Followers

Tuesday, November 1, 2011

Jalan-jalan ke Johor 2.

Ahad - 23 Oct 2011.

Pagi-pagi aku dan hubby sudah bangun. Terus aku mandi sekali. Anak-anak semua masih tidur.
Aku cakap pada hubby, jom pergi beli sarapan.
Bukan apa, sarapan sedap di satu kedai Areena di Gelang Patah mesti cepat habis selalunya.
Makanya kena pergi awal lah.
Kami cuma bawa Haifa sahaja. Kejutkan dia dari tidur. Takut pula bila dia terjaga nanti menangis pula tengok parentnya tiada.
Minta emak tengokkan baby Haqeem.

Kami beli 3 bungkus lontong. Roti canai 8 keping. Sebungkus nasi goreng dan mee goreng.
Sampai di rumah semua masih tidor lagi. Terus breakfast dengan emak sekali.
Habis makan hubby kejutkan Haziq. Tunggu cuaca panas sikit diaorang pergi mandi di swimming pool.
Tapi kejap sahaja di sana sebab memang sejuk sungguh pagi  yang belum tengahari itu.

Haifa memang sudah kesejukkan masa ini.
Tapi aku suruh hubby tunggu dalam air kejap sebab hendak ambil gambar.

Sicomel Haifa.


Rancangan kami memang mahu round JB. Ialah kononnya aku ini sudah 2 tahun tidak kesana. Manalah tahu ada perubahan gitu.
Maklumlah study di JB dulu. So macam kg aku pula, hendak balik tiap tahun.
Hehehehe.
Tapi memang pun kalau balik kg di S'pore sempat berjalan di JB selalunya.

Rancangan tinggal mimpi sahaja.
Cik Sarah suruh lunch sama-sama.
Last last kami berlepas sahaja di rumah until lepas Zohor.
Kemudian barulah pergi Jusco Bukit Indah makan di Secret Recipe.
Habis diaorang bershopping di situ, ajak lagi minum petang di kedai mamak berdekatan.
Aku sudah tidak larat hendak makan. Full sungguh makan tadinya.
Minum air kopi o sahaja.
Dalam jam 6pm lebih  salam perpisahan.
Cik Mat dan Cik Sarah direct masuk S'pore.

Kami meneruskan cita-cita ke Air Hitam.
I'm driving.

Bolehnya beg emak dan Cik Sarah sama gitu.
Asalnya memang beli sesama pun.
Tapi tak sangka boleh guna di waktu yang sama.

Tengah pilih menu.
Dari kiri My mother, adik emak Cik Sarah and the husband Cik Mat.

Haziq with coklat ais cream.
Namanya satu scoop.
Tapi datangnya satu gelas. Price RM3

Haifa dengan vanilla flavor.

The foods.


Sampai destinasi yang di rancang hari sudah gelap. Dalam jam 7.30pm gitu.
Kedai pun ada yang telah tutup.
Round sekejap di deretan kedai baru. Then ke lokasi kedai-kedai lama.
Disitulah kami membeli maruku dan popia comel.
Emak pun sama.
Tabung comel pun beli disitu.
Untuk Haziq dapatlah juga mainan sebiji lori.
Kemudian hubby tambahkan lagi teddy SMURFS untuk Haifa dan Haziq.
Price RM25 satu.
Itu sahajalah yang dapat dibeli dalam masa yang singkat itu.
Walaupun sebenarnya macam belum puas lagi.
Hendak buat macamana, kedai banyak sudah tutup.
Dan di tambah kami penat juga.

Haziq pilih yang ini.
Haifa pula semestinya pilih gegirl gitu.

Continue aku driving lagi.Dan kami selamat sampai di Kuala Pilah dalam jam 12 malam gitu.
Dinner tengahmalam sekali.
Sampai kg settle itu ini terus tidur.
Penatnya sebab sudah lama-lama sangat aku tidak driving jauh begitu.
Makanya rancangan awal kami untuk bercuti.
Telah bertukar tajuk menjadi Balik Kg Emak.
;))
Asalkan emak happy, kami pun happy juga.
Thank you so much to my hubby kerana okies okies sahaja dengan rancangan yang telah bertukar itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails