Followers

Tuesday, September 15, 2009

21 weeks.

Ini picture aku hari ini. Hehhehehe. Nampak sudah kan perut aku yang sudah masuk 21 minggu...tapi masih layan pakai baju kurung pergi kerja..alhamdulilah. Itu ialah baju raya aku tahun lepas.

Taco @ Tako
Malam sabtu lepas, dalam jam 8 malam gitu kami sefamily pergi JJ maluri. Sebelum balik sempat ajak En Hendra minum ABC. Sedang-sedang tunggu ABC kami siap, aku tetiba macam hendak sangat cuba merasa makanan jepun itu. Dengar cerita nya sudah lama, tapi tidak mencuba-cuba lagi. Alahai bagaimanalah rasanya.
Punyalah lama tunggu hendak siap 3 ketul bebola sotong itu. Sampaikan bila aku tiba di meja makan itu, ABC aku sudah tinggal setengah gitu di makan oleh anak beranak dua orang itu.
Ermmm...aku makan tidak sampai setengah pun bebola itu. Ntahlah, macam tidak boleh masuk ketekak den ini. The rest of tu, Haziq and En Hendra yang makan kan. Lepas ini tidak ada kemungkinan aku hendak makan benda itu lagi.


Malam minggu pula, aku sahaja usha En Hendra pasal makan sate di kajang. Tidak tahu lah rupanya ada juga orang lain mengidam mengalahkan orang pregnant. Masa itu sudah lewat malam juga lah. Sesampai kami di kajang dalam jam 10 lebih rasanya. Punyalah ramai orang makan sate malam itu. Ishhh ish..keenakkan sate kan...ramadhan ramadhan pun orang masih mencari sate. Sodapppp...
Aku memang sudah lapar semula masa sampai di situ. Lama juga hendak menunggu sate tiba di meja. Habis nasi impit dan timun sepinggan aku makan. Bila sate sampai aku cuma larat makan 2 ke 3 cucuk sahaja. Perut aku sudah penuh...hehehehe. Tidaklah habis semua sate itu, kami terpaksa bungkus bawa balik.
Aku tidak tahulah bermula bila yang customer perlu ke kaunter untuk order dan terus bayar. Maknanya pekerja cuma bertugas menghantar sate dan minuman. Ermmm...

Jom mamam sate....Si kecik ini memang pandai makan sate tapi lebih suka makan kuah sate itu. Tengoklah tangan tu kat mana.

Sate 30 cucuk with my hot coffee.

Gambar ini aku ambil jumaat lepas. Cadang-cadang henda ambil gambar perut. Tidak nampak rupanya..hehehe..ialahkan ambil guna hp sahajakan.

3 comments:

Ina Hashim said...

wahhh...dah besar peyut tuuu

Eliss said...

masih bleh pakai baju kurung lagikk :)

Ms Haslina said...

kak ina ~ hehehe...mmg da besar da kak..tp alhamdulilah leh pakai baju kurung lagi...
x suka lah pakai baju mengandung...
;(

eliss ~ itu hikmahnya aku duk muntah2 jea...badan pun susut...
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails