Followers

Tuesday, November 1, 2011

Adakah anda seorang wanita yang lemah lembut.

Dalam Metro online hari ini ada tajuk 'Wanita lemah lembut suka ramai anak'.
Aku click dan pergi baca.
Dimanakah kedudukan aku agaknya.
Ialah sebagai mama kepada tiga orang cahaya mata dengan umur 35 tahun.
Dengan usia perkahwinan yang belum pun mencecah 5 tahun.

Menurut kajian yang aku baca itu, perempuan yang mempunyai wajah kewanitaan lebih cenderung mahukan anak yang ramai dan lebih lembut wajah mereka, lebih banyak anak yang mereka inginkan.

"Kajian itu menyarankan lelaki yang terdesak untuk menjadi bapa perlu mencari perempuan berhidung kecil, bermata besar dan bibir tebal kerana mereka cenderung untuk memiliki sekurang-kurangnya empat anak. 
Namun, bagi lelaki yang kurang berminat menjadi bapa, mereka perlu mencari wanita yang kurang lemah-lembut kerana mereka mungkin cenderung untuk memiliki seorang anak saja."
Amboi, betul ke itu?.
Adakah aku berwajah lembut?.
Ialahkan statement itu macam terkena pada aku.
Silalah lihat picture aku di bawah masa pergnantkan baby Haqeem hari itu.
(;")
Hahahahah......


"Penemuan kaitan antara wajah yang lembut dengan kesuburan seseorang dapat menjelaskan naluri keibuan jelitawan Hollywood, Angelina Jolie yang mempunyai tiga anak sendiri dan tiga anak angkat."

Faktor-faktor lain yang di buat dalam kajian itu ialah sekumpulan wanita muda yang berlainan ditanya mengenai keinginan mereka untuk mendapat anak hanya selepas gambar mereka diambil.
Imej komposit wajah wanita dengan naluri keibuan yang paling kuat dan satu kumpulan lagi berdasarkan kepada wanita yang kurang berminat untuk berkeluarga.

"Secara purata, wanita yang mempunyai naluri keibuan paling kuat mahukan 4.3 anak - lebih tiga orang berbanding mereka yang kurang berperawakan kewanitaan, lapor jurnal hormon dan tingkah laku.
Bagaimanapun, kajian itu mendapati juga bahawa bentuk wajah hanya mengambil kira sebanyak 20 peratus dalam pelan merancang keluarga oleh wanita. 
Faktor sosial termasuk cara didikan dan wang turut mempengaruhi kecenderungan untuk memiliki lebih ramai anak."
Sebenarnya aku dan hubby memang tidak pernah berbincang mengenai berapa ramai anak yang kami mahu. Entahlah, tidak pernah aku terfikir tentang hal itu.

Sungguh tidak di sangka rezeki kami murah sungguh.
Cuma baru-baru ini ramai pula bertanya tentang berapakah bilangan anak pada aku yang aku mahu.
Itu yang membuat aku baru terfikir.
Memang tidak di nafikan aku macam suka ada anak ramai.
Hatta bilangannya aku tidak buat keputusan lagi.
Walau apa pun aku serahkan pada hubby semua itu. Juga semestinya pada ALLAH swt.
Rezeki hanya dariNYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails