Followers

Thursday, November 24, 2011

Masak lemak ikan + pucuk ubi with resepi dan pecal again. Suka.

Makanya hari Ahad lepas memang sibuk benar aku didapur.
Padahal pada mulanya sungguh aku blur hendak masak apa.
Tanya hubby pun dia buat tidak tahu sahaja.
Bila sudah bersiap pun aku masih duduk di sofa.
Perah otak seorang diri.
Whuaaaaaaaaaa.

Itulah selalu juga aku dengar statement hendak masak apa hari ini itu.
Sekali kena pada diri sendiri, memang termenung di buatnya.

Tidak lama itu, aku redah sahaja ke pasar segar.
Ambil bakul dan pusing dalam kedai dan pusing lagi.
Capai tempe, tahu dan taugeh untuk buat pecal. Kuah sate ada lebih lagi.
Done.
Then capai sawi dan sedikit bawang merah juga udang saiz kecik.
Dan melopong lagi.
Gila kan, termenung aku hendak beli apa.
Last call aku pilih ikan dalam 4 ekor.
Aku mahu masak lemak.
Pucuk ubi dan cili api boleh ambil belakang rumah sahaja.
Lega rasa hati.


Resepi masak lemak cili api sempoi.
*Santan 1 kotak. (Tambah sedikit air supaya ia tidak pekat sangat.)
*Serbuk kunyit dalam 1 camca sudu besar. (Ikut tahap kekuningan kunyit. Kalau letak banyak sangat kunyit nanti kuah rasa kunyit.)
*Garam.
*
Cili padi 12 biji (bersaiz kecil) (ditumbuk)
*Sedikit ikan bilis (ditumbuk sedikit)
*Serai (dititek@ditumbuk sedikit)
Daun pucuk ubi.
Ikan yang telah di goreng garing.

Cara memasak.
Masukkan semua bahan *. Letak periuk atas api sederhana.
Kalau api terlalu kuat nanti santan akan pecah.
Biarkan mendidih.
Masukkan daun pucuk ubi hingga lembut.
Sudah mendidih sebati.
Masukkan ikan.
Siap.
Maveles dan sempoi.


Masak lemak cili api with pucuk ubi dan ikan goreng.
Timbul minyak hasil dari ikan yang berminyak .

 
Pecalku sedap.
Lagi mudah gunakan kuah sate Samuri.



Pecal ini senang sahaja buatnya.
Aku cuma rebus telor beberapa biji.
Goreng tempe dan tahu.
Rebus taugeh.
Siap.
Tuang dengan kuah kacang.

2 comments:

akuzle ayu said...

wah3.. ahkak neh rajin sungguh msk. sy mmg suker mkn mskan org....hihihiih

p/s: psl pendaftaran akak yg tak kuar tuh, nnti sy pjgkn pd Dato' yea? maybe teknikal pnya aspek tuh.

Ms Haslina said...

hehehe. sekali sekali je masak itu. memang kalau ada orang suka makan mesti best.

ok ayu. tqvm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails