Followers

Wednesday, September 9, 2009

Daging masak lemak cili api

Ahad - 6 Sept 2009 - 16 ramadhan 1430

Masak lemak cili api daging + ubi kentang.

Bergedil daging

Cerita sudah basi begitu. Ini juadah berbuka pada hari ahad lepas. Jangan tidak percaya bawah aku yang memasak semua itu. En Hendra tolong lenyek kan kentang selepas di goreng dan tolong menumbuk lumatkan cili padi untuk masak lemak aku itu.

Resipi -
Daging ikut sukalah banyak mana...hehehe
Santan sekotak (mana hendak cari santan pure gitu)
Cili padi ikut tahap kepedasan cili tersebut.
Serai.
Garam.


Ya ampun pedasnya masak lemak aku itu. Sampai tidak boleh bercakap rasanya...hehehehe. Memang kalau cuti-cuti kalau aku larat, aku akan memasak untuk juadah berbuka.

Sebenarnya aku start memasak dalam jam 6 petang begitu. Ialah se family tertidur kepenatan selepas membeli belah barangan dapur di tesco ampang. Punyalah ramaaiiii orang dekat situ. Sana sini orang sahaja. Kalau tidak di ikutkan barang dapur sudah tiada, tidak mahunya kami pergi menambahkan orang di tesco itu.

Op sebelum kami ke tesco, aku meneman En Hendra menderma darah di pasaraya berdekatan rumah. En Hendra ini memang kegemaran dia menderma darah. Pada mula nyer Doc bertugas di situ tidak membenarkan En Hendra menderma kerana sedang berpuasa dan juga ia telah melebihi jam 10 pagi. Doc takut terjadi apa-apa.
Alhamdulilah semua nya ok, lagipun kata En Hendra dia sudah pernah menderma darah pada bulan puasa sebelum ini.



Isnin - 7 Sept 2009

Gaya Haziq ketika berbuka puasa di restoran nasi kandar pelita di ampang. Ini kiranya macam main terjah sahaja berbuka disini. Memula kami keluar rumah dalam jam 3 lebih petang untuk ke jalan TAR untuk mencari baju melayu Haziq. Tapi biasalah kan, penuh juga orang di jalan TAR hari isnin itu. Satu hal lagi, kerana semua jalan masuk ke jalan TAR di tutup, di tambah dengan jamming gitu. Akhirnya kereta cuma ada jalan masuk berdekatan lrt stesen itu sahaja. Bayangkan kami terpaksa pusing dari depan komplek wilayah lagi dengan kereta sana sini. Hampir jam 5 petang baru dapat masuk parking di bangunan semua house.
Selesai membeli baju melayu dan sempat juga En Hendra membayar zakat untuk kami sekeluarga..alhamdulilah.
Aku cuma beli kebab ayam satu dan juga air mineral sebotol untuk berbuka. Masa itu jam sudah menunjukkkan dalam 6 lebih gitu. Kami bercadang hendak ke Ampang untuk membeli baju Haziq lagi.
Dalam jam 7 petang sempat kami sampai di Ampang dan terus menuju ke kedai nasi kandar. Punyalah cepat dan pantas pekerja-pekerja di kedai itu. Kiranya dapat kami berbuka dengan nyaman sekali.


Sedap ke kari kepala ikan ek? Aku tengok ramai orang duk order kari kepala ikan untuk juadah berbuka...ermmm..


4 comments:

LuVidA^^ said...

beshnye...kalau dpt rase masakan akak tu..hehehe....

Ms Haslina said...

dik luvida ~ hehehehe..kalau sudi datanglah umah akak, insyalah akak masakkan.

Ina Hashim said...

fuhh masak lomak ili padi....

Ms Haslina said...

heheehe...gitu lah kak...masak sendiri..sebab kepingin gitu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails