Keempunan gitu hendak buat popia mini. Sebabnya kulit popia habis di 2 buah pasaraya berdekatan rumah aku. Terus rasa macam kecewa gitu. Tidak mengapalah mungkin boleh cari yang instant sahaja.
Esok aku sudah mula bercuti. Rasanya sama seperti orang lain juga yang bercuti selama seminggu pada minggu depan. Dan aku akan balik berhari raya di kuala pilah. Asalnya hendak kerja separuh hari esok. Rancangannya hendak buat popia lah malam nya itu. So boleh lah tidur lambat malam jumaat. Tapi hendak buat camnakan.
Di keghairahan kita semua hendak menyambut aidil fitri pada 1 syawal nanti aku teringatkan keadaan 2 orang member office aku.
Semalam ibu puan Faizah di sahkan di jangkiti demam dengki. Update tadi ibu dia masih berada di wad kecemasan. Dugaan ALLAH di penghujung ramadhan pada family dia. Semoga semua nya dipermudahkan oleh YANG ESA..amin.
Satu lagi pasal miss Zaitul, ini merupakan kali pertama dia menyambut syawal tanpa ibu disisi. Keciankan...Ayah dia telah bernikah dengan orang baru dalam bulan Julai hari itu kalau tidak silap aku. Sudahlah dia ini masih single...so bagaimana ek dia menyambut syawal kali ini. Dia beritahu aku dia masih bekerja hingga Jumaat. Kemudian akan pulang ke rumah arwah emaknya di senawang. Memandangkan senawang dengan pilah itu tidak jauh. Aku memang menjemput dia supaya datang ke rumah aku di hari raya nanti.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR BATIN pada semua kawan-kawan. Semoga selamat pergi dan balik ke kampung halaman tercinta.
4 comments:
salam haslina..selamat hari raya aidil fitri buat kamu sekeluarga..rajinnya nak buat popia walaupun berbadan dua..akak tak rajinlah..
sudilah ambil kad rayer kat umah akak ye..
selamat hari raya dari kami sekeluarga..
ampun maaf dipinta :)
kak selamat berhari raya...maaf atas ape saja kesilapan antara kita ek...nti lepas raya ada masa kita jumpe ek...
kak ina ~ hehehe tq kak...terasa mcm nak buat popia tu..suami pun sudi tolong..itu yg makin nak buat tu..
selamat hari raya aidil fitri juga pada akak sekeluarga.. semoga raya kali ini lebih bermakna...
eliss ~ samalah kita..semoga selamat pergi dan balik dari kg..
akma ~ akak pun sama akma, mohon maaf atas segala salah silap...insyallah ada rezeki kita jumpaaa yea...wenduuu belum terubat gitu...hik hik..
Post a Comment