Followers

Friday, September 11, 2009

cartoon time..

Malam tadi belum masa berbuka lagi, Haziq di upah oleh En Hendra menonton movie Upin Ipin di komputer. Cadangnya hendak tengok the rest of the movie nenanti sekeluargalah. Tapi si kenit itu tidak memberi langsung peluang untuk memberhentikan movie itu barang sebentar dua. Hendak atau tidak aku lah tukang teman dia menonton sampai habis cerita itu. Memang lately ini lepas movie cartoon Cars, cartoon ini lah yang di gemari Haziq.

Seronok layan cerita ini. Sebagai cerita melayu, aku rasa ini amat menyeronokkan. Macam tidak percaya sahaja ini filem melayu. Tabik sungguh.
Haziq sendiri tidak mahu bergerak langsung dari depan komputer sampai cerita itu habis.

Pagi tadi muntah lagi. Puaslah aku buat pergerakkan perlahan-lahan pagi tadi. Tapi hendak buat macam mana kan, benda hendak jadi. Terima dengan redha. Akibat dari itu aku pening until now. Tadi pun aku cukup menggagahkan diri untuk mengajar, ialahkan ada beberapa assignment untuk students buat kerana cuti lama itu nanti. Lagipun tidak akanlah aku hendak memfreekan mereka sepanjang 2 minggu cuti raya itu. Cuti raya seminggu dan next week memang aku tidak membuat kelas sebab bagi peluang mereka balik kg awal.

Sudah jam 12.30 ini, masuk waktu rehat until 2.30pm. Aku sudah start menguap sebab penat dan perut pun tidak berhenti tegang lagi. Aku tidak pernah lagi tidur di office ini since pregnant ini. Tidak selesa kan tidur duduk gitu. Mungkin aku cuba berehat....tanpa mengadap komputer...hehehe. Itu pun kira rehat juga.
Petang ini ada kelas lagi...kelas ganti...tanggungjawab kan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails