Followers

Friday, November 18, 2011

Roti Paung with resepi.

Salam pagi Jumaat.

Pada 11.11.11 Jumaat yang lalu.
Belah malamnya, aku mencuba pertama kali menguli roti.
Cuba buat roti yang katanya simple gitu.
Jadi memang jadi alhamdulilah.
Memang penat ulang alik ke dapur masa itu.
Ialah untuk tengok adunan roti naik.
Kejap-kejap tengok jam gitu.
Excited sungguh.
Dalam dekat jam 10.45 pm gitu siap semuanya.
Tapi tetap kena improve lagi.
Practice.

Siap di uli dan di letak dalam loyang selepas naik kali pertama.

Adunan telah naik untuk kali ke2.

Selepas pembakaran berlaku.

Sudah selamat di makan.
p/s roti aku ini sebenarnya kurang masak sangat, sebabnya 1st time guna oven.
maka tersilap sedikit.

Resepi.
Sumber resepi : roti naik resepi shasa rahmat dan noorshahizan mohd said
Sumber resepi lagi : dari resepi pilihan.blogspot.com
tq

Bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega dicairkan

Bahan C
1/2 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

Cara-caranya
1 - mula-mula buat dulu air sirap sebab hendak gunakan air tu, dengan suhunya suam.
2 - masukkan 3 cawan tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
3 - masukkan bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cawan tadi boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan tidak melekat di tangan. (aku tambah lebih sikit tepung sebab masih melekat pada jari )
5 - Biarkan adunan naik. (dalam 1 jam atau 2 jam dan aku tutup dengan kain basah)
6 - Bila adunan sudah naik uli bulat-bulat ikut suka dan susun di loyang...(TAK PERLU TUMBUK..HANYA CUIL DAN BULATKAN JADI DOH KECIK2)...susun setiap doh rapat-rapat antara 1 sama lain. Bila naik kali ke2 dia akan naik tinggi
7 - Susun di dalamm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti

3 comments:

faridmw said...

salam kak..
mudah jer.. tpi bila bt sendiri mcm susah ja.. hehehe

ciek niena said...

nampak sedap.. nak try la nanti.. huhu

Ms Haslina said...

salam kembali dik farid. hehehe.

dik niena - kalau rajin mmg bagus mencuba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails