Followers

Friday, November 18, 2011

Baby Haqeem 3 bulan.

Alhamdulilah nyenyak baby Haqeem tidur.

Disebabkan family dari kg datang KL, Ahad dan Isnin lepas.
Makanya sepanjang hari aku sefamily berada di rumah kaklang.
Tapi ada juga aku dan hubby keluar berdua sebab settle kan hal di bank dan ke Giant sekali.
Sesungguhnya amat JANGGAL rasanya keluar berduaan. Sebabnya setiap masa kami memang keluar mesti sefamily.
Ialah siapalah hendak tolong jagakan anak-anak.
Time mandi malam sahaja kami pulang kerumah yang berjarak tidak jauh itu.

Kecian baby Haqeem.
Pagi hari Selasanya dia demam.
Mungkin penat badannya di angkat sana sini rasanya.
Masa itu dalam jam 3am. Haqeem bangun lapar hendak menyusu.
Bila rasa kepalanya sudah panas terus aku susukan Haqeem.
Harapan aku supaya kebah demamnya dengan susu dari mama dia.
Alhamdulilah kuasa Allah pagi itu deman Haqeem sudah kurang.
Tapi aku tetap tidak mahu pergi kerja. Risau kan Haqeem gitu.
Syukur lagi, Haqeem sudah sihat.

Hari Rabu petang (16 Nov 2011)
Haqeem cucuk 3 bulan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.
Berat naik 6.25kg.
Kurang naik juga sebab Haqeem tengah kena pooh-pooh sekarang ini.
Tapi tidaklah teruk.
Memang terus-terus bila sahaja dalam kereta lepas di cucuk aku mesti bagi Haqeem susu mama.
Risau takut demam lepas cucuk.
Syukur-syukur Haqeem tidak demam.
Memang kejap-kejap mesti rasa kepala Haqeem.
Cuma tidur malamnya dia kurang lena mungkin sebab sakit rasanya di tempat cucuk di pehanya.
Aku sapu vick untuk kurang sakit.
Dua kali juga aku terbangun sebab Haqeem menangis hendakkan susu.
Juga sebab pampers sudah penuh.

6 comments:

oya said...

Haqeem...hope sihat hendaknya k..Mummy take care haqeem & urself k..

ciek niena said...

oh, bulatnya haqeem,, rasa cam nak cubit-cubit pipi haqeem.. hehe..

mamaarifakeemaisy said...

harap haQeem siht selalu ye..berkat menyusu susu ibu..Insyaallah..Amin..

faridmw said...

salam.. comel haqeem tido... hehhe.. moga haqeem menjadi anak yang boleh menjaga ibu bapanya bila besar nanti... amin...

Ina Hashim said...

Lin masih menyusu badan sepenuhnya tanpa campur FM ye?bagus2x

Ms Haslina said...

dik Oya - tq dear.

dik niena - memang geram dengan pipinya yang tembam itu kan.

eina - amin amin amin.

dik farid - amin amin amin.

kak ina - hehehe. tak fully lah kak. saya campur formula juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails