Followers

Saturday, November 29, 2008

Minlon dan Die another day.

Semalam waktu lunch, aku pergi MINLON di seri kembangan. Tempat tu mmg tak jauh dri office aku. Memang sebenarnyer dari hari selasa hari tu aku nak pi situ. Ialah kan aku da cakap hari tu, aku nak pergi sekali lagi ke situ sebab nak beli daun-daunan. Disamping survey2 gubahan bunga kat situ. Tapi naper baru hari jumaat aku pergi..ermm..sebab nyer aku ni duk menemankan opismate aku sorang ni. Tiap kali nak lunch jea mesti dia ajak aku pergi sana lah...pergi sinilah. Oklah...sebab dia x de peneman, aku pun temankan lah. Sampaikan hari jumaat tu pun dia nak ajak aku pi tempat yg dia nak pergi...aduhh..aku da macam tak selesa da. Dan aku tahu tempat yg aku nak pergi selalunyer bkn tempat pilihan diaorang, so camna lah nak kuar reramai. Lagipun klu x ada aper2 kepentingan mmg aku x suka makan di luar. Aku da jemu makan di kajang @ bangi @ mana2 diluar office. Ialah tgk lah pulak, da baper lamaaaaaaaaaa aku keja kat office aku nie. Da lebih 5 tahun. So dekat semua tempat makan aku da pergi, da explored. Hhehheh. Cuma sesekali klu aku free sungguh, aku akan kuarlah dengan officemate lain, terutama yg berlainan department dgn aku dan juga merupakan kawan2 yg aku rapat. Ialah, supaya siratulrahim tu tak terputus jauh. Dapat juga makan kat tempat yg aku dan kawan2 aku tu sesama suka juga bertukar2 cerita. Once a while aku keluar gak lunch dengan Azizah (civil engineer) @ Azian (english lecturer) @ Wan (business lecturer) @ Rafiza (IT lecturer) @ Kak Ros and Yati (electric lecturers).
Lagi pun tak syok lah orang lain kena ikut kepala kt utk pergi makan dan tempat sana sini. Sebab tu klu kuar ngan member2 aku tu..aku akan tanya diaorang nak makan kat mana dan aku akan mengikut. Bkn aku yg suh diaorang ikut aku.

Puas hati sungguh dapat pi MINLON tu semalam. Syokkkk dapat tgk bunga sana sini. Lawa2 gitu. Sempat gak aku beli senduk sup kat bawah tu, cantikkan. Lagi aku beli daunan, pasu dan bunga. Lepas habis round minlon, sempat aku pi MACY pulak, disebelahnyer.

Malam td, lepas En Hendra dan aku tidokan Haziq dalam dekat nak jam 10pm gitu. Aku pi nonton tv sorang2 sebab En Hendra sambung tido sekali. Lepas tu aku kuarkan barang2 aku beli di minlon tu dan cutting semua bunga2 aku tu. Memang aku cecadang nak menggubah...tp baru jea aku nak start si kecik aku tu da terbangun lah pulak. Kejap jea dia tidor. So aku x leh wat aper2 lah. Nenanti Haziq ngikut sekali aku menggubah..habis bunga den. Masa tu da dekat jam 12 malam da. So kena simpanlah barang2 aku tu.

Aku ni merupakan memang peminat movie James Bond. Memang da lama aku minta En Hendra donlodkan movie JB yg dulu2 nyer. Ialah bkn semua citer JB ni aku da tgk. Tapi baru2 ni je lah dia ada donlodkan beberapa movie JB utk aku. Tq sayang. So malam tgk lah citer ni DIE ANOTHER DAY (2002). Memang aku da tgk citer ni, tp sebab peminat...kan..haruslah tgk lagi. Tp kan since Daniel Craig, hero baru JB ni da ada, aku rasa Pierce Brosnan ni tak kena langsung jadi JB ni. Asik2 pompuan pompuan pompuan jea. Adegan lawan2 pun kureng...x best. Kesimpulan nyer citer malam td tu lemah jea. Yg syoknyer dengar Madonna nyanyi sountrack citer tu..best lagu tu. Aahh tidak sabar utk melihat citer JB yg dulu dulu lagi.
Tapi movie Quantum of solace tu mmg aku lom kesempatan tgk lagi. Ialah manalah ada masa nak pi tgk wayang. Mmg baru 2x je tak silap aku since Haziq da ada nie, aku ngan En Hendra pi tgk wayang. Itu pun sekali masa ktorang 1st anniversary, ms tu ktorang balik kg dan kebetulan dirumah kg, kakak dan adik pun balik sekali, so ramai gak lah yg boleh tgkkan Haziq. Tapi rupanyer lama gak Haziq meragam sebelum tido malam tu. Cian kakak dan emak aku duk pujuk Haziq. Kali kedua pulak pi tgk movie 10'000 B.C. Itu pun sekadar pg cinema pastu habis movie terus balik. Sebb adik aku yg jagakan Haziq sekejap. Masa tu petang, Haziq tgh tido, tu yg aku kuar kejap dgn En Hendra. Jarak rumah ngan cinema tu pun dalam 10 mint jea.
Lepas dari tu, da tak de da. Semuanyer tgk kat umah jea. Tapi aku dan En Hendra x kisah pun, lagipun klu nak tgk..donlod jea. Lagi syok..dapat tgk citer aper saje sekali dgn Haziq.

8 comments:

:: Wiween :: said...

kak haslina mmg pandai gubah bunge! cam besa mmg cun! ;)

Ms Haslina said...

hehehe...tima kasih ween..
:))

maidatul said...

amboi akak nie memang minat btl ngan citer JB nie ek...

cantik bunga baru tu..:)

Ms Haslina said...

ehhehe...gitu lah akma...sampai Haziq da pandai sebut jameees bon...

bunga..tima kasih..
:)

Anonymous said...

i like the kid...he seem to be so naughty .And i can see some beautiful flowers,that is also good

Anonymous said...

Hey you sound good.so what i have done is that i have added your blog link to my blog.so friend you also add my link to your blog.let us share our experiences....ok friend see you in the next post bye takecare.

Ms Haslina said...

making hero ~ anand, tq for visiting here. ok, i will adding ur link.

Anonymous said...

I'm very happy to discover this website. I want to to thank you for ones time for this fantastic read!! I definitely liked every bit of it and I have you saved as a favorite to see new information on your blog.

Feel free to visit my page - cheap car insurance fl

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails