Followers

Wednesday, November 23, 2011

Jemput-jemput Udang Berkentang with resepi.

Ahad lepas, petang suram.
Ialah baru lepas lunch dalam jam 3 pm. Lewat kan gitu.
Habis sahaja lunch aku semangat sungguh hendak membuat cucur udang. Tengok dari blog Mat Gebu. Aduhai terliur sungguh.
Makanya diiringi hujan lebat dengan petir berdentuman.
Aku siapkan bahan dan terus menggoreng sekali.
Rajin sekali buatkan kuah pedasnya.
Alang-alang memasak gitu. Biar lengkap semua.
Kali ini aku memang hendak masak ikut resepi betul-betul.
Seriusly aku teruja melihat hasil adunan. Mantap.
Dan itu dia. Haziq pun suka gitu.
Memang sedap sungguh apatah lagi makan panas-panas.
Sila guna udang kecik-kecik gitu.
Tips dari Mat Gebu, basahkan tangan ketika mahu masukkan adunan kedalam minyak gorengan.
Kongsi resepi di bawah. Cara hendak membuatnya, aduhai macam biasa sahaja macam kita buat jemput. 


Sumber Resepi -Dapur Tanpa Sempadan
250 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
300 ml air
udang (1/3 cawan)
(carrot di hiris hakus)
daun sup di hiris
garam
ubi kentang di potong dadu kecil dan di rendam (aku rebus)

Sos Lada 
8 biji lada (aku guna cili boh dalam 2 sudu)
1/2 cawan gula pasir.
3 ulas bawang putih (aku titek kan sahaja)
1/4 camca teh garam.
cuka (aku ganti dengan asam keping)

4 comments:

A.H.A.D said...

ooo letak baking powder yer. utk apa tu? nak suruh naik kembang ke?

Ms Haslina said...

kalau ikut definasi BK tu mmg utk kembang kan.

erm...
leh tanya dgn pemilik asal resepi blog Mat Gebu.

yg penting mmg bila makan macam tidak boleh berenti gitu. sodap.

Eliss said...

sos lada tu kalo tambah gula melaka lagi best :) buat cicah keropok lekor :)

Ms Haslina said...

a'ah eliss. aku pun terfikir gitu. tapi masa tu da masak da kuah tu. next time kena buat gitulah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails