Followers

Thursday, November 10, 2011

Story Hari Raya Aidiladha di kg Kuala Pilah.

Kisah di pagi Hari Raya Aidiladha.
Pagi-pagi sudah bangun, barulah hendak menggosok baju anak beranak.
Malamnya tersangat penat.
Sebabnya sibuk amat dengan preparation hari raya.
Tapi sempat juga menonton midnight di TV malam itu.
(,")
Raya kali ini amatlah sederhana.
Yang balik kg cuma aku sefamily.
Juga adik-adik aku yang bujang itu.
Kaklang tidak balik sebab masih mabuk mengandung. So dia beraya di rumah mentua di Klang sahaja.
Angah pula sibuk dengan korban.
Along pula kerja.

Teringat kisah Raya Puasa hari tu.
Makanya suasana Raya Aidiladha tidak meriah seperti Raya Puasa hari itu dengan semua orang balik kg masa itu.
Siap dengan aku semasa Raya Puasa itu yang tengah berpantang hari ke 18 itu terpaksa juga ke pekan Kuala Pilah. Abah teringin benar hendak mengambil family foto.
1st time ever ambil gambar ramai-ramai.
Aku tetap berstoking panjang sebab masih berpantang kan.
Namun terpaksa menunggu giliran gitu.
Ramai juga orang ambil gambar family pagi-pagi raya itu.
Tidak aku tahu rupanya tradisi itu menjadi pilihan juga.
Penuh sungguh mana-mana kedai gambar di pekan masa itu.
Aku tengok family orang lain bergaya sungguh dengan mekap dan pakaian lengkap.
Hehehe, family aku memang bukan kaki berdondon atau begitu.
Makanya yang lelaki termasuk ipar gitu setakat berbaju melayu dan berseluar jeans sahaja.
Tidak kisahlah kan. Yang penting dapat berkumpul bersama.
Picture raya puasa nenanti dan nanti lah akan di masukkan.

Me with family. 
Haziq yang leka dengan game Angry Bird.
Bukan baju baru.
(,")

Bersama Haqeem yang tembam.
2 bulan 3 minggu.

Hubby with Haifa and Haqeem.
dan juga pokok?.

Juadah di pagi raya aidiladha.
Kuah kacang, kuah lodeh, lemang (mentua Angah yang bagi),rendang daging kerisik, rendang ayam cili api dan ketupat segera.
Ayam telor 4 ekor untuk rendang dan daging 2 kg sahaja.

8 comments:

A.H.A.D said...

wah sedondon gak diraya haji :)
banyaknye makanan. sedap2!

Ms Haslina said...

hehehe.
baju lama gee.

alhamdulilah part makan memang maveles.
asyik nak makan sahaja di buatnya.

Ina Hashim said...

Lin still dlm pantang ke?kompius lak akak...

muka haqeem garang nya....huhu

Ms Haslina said...

story pantang tu story masa raya puasa hari tu kak.

pipi tembam tu tgh buat muka garang lah tu.
;))

mamaarifakeemaisy said...

meriah juge raya..siap bergambar studio eh.. ^_^

tembamnye baby...suke nengok..hee~

herm..juadah raya eina pun lebih kurang gitu, semua MIL masak..hee~

Ms Haslina said...

gambar studio tu masa hari raya puasa hari tu.
;))

alhamdulilah mmg tembam dan sihat baby haqeem.

hehehe. mmg gitu hidangan raya setiap tahun.

ciek niena said...

oh, sedondon baju akak n family.. huhu. btw, geram nya tengok haqeem.. hehe..

Ms Haslina said...

dik niena - hehehe. sedondon tapi bukan baju baru gitu.
baby haqeem memang mesti kena geramkan sebab tembam gitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails