Kuahnya memang mantap.
Aku tambah gula melaka.
Kenapa aku masak menu ini lagi.
Sebab ianya terlalu nyaman dan mengiurkan.
Makanya aku ulang tayang masakan cucuk@jemput udang malam Rabu lepas.
Peh, sesungguhnya tidak boleh berenti mengunyah hatta seketika gitu.
Harus di ulang ambil jemput, tarik bagi belah dua dan teruskan cicah pada kuah. Bagi kuah lekat serasi pada jemput.
Ngam dalam mulut.
Itulah ulang-ulangannya adegan.
Kejap-kejap aku suapkan hubby yang duduk depan PC.
Kemudian anak-anak pula.
Habis turn aku makan, barulah hendak bancuhkan air teh o gelas besar untuk hubby kerana tidak lama lepas itu hubby punya turn duduk di meja makan.
Untuk aku cukup dengan air milo o sahaja.
Mula-mula aku pun keliru, apa penggunaan baking powder dalam bancuhan ini.
Bak pertanyaan member blogger Gee Ryder.
Tapi setelah kali kedua buat, aku rasa cucur lepas di goreng itu lebih 'mantap'.
Dan rasa bahagian dalam cucur tidak sama dengan cucur yang tidak di letak baking powder.
Itu pandangan aku yang amatur ini lah.
Sumber Resepi -Dapur Tanpa Sempadan
250 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
300 ml air
udang (1/3 cawan) (buang kepala)
daun sup di hiris
(tambah letak hirisan carrot)
garam
ubi kentang di potong dadu kecil dan di rendam (tidak letak)
Sos Lada
8 biji lada (aku guna cili boh dalam 2 to 3 sudu)
1/2 cawan gula pasir (aku ganti dengan 4 sudu gula melaka yang hancur dan 3 sudu gula pasir. still boleh kurangkan gula kalau suka pedas)
3 ulas bawang putih (aku titek kan sahaja)
1/4 camca teh garam.
cuka (aku ganti dengan asam keping)
(aku tambah air 1/2 cawan)
Picture sebelum di goreng.
Tidak cair dan tidak pekat. Sedang-sedang sahaja.
No comments:
Post a Comment