Followers
Tuesday, November 22, 2011
Mee goreng sahaja.
Dinner malam tadi.
Kenyang alhamdulilah walaupun makan mee goreng sahaja.
Dalam kehujanan balik kerja semalam aku turun dari kereta dengan tidak berpayung.
Hujan tidaklah lebat sangat masa itu.
Mula-mula pergi kedai ubat cina beli susu Haziq.
Then naik kereta semula dan pergi pasar segar.
Barang-barang masih ada lagi.
Ramai juga aku tengok para-para ibu dan isteri orang membeli barangan basah mesti untuk masak dinner.
Dengan baju kerja. Tabik gitu kan.
Aku beli barang sempoi sahaja iaitu udang, mee kuning, taugeh, tahu putih dan juga tempe.
Ialah beli barang lebih sikit, makanya hari ini tidak perlu singgah pasar segar apabila balik kerja nanti.
Kami di rumah memang suka makanan simple sahaja.
Mudah di masak.
Cuma kalau cuti-cuti itulah baru aku masak heavy sikit.
Sampai rumah, hubby sudah masakkan nasi.
Aku propose untuk masak mee. Ok katanya.
Nasi itu nanti boleh masak nasi goreng sahaja.
Then lepas itu memang terus pergi mandi.
Risau takut demam.
Memang siap makan panadol juga malam tadi itu, sebab kepala macam pening sikit.
Tapi aku sudah niat dalam hati masa rempuh hujan.
"aku beli barang untuk family ya ALLAH, sihatkanlah aku. amin amin amin"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment