Followers
Wednesday, September 30, 2009
SEPI nya cerita ini...
Punyalah aku tunggu-tunggu hendak tengok movie ini malam tadi. Tapi rupa-rupanya filem ini amatlah slow bagi aku lah. Kisah cinta yang plastic gitu. Penat aku cuba juga untuk tengok sampai tamat. Dan dan aku tidak berminat dengan karya pengarah popular itu. Jalan cerita macam copy cerita hindustan copy cerita omputih...ish ish...
Bosan melihat adegan main tepung Afdlin dan Vanidah....
Boring dengan adegan Piere berpeluk dengan girlfriend dia kemudian masuk bilik tidur.
Tapi lakonan Nasha Aziz ok lah...hik hik..
Ahah sebelum itu aku sudah layan drama TARI TIRANA dulu. Aku memang tidak pernah miss drama ini. Memanglah cerita ini macam sesuka hati sahaja skrip dia, tapi at list cerita ini happy happy gitu.
Memang dulu nya aku peminat drama NURKASIH tu, tapi since sudah ada watak orang jahat (adik heroin) dalam drama itu. Aku terus tidak mahu langsung tengok drama itu. Bukan apa, sejak pregnant ini aku jadi sensitif dan emosi gitu. Aku tidak boleh tengok lakonan orang baik-baik di tikam dari belakang. Sampai laju sahaja degupan jantung aku kalau tengok semua adegan itu. Hahahah..boleh gitu.
Satu lagi aku minat gila dengan lagu soundtrack drama tari tirana ini....tapi aku tidak pasti lagi tajuk lagu itu ialah JATUH CINTA PANDANG PERTAMA atau KERANAMU KUTANGGALKAN EGOKU...entahh. Penyanyinya ialah AZFAR. Syahdu habis...layan sahaja. Semestinyer lagu Nikki itu pun best juga.
Bagi aku lah, episod 1 drama ini memang touching sungguh masa Wan Sharmila (Tirana) clash Shaz Jazle (Ash). Lagu yang di mainkan masa itu...aduhai..sedih aku dengarnya.
PENDETA
Sepanjang hidupku telah dihabiskan
segala masa dan usaha
kerana kamu
Sepanjang jalanan ku telah luahkan
segala kata dan kenangan
bersama kamu
Engkau siapa?
dipentas samaran sang Pendeta
asyik berpura
Kau sebenarnya
sekuntum debunga Wisteria
indah nan jelita
namun racun yang berbisa
Chorus:
Aku keliru sejuta lagu
kerna kekasihku
Ia bukanlah namamu
Aku mengaku belakangi mu
dialah jiwaku
disinggahsana Pendeta itu
Setinggi anganku dia diciptakan
sayang fikirlah oh apakah
pengertianku
Setinggi rinduku dibawa bayangan
sayang kemana fenomena
ketulusanmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
akak...ida nanges mse 1st time tgk sepi.
hehee...
:D
malam tadi kawan ckp, banyak scene yang dipotong...huhuhuhu
dik luvida ~ hehehe...akak kan tgh pregnant..so feeling tu jadi kurang normal...
klu time biasa mungkin leleh kot...
eliss ~ itu lah aku rasa lah..scene macam terlompat-lompat gitu...
sudah2 aku pulak yg bosannn..
Amboi seronok layan citer...
movie Sepi tu tak seronok pun...drama TARI TIRANA tu yg syokk...
ye ke tak best...kite sampe nangis tau layan cite ni..tgk CD je..ada 3 stori kan...huhu..cedih tau..mybe byk scece dipotong jadikan dia tak best kot..
*citer tari tirana tu jrg tengok, usbend tak suke tgk, kite pun takde la layan..hehe..
mungkin sebab perubahan hormon tgh pregnant ni buat kt bertukar angin...
malas nak tgk citer slow2 gitu...
mmg drama tu ramaiii orang ckp citer murahan jea sebab skrip dia bodoh jea...
saja suka2 layan citer x yah fikir...layan jea...
Post a Comment