Followers

Tuesday, November 22, 2011

'IBU SEGALA EMAS' milik kita di 26th Sea Games.

Sumber dari Media Wahana.

Walaupun rata-rata blogger pasti buat ulasan mengenai games sengit malam tadi.
Aku pun hendak join the club sama.

Alhamdulilah.
Berair mata kejap bila kita menang malam tadi.
Aksi sama berulang juga bila dengar ulasan DJ dan juga callers diradio HITZ FM pagi tadi.
Pasukan bawah 23 tahun negara berjaya senyapkan 100 ribu penonton/peminat Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.
Bayangkanlah itu.
Itu kira adegan drama dalam stadium.
Hatta di tempat lain, agaknya apa keadaannya.
Setelah bukti di tunjukkan.
Mana taraf pemain HARIMAU MUDA selepas menang malam tadi?.
Hebat.

Sungguh berdebaran sentiasa bersama apabila melihat perlawanan yang sungguh-sungguh 'ketat' malam tadi itu.
Lagilah dengan jaringan 1 sama hingga ke akhir masa penamat.
Terheret lagi ke sepakan penalti.
Risau gila masa itu. Tapi muka tetap cool.
Kita berdoa pada ALLAH. Mereka Indonesia pun berdoa pada ALLAH.
Hanya yang ESA penentu segalanya.

Mereka memang wira negara. Hatta semua pemain berhak di beri pujian.
Sebab bersatu kita teguh bercerai kita pasti roboh.
Salute juga sebab mereka teguh berlari walaupun sudah bermain selama 120 minit.
Wow..kuasa TUHAN.
Bayangkan semangat mereka. Masih mampu mengusai padang sebesar itu.
Kalau kita ini, agaknya mampu ke begitu?

 Mohd Asraruddin Omar.
Gaya beliau dengan tandukan rendah menghasilkan
gol penyamaan 1 sama buat Malaysia.

Lagi dengan tekanan mental dari peminat fanatik Indonesia yang bagi aku tidak menghormati langsung spirit atas nama kesukanan.
Patutlah sebagai seorang atlet mereka perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal semestinya dan juga mental juga.
Itu sekiranya mereka beraksi di negara orang.
Mental kena kuat.

Tahniah to them our HARIMAU MUDA.
They are really superMalaysian hero.
Congratz to Ong Kim Swee too.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails