Followers

Sunday, November 16, 2008

Alhamdulilah lepas dah rindu aku kat parent aku - edit Haziq's storys.

Alhamdulilah da selamat balik KL, kami sekeluarga dari kuala pilah. Memang x de rancang pun nk balik kg malam jumaat tu, tp fikir2 da 5 minggu aku tak balik kg jumpa parent tersayang. Sampai minggu lepas dekat nak tiap2 malam aku mimpi emak dan abah. Hehehe..wlupun En Hendra main usik2 cemburu kat aku pasal keluarga aku dekat je klu aku nak lepaskan rindu. Ah aku mmg gitu, x boleh pisah lama2 ngan parent aku. Dulu pun masa study kat JB pun mmg aku selalu balik kg. Aku mmg anak manja, da x boleh buat aper2 da. heheheheh
Aku mmg tak pernah menghalang sekiranyer En Hendra juga bt sama mcm yg aku buat pada keluarga dia. Buat aper lah aku nak halang2 En Hendra klu dia nak balik jumpa family dia, bila2 pun dia boleh balik. Dari sah nyer aku jadi isteri dia until now, aku tetap tidak pernah menghalang En Hendra buat sama seperti aku. Semoga ALLAH murahkan rezeki kami untuk selalu dapat balik sana..amin ya rabil alamin.

Haziq mmg paling seronok juga dapat balik kg. Apa tak nyer, duk main bola kat laman rumah kg. Main bola lagi dalam rumah. Abah ngan emak aku duk melayan jea sikenit nie main bola. Apa lagi syok sungguh lah dia.
Pagi sabtu tu En Hendra pergi seremban jumpa kawan dia. Abah aku pun pergi seremban gak, tp ada hal lain. So tinggal aku, emak dan Haziq kat umah pagi tu. Adik aku pula mungkin balik kg petang sabtu tu. Macam biasa pagi2 sabtu mesti emak nak pergi pasar utk beli barang keperluan dapur utk seminggu dua. Hanya bila anak2 balik kg jea, emak dapat pi pasar. Bukan abah x boleh hantar emak pergi pasar, tp abah tu asik2 sibuk jea. Klu free pun da petang2, mana ada nyer pasar nak buka sampai petang. So ini 1st time bawa Haziq pergi pasar juga pasar tani. Dah lah stroller aku tak bawa balik kg. Risau gak aku nie, camna nak bawa bakul, camna nak bawa Haziq. Alhamdulilah semua nyer dipermudahkan Allah. Haziq punya lah seronok berjalan2 kat pasar tani. Pastu masa di pasar, mmg kena dukunglah sebab lantai pasar kan basah. Masa on the way balik umah dari pekan tu, Haziq da tertidor dalam kereta. Cian dia, penat sungguh sebab jalan2 kaki sendiri dgn aku pimpin. Penat kaki kecik dia melangkah. Tido dia dalam 2 jam gitu petang tu.
Masa nak balik KL petang ahad td, boleh Haziq tak nak masuk dalam kereta. Dia duk peluk kuat2 emak aku. Siap geleng2 kepala lagi kat aku ngan En Hendra yg da ada dalam kereta. Punya lah syok dia duk kg. Boleh lari sana sini, dia bebas, ialah kawasan besar kan. Cian dia bila da masuk dalam kereta, duduk lah tepi tingkap lambai2 tangan kat emak abah aku sampai hilang dari pandangan mata dia.

Ahah..malam minggu tu kerja aku ialah adjust semula bunga-bungan yg ada dirumah kg. Saja since aku tgh nak menggubah jea nie, aku pun gubah semula 2 pasu bunga yg ada kt rumah kg. Yang syok nyer, ada byk lah juga bunga2 dari kenduri aku dulu yg masih elok disimpan dalam kotak dibilik aku di kg. Aku lah dulu yg simpan bunga2 tu. Klu perasaan lah, aku siap letak pearl kat tangkai bakul gubahan aku tu. Saje nak bg cantik sikit. Pearl tu adalah dari kenduri aku juga, dr kelambu katil pengantin aku. Banyak lagi pictures bunga aku tu kat 2nd blog aku. Sila2 lea tgk klu sudi...

Picture bawah tu adalah antara baju melayu yg aku jahit masa aku belajar menjahit baju melayu lepas grad diploma dulu. Ialah da tak de keja kan, so aku pergi belajar menjahit. Memula dlam sebulan rasanyer aku belajar menjahit baju kurung, baju kebaya dan skirt panjang gitu. Lepas tu dalam sebulan juga kot aku pi belajar jahit baju dan seluar melayu. Sebab aku nie malas cari kerja masa tu, lepas jea aku habis belajar menjahit baju melayu, tuan punya kedai tu offer aku kerja ngan dia sebb masa tu dia x de pembantu. Dua kali aku belajar menjahit tu, dua2 aku belajar di kedai jahit jea. X sampai sebulan aku kerja ngan pakcik tu, sebbnyer aku bosan weh tiap2 hari duk tgk kain satu color jea. Kan baju orang lelaki ni kan secolor jea. So suka2 aku jea berenti, cian pakcik tu. heheheheh. Rasanyer ada dalam 5 helai kot baju melayu nie aku pernah jahit utk abah dan adik lelaki aku. Tapi klu nak jahit seluar baju melayu, ya ammmmpun..byk sgt instructionnyer..penin kepala aku. So aku kurang sikit klu suh jahit seluar..tp klu suh jahit baju melayu...insyallah boleh jea. Tapi sesungguhnyer aku da tinggalkan dunia jahitan nie da lama bangat da. Insyallah ada rezeki lebih, aku nak beli mesin jahit, nak start menjahit semula. Dpat buat utk family pun da cukup rasanyer. Ya ALLAH murahkan rezeki hambamu ini..amin ya rabbil alamin.

Dan merah2 bawah sekali tu adalah bunga telor pelamin aku dan juga kakak aku. Yg syoknyer bunga2 tu aku bt sendiri. Rasanyer total up dalam 100 lebih utk pelamin aku pada tahun 2006 dan 100 lebih pada pelamin kakak aku pada tahun 2000. Bukan aper...klu nak beli rasanyer tak berbaloi. Dah lah mahal..pastu rupanyer aku tak berkenan lansung. Lebih baik aku bt sendiri..sungguh puas hati. Pastu, klu nak dibandingkan harga sebatang bunga telor tu lebih murah dari yg da siap di kedai. Aku nyer bunga pelamin adalah bunga stokin, design aku sendiri tu. Manakala kakak aku punya adalah bunga rose dari kain satin, sama gak design aku sendiri. Aku mmg ambil masa 6 bulan sebelum majlis kenduri utk buat bunga telor tu sikit sendiri.

4 comments:

faridmw said...

salam..
pandai menjahit.. leh tempah kot... hehehe
comelnya hazeq...

Ms Haslina said...

salam...tq..mmg ada keinginan nak menjahit semula..tp mesin jahit tak beli lagi..
budak2 kecik mmg comel jea..

:: Wiween :: said...

wooo dok main bola jek yek haziq. bakal pemain bola pemes kot kak? hehehe

Ms Haslina said...

ween ~ amin ya rabbil alamin..insyallah..
pemes gitu ek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails