku pelik sungguh kenapa saiz LARGE popcorn di GSC Alamanda Putrajaya adalah kecik.
Harga sudahlah mahal, sungguh tidak berpatutan dengan saiz besar popcorn.
Anyway sungguh tidak seronok kalau sudah ramai askar kenit ketika menonton.
Asal-asal happy, sudahnya diaorang boleh buat story lain dalam panggung.
Kiranya macam buat rumah sendiri.
Alhamdulilah, ramai parent yang juga bawa anak masing-masing.
So sama sahaja rata-rata kerenah anak-anak ini.

Monday, June 4, 2012

Aku bercuti hari ini, tapinya..


Cadangan aku kuat sangat supaya dapat berehat goyang kaki hari ini. Memang itulah bayangan aku bila apply cuti minggu lepas.
Tapinya, pagi-pagi lagi kaklang sudah call aku. Mata aku masa itu buka tak buka sahaja. Ialah semalam baru lepas balik dari kg. Penat belum habis lagi.
Kaklang minta tolong aku datang rumah dia untuk tengokkan baby sebab kaklang demam. Fuh.
Aku cakap, biar aku bawa sahaja baby duduk rumah aku hari ini. Biar kaklang dapat rehat sepenuhnya.
Makanyalah, rumah aku ada 3 orang kanak-kanak, termasuk 2 orang baby. Alhamdulilah aku la nie telah selamat basuh kain 2x di mesin basuhlah. Then kejar-kejar sidai kain.
Lepas itu prepare untuk goreng mee dan lunch. Aku masak nasi dan sayur campur + udang sahaja. Tambah dengan telo mata.
Selesai semua, terus suapkan anak-anak semua.
Semoga aku okies untuk melayan kerenah 2 orang lelaki smart umur 5 tahun, princess umur 2 tahun lebih, hero hensem umur 9 bulan lebih dan last sekali Ariqq umur 2 bulan lebih.
amin amin amin.


Friday, June 1, 2012

apam polkadot, cake and update.

Alhamdulilah, finally sudah hari Jumaat. Fuh, penatnya aku minggu ini. Event IUICEC 2012 oleh department aku selama 5 hari telah berakhir semalam. Dugaan tuhan, cuaca panas sungguh beberapa hari ni kan. Penat ampun bila kena bekerja selain dari dalam office yang sejuk beraircond. Op tak mau bercerita panjang pasal IUICEC. Nanti kalu rajin, aku buat post pasal competition tu.

repeat Order dari Ms Anis.
100 biji.

Mari lihat order last week. Macam biasa, aku memang tidak berani hendak terima order banyak-banyak. Serius aku takut aku tidak mampu buat. Maklumlah kerja di office pun boleh tahan penatnya.
Komitmen dengan keluarga pun kena jaga. Nanti tidak pasal-pasal hubby sound aku sebab asyik dengan kerja sendiri.
Alhamdulilah setiap minggu adalah juga aku terima order.

                                                            Order dari Ms Saliza.
                                                            Cake Coklat Walnut.

Story pasal kek ini. Alhamdulilah pujian dari customer ialah kek ini rasa manis-manis buah. Yup, aku memang pantau sikit hal gula-gulaan ini. Aku sendiri tidak suka kalau kek terlalu manis. Ialah memang namanya hendak berniaga. Tapi tidak elokkan kalau makan manis-manis terlampau. So aku suka buat study sikit pasal resepi. Aku tengok berapa gram terbaek untuk sesuatu resepi berdasarkan komen dan hasil bakar orang lain. Dari situ baru aku berani guna untuk resepi aku. Dan semestinya hubby adalah pengomen tegar apa sahaja yang aku bakar.

                                        Yang ini part cake untuk makan-makan family.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails