Followers

Thursday, December 31, 2009

Kastad@Kastard Jagung.






Resepi -
1 tin jagung CREAMY.
1 tin susu cair - aku guna brand MARIGOLD...wangi jea
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir - aku guna gula halus
1 1/2 cawan tepung kastard

Cara membuatnya -
Bancuh tepung dengan air sehingga sebati.
Masukkan bahan-bahan lain.
Gunakan api kecil.
Mengacau dan terus mengacau adunan.
Masak sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.

Hospital kerajaan??

Sememangnya ramai telah bercuti hari ini. Hingga kan gerai tempat selalu aku beli nasi lemak pun tutup........whuaaaaaaa whuaaaa. Punyalah semangat aku pagi ini untuk breakfast nasi lemak setelah berzaman juga aku tidak singgah di situ.

Sedang aku masih pening-pening lalat pagi ini akibat dari muntah di rumah pagi tadi, lalu kakak cleaner office aku. Dia ini juga seorang tukang urut...dan dan juga kesukaan dia usap perut aku yang semakin membulat kedepan ini. Memang sudah banyak kali dia cakap dengan aku........yang bentuk perut aku memang cantik bulat.......senang hendak bersalin nanti.....katanya.
AMIN...insyallah. Dulu pun masa Haziq aku memang senangggggg BERSALIN. Memang jarang dengarkan orang bersalin anak pertama semudah aku. Hinggakan kalau aku bercerita bagaimana pengalaman aku bersalin, orang bagai tidak percaya. Mungkin Allah bagi kesenangan setelah 'kesukaran' aku ketika mengandung...mungkin. Syukur alhamdulilah.

One more thing...aku hendak tahu kenapa ada orang hendak mempertikaikan kenapa aku memilih untuk bersalin di hospital kerajaan?.
Apa salahnya...apa kurangnya hospital kerajaan?. Dulu pun aku bersalinkan Haziq di HUKM, dan semuanya bagi aku berjalan lancar dan aku berpuas hati.
Ialahkan..ada orang dapat bersalin di hospital swasta kerana mungkin kos perbelanjaan di tanggung oleh pihak company suami atau company tempat isteri bekerja.
Ataupun ada orang yang memang MAMPU, so boleh bersalin di tempat-tempat terpilih yang di ingini.

Anyway bersalin di mana-mana pun sakitnya TETAP SAMA...........kan..betul tak?

Tuesday, December 29, 2009

Kerang Rebus Cina dan aneka masakan mudah by me.

Telur rebus - gambar hiasan
Sambal kerang.

Daging masak kicap.

Kastard Jagung

Kerang rebus masak cina.

Semenjak aku SIHAT ini, hari cuti baru-baru ini aktiviti aku dipenuhi dengan masak dan masak.
Hari sabtu aku membuat cadangan sendiri sendiri untuk masak nasi lemak buat makan tengahari. Tapi kelewatan memulakan masakan memaksa aku untuk meminta En Hendra masak nasi lemak. Pehhhhhhh sungguh LEMAK sekali...sedappppppp. Aku pula memasak DAGING MASAK KICAP request by En Hendra, merebus telur dan SAMBAL KERANG. Yang hendak di jadikan cerita, kerajinan aku hari itu ialah aku merebus kerang dan megopek nya sekali. Boleh gitu. Entahlah..teringin pula hendak membuat sambal kerang yang di masak sendiri. Hahahaha..but in the end combination lauk yang tidak seberapa itu sungguh yummy membuatkan aku makan nasi lemak berkali-kali hari itu.

Malam minggu itu juga aku terbangun semula dalam jam 11 pm lebih rasanya. Terus rasa macam segar sahaja. En Hendra masih belum tidur lagi cuma aku dan Haziq telah tidur awal malam itu. Fikir-fikir sebaiknya aku masak KASTAD JAGUNG yang aku kepingin hendak makan. Barang-barang semuanya telah di beli. So aku teruskan memasak. Bila part kastad telah kental, aku minta En Hendra yang tolong kacaukan..tidak larat aku.
Alhamdulilah kastad aku manis dan lembut. Nanti letak resepinya in the next post.

Hari ahadnya pula, aku masak lagi. Hehehehe. Kali ini aku habiskan semua kerang yang ada. Aku masak KERANG MASAK CINA dan SUP SAYUR CAMPUR.

Kerang masak cina
1.2 kg kerang
Bawang putih beberapa ulas di titek
Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri dan di tumbuk.
Kicap masin
Kicap tiram
Air

Masukkan semua bahan dalam satu periuk.
Tutup periuk dan biarkan masak.

Sayur campur (3 orang makan)
Kobis
Sawi
Karot
Bawang putih
Kiub ayam
Garam
Telur sebiji
Air


Lenovo XP 7 STYLE


Windows for this week is :- Lenovo XP 7 STYLE SATA is the most beautiful and modern Windows XP like exactly Windows 7, it based on original copy of XP SP3 ,include Windows Media Player 11, Internet Explorer 8 and SATA Drivers.
The system has been modified in a professional manner combined the high performance and the wonderful appearance more beautiful from Windows 7, you will feel that you already work in Windows 7 .. Lenovo XP 7 STYLE has more power because it has been updated completely with the latest updates and security hotfixes till November 2009 addition to the last version of DirectX So it become very stable, fast, and safe when the normal work or browsing of the internet will be faster and safe from hacker attacks, viruses, When playing the games will be speed, stable and high graphics .. The system has full components, everything are staying ( Services, Drivers, Languages .. ect ) Nothing Removed .
Lenovo XP 7 STYLE SATA full compatible to work with any PC Laptop or Desktop .

ini adalah platform windows yg tengah guna kt rumah....

p/s : more new windows info (coming soon) stay tuned...

Cheesy sensation.

Permulaan aku ingin ucapkan TAKZIAH pada sahabat aku Puan Nurul Huda atas kehilangan ayahanda tercinta pada 27 Dec 2009 / Ahad akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh arwah diletakkan di kalangan orang beriman dan dirahmati Allah..amin.


Alhamdulilah syukurrrrr pada ALLAH, aku sudah sihat. Sihatlah dari hari itu hari itu.
Mula-mula semestinya aku syok sungguh sebab dapat MENIKMATI makanan seperti biasa. Heaven sunggung...kan.
Kalau di ikutkan lah lama juga aku kena batuk yang agak teruk juga. Kalau tidak silap since raya haji, dekat hendak sebulan..kan.

Aku hendak cerita kisah makan di Pizza Hut pada malam minggu lepas.
Balik dari JJ petang itu, aku membuat cadangan untuk makan pizza. Fikir-fikir apa kata kita mencuba pizza baru yang tarik celup itu. Sebelum itu kena pilih di mana kah hendak makan?. Walhal sedia maklum kami lebih suka makan Domino berbanding Pizza Hut.
Last nya kami makan berdekatan dengan rumah sahaja.



Jangan terpedaya dengan muka aku yang macam GHAIRAH sahaja hendak makan pizza itu. Untung masa itu aku sudah kenyang makan mushroom soup cicah sekali dengan breadstix. Sebab sebaik sahaja aku tengok pizza itu sampai di meja, aku jadi lemah selera sahaja.

Cuba lihat gambar pizza yang aku order berbanding dengan gambar iklan. Punyalah jauh berbeza......kan!!!
Aku ambil pizza topping udang. Tapi yang bengangnya menda yang nak ditarik itu macam kurang masak sahaja. Tidak kembang.
Siap boleh aku cakap pada En Hendra yang rasa roti pizza itu macam hendak sama dengan rasa lempeng yang aku selalu buat di rumah. Sebiji rasa sama. Boleh gitu..kan.

Bagi penggemar keju mungkin syok lah dapat makan pizza ini. Bagi aku pula....ermmm. Kesimpulannya bukan kegemaran aku lah.
Paling-paling En Hendra dan Haziq sahaja yang makan. Aku cuma makan seciput sahaja.

Wednesday, December 23, 2009

Punyalah lama menunggu....

Aku masih begitu dan begini. Biasalah orang mengandung...kan. Sudah 4 hari rasanya aku tidak makan nasi. Bukan apa...letih lah...sungguh letih dengan kemuntahan...bosannnn. Tiada yang menyeronokkan kalau dari mula mengandung until sekarang masih M_nt_h. Dekat hendak 9 bulan begitu sahaja.

Aku tahu aku perlu meredhai ujian ALLAH pada aku ketika aku mengandung. Sama ada kali ini...juga semasa mengandungkan Haziq juga insyallah adik-adik Haziq yang lain.
Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa...alhamdulilah terima kasih ALLAH.

Mari kita bercerita kisah lain pula.
Hari itu aku sefamily pergi ke TMpoint Pandan Indah.

Gambar hiasan.

Ada urusan mengenai Streamyx di rumah aku. Urusan yang perlu di selesaikan di kaunter. Mula-mula sekali sebelum dapat masuk ke TMpoint itu rasanya berkali-kali kami berpusing-pusing mencari tempat parking kereta. Penuh sana sini. Kalau hendak parking sesuka hati memang ada sahaja tempat dimana-mana. Tetapi biasalah kan, van MPAJ sudah berada di situ sedia MENGUNCI tayar pada kereta yang sedang gembira parking sesuka hati mereka. Dan sedang asyik kami masih mencari parking, sudah beberapa kereta sedang DI KUNCI tayarnya oleh orang MPAJ.

Memang perlu berhati-hati kalau hendak membuat parking di area Pandan Indah atau Pandan Jaya kalau di waktu peak hours. Sebabnya MPAJ ini amat prihatin keadaan kesesakkan di waktu tersebut. Mereka memang terus keluarkan saman parking pada tiket yang telah tamat tempoh atau pun sedia mengunci tayar kereta jika di letakkan pada tempat yang tiada line kuning.
Akhirnya setelah berkali-kali pusing dan pusing dapatlah kami tempat parking tetapi agak jauh dari tempat yang hendak di tujui. Kena berjalanlah pula.

Masuk dalam TMpoint, punyalah ramai orang. Rasa macam dekat puduraya pula. Beratur untuk mengambil nombor.

Ahah!!!!! nombor aku ialah 2205 dan nombor masa itu ialah 2125. Berapa puluh punya orang aku kena tunggu...aduhaiiiiiiiiiiiii.
Lastly dekat 2 jam barulah aku dapat duduk di kaunter. Itu pun setelah dalam 30 minit sebelum itu aku sudah penat duduk.....so aku terus pergi ke area depan kaunter dan berdiri-diri sambil bersandar di dinding dengan perut yang boyot kedepan. Yup aku berdiri dan berdiri. Bosan duduk punyalah lama.
Dan dan lagi beberapa nombor ke giliran aku, ada seorang trainee pekerja TMpoint perempuan yang menegur aku. Mungkin dia kecian tengok mak buyung ini. Terus dia ambil borang aku dan selesaikan semuanya di belakang kaunter. Alhamdulilah.
Tapikan setelah 2 jam aku menunggu..ermmm.

Bagi aku lah.........sepatutnya pihak TMpoint menyediakan kaunter khas untuk orang tua, orang cacat dan juga ibu mengandung. Mungkin aku masih mampu menunggu...tapi kecian aku tengok ada orang tua yang turut lama menunggu.
Ialah kan siapa-siapa pun sebenarnya tidak larat untuk tunggu begitu lama....kan.

PLEASE DO SOMETHING TMpoint!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 21, 2009

Aduhaiii...

Sebab ada tiket free..so kami pergi menonton filem ini pada Jumaat lepas.

Sesungguhnya aku tidak sihat
. Asyik muntah dan muntah sahaja. Macam tidak larat untuk berjalan sangat pun. Nampaknya juga nasi sudah tidak sesuai buat aku di saat ini. Perut aku macam sudah tiada ruang untuk nasi. Hendak atau tidak aku perlu makan juga...kan. So aku beralih ke makanan lain. Mee hoon goreng........roti bakar....or whatever.
Aduhhh laparnya perut.

Entahlah, kata En Hendra mungkin aku tidak akan lama lagi akan bersalin. Sebab dia tengok keadaan aku sekarang sungguh 'lembik' sahaja. Due date aku adalah pada hujung bulan Januari 2010.
Aku berserahkan semuanya pada ALLAH.

Tuesday, December 15, 2009

Dari Windows 7 beralih ke XP


Hari ni cite pasal IT lg...seperti biasa platform Windows dirumah bertukar lagi...dr Windows 7 downgrade ke Red XP...saper punya keje tentulah mr Hendra..selalu nk sesuatu yg x membosankan dilihat bila menghadap pc..apapun sila nikmati screen shotnya kat atas tu..... nk cuba dapatkan windows yg canggih munggih penuh ngan gajet boleh le bertanya ngan mr Hubby

by En Hendra.

Monday, December 14, 2009

Pegaga masak lemak cili padi.

My pegaga.

Walaupun batuk batuk lepas itu muntah..hik hik. Keinginan untuk makan tetap ada.
Apa lagi sekarang ini memang aku teringin hendak makan ROJAK dan PEGAGA masak lemak cili padi. Syukur pada ALLAH, alhamdulilah terlepas sudah keinginan aku itu.

Hari sabtu lepas, kami pergi membeli barang basah dapur untuk seminggu. Aku sudah aim untuk PEGAGA. Harapan aku menggunung tinggi. Syok..aku beli 2 ikat sekali. Seikat untuk sekali masak.

Masa on the way balik itu, aku minta En Hendra berhenti tepi jalan berdekatan rumah untuk membeli ROJAK. Sememangnya aku tidak pernah pun membeli di lori-lori kecil itu, tapi sebab sudah 2 kali aku makan rojak sebelum ini, semuanya tidak sedap. Tidak menepati citarasa lidah kelat orang mengandung ini.
Harapan aku kali ini semoga..sodappp.

Aku menyukainya.


Balik rumah masa itu sudah petang, semestinya aku ini kerjanya ialah tidur sahaja sekarang ini. Penat weh...

Lepas maghrib malam itu aku meneruskan rancangan aku untuk masak makan malam. Lauknya ialah PEGAGA masak lemak cili padi dicampur dengan daging.
Minta maaflah jika aku katakan masakan aku malam itu memang sodap...hik hik. Tapikan, aku semestinya tidak boleh makan banyak. Ruang dalam perut aku sudah berkurangan. Walaupun rasa hendak tambah nasi buat kali kedua, tapi aku pertahankan juga. Tidak pasal-pasal boleh bawa muntah nanti.
Aku pasang niat dalam hati, esok boleh makan lagi. Sebab rasanya memang banyak aku masak malam itu.

Rupa-rupanya, bukan aku sahaja yang mengidam yea...En Hendra telah selamat menghabiskan lauk aku untuk malam itu.
Berulang-ulang dia makan malam itu.
Tidak mengapalah, lainkali aku masak lagi.

Thursday, December 10, 2009

Tukar tayar kereta.

Picture selasa minggu lepas. Perut aku berusia 32 minggu.

Masa hari selasa itu, balik sahaja dari kerja En Hendra ajak pergi bengkel kereta. Mulanya malas sungguh aku. Ialah aku ini kalau sudah balik rumah jangan harap hendak berjalan kemana-mana. Dasar pemalas hendak berjalan di waktu perut memboyot ini.

Tapi kan kalau tidak ikut, kecian pula dia keluar dengan Haziq sahaja. So aku ikut sahajalah dengan baju kerja aku. Baju itu aku pun tidak tahu baju apa. Sebab aku ambil baju makcik aku...hikhik.
Mungkin baju punjabi berseluar atau baju jubah berseluar. Dunnolah...
Lawaknya kan masa tidak mengandung aku rasa macam tidak sesuai pakai itu. Tapi bila sudah pregnant begini.....comel sahaja aku pakai baju itu. Sampaikan MYLADY BOSS tegur aku sebab dia duk fikir siapa pula yang pakai baju itu. Dia tengok aku dari belakang. Macam tidak percaya dia melihat makbuyung ini masih ada pinggang (sikit je lah kan) walaupun tengah sarat ini...hik hik.

Kembali pada cerita di bengkel. Kereta aku perlu di tukar tayar baru. Sebiji sahaja iaitu tayar belakang. Akhirnya semua tayar pakai brand good year. Tapi rupanya tayar GY, sudah ada keluaran baru. So bunga tayar itu tidak sama dengan bunga 3 tayar GY yang kereta aku guna. Harga RM115 sebiji. Itu di belakang tempat aku duduk itu, ada tayar murah. Tayar dunlop harga RM88 sebiji.
Lepas itu tukar minyak brek sekali.

Wednesday, December 9, 2009

Macam makan sahur.

Habis semua ini aku makan jam 4 pagi tadi.

Hari-hari muntah. Aduhai...pahit tekak ini seharian di buatnya. Selalunya aku muntah pagi. Lepas mandi aku terus bancuh air panas dan minum. Kemudian barulah bersiap-siap. Akhirnya muntahlah dengan pakaian yang sudah siap untuk bekerja.

Pagi tadi dalam jam 3.30am aku terbangun...ke toilet..sejuk sangat. Lepas itu aku cuba tidur semula. Payah pula mata aku hendak lelap kembali. Pusing sana pusing sini tetiba tekak rasa lain perut rasa lain. Yup..aku muntah. Muntah makan malam aku. Pahitnya tekak, segala angin menolak makanan aku keluar. Memang macam hendak menangis dibuatnya.

Habis itu aku terus minta En Hendra gorengkan hotdog untuk aku. Perut aku sudah kosong. Lapar kembali. Memang lately ini aku sudah tidak boleh makan banyak. Space dalam perut sudah kurang. My baby sudah memenuhi kebanyakan ruang di dalam peruta aku ini. Sudahlah perut belum kenyang, tapi kena berenti makan juga. Kena sambung nanti-nanti. Kalau aku keep makan juga......akhirnya akan muntahlah.

Tuesday, December 8, 2009

Contest Si Manja Berkaca Mata.


Ikuti langkah berikut dan anda berpeluang memenangi hadiah yang pastinya digemari oleh kaum ibu!!
  • Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda.
  • Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik.
  • Nyatakan nama dan umur si manja anda.
  • Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda.
  • Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda.
  • Contest ini akan dinilai oleh Mr Hubby aka Abu Mishkah.
  • Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada 20 Disember 2009.

Pertama kali masuk contest.

Nama - Muhammad Haziq.

Umur - 2 tahun 5 bulan.

baby???


Baby boy


or


Baby girl


???????

Dunno lah sebab aku tidak pergi SCAN langsung. Sorry to say lah, im so tired and my day is full already...ahak.
Tapi alhamdulilah melalui pemeriksaan rutin di klinik kerajaan, baby dalam keadaan baik. Tidak di nafikan baby tersangatlah active pergerakkannya di dalam perut. Sekarang ini baby lebih suka bergerak diwaktu malam atau pun masa aku syok tidur. Memula memang sukar aku menerima keadaan ini sebab masa itulah aku hendak tidur...kan. Lelama sekarang ini aku sudah lali...tendangan macamana pun...aku masih boleh tidur...hehehe.

Back to sex of my becoming baby. Aku teringat tentang ramai kawan-kawan aku yang telah menjadi ibu. Mari kita bercerita mengenai sex of their baby.

Puan Hnn yang berumur 30 tahun - 3 orang anak lelaki

Puan M.A yang berumur 28 tahun - 2 orang anak perempuan

Puan Aln yang berumur 33 tahun - 3 orang anak lelaki dan anak ke 4 perempuan

Puan N.M yang berumur 33 tahun - 3 orang anak lelaki

Puan Hlmh yang berumur 33 tahun - sepasang anak

Puan Hspn yang berumur 33 tahun - 2 orang anak lelaki

Puan Shfz yang berumur 33 tahun - 2 orang anak lelaki

Puan Frz yang berumur 33 tahun - 2 orang anak lelaki

As a result, kawan-kawan aku yang sebaya (33 tahun) mempunyai anak lelaki. Aduhai...

Apa sahaja pemberian ALLAH, sebagai hambanya kita perlu redha. Dan aku meredhai apa sahaja kemungkinannya nanti. Yang paling penting ialah kesihatan anak yang baik...itu yg aku doakan sentiasa...AMIN.

Monday, December 7, 2009

Mood Swings.

Sudah-sudah aku memang kurang sihat since lepas Aidiladha baru ini. Sedangkan jam 4am tadi aku bangun untuk makan panadol. Minta En Hendra yang ambilkan. Sungguh tidak sedap badan rasanya. Dan aku tabahkan hati badan perasaan dan segalanya untuk ke office hari ini. Pagi tadi aku sudah melangkah pun keluar rumah.........tapi aku masuk semula. Aku muntah...yup..memang biasa pun aku masih muntah pagi. Memang kandungan sudah masuk 8 bulan lebih. Tapi begitulah...muntah pagi tetap ada..habis segelas air aku minum untuk breakfast.

Jadinya bila aku on YM aku......cepat sahaja ada YM masuk tanya aku dimana. Aku jawab aku ada di office lah.
Katanya student asyik mencari aku. Ialahkan aku ada kelas pada jam 12 pm. Bukannya jam 10 am.
Soooooooooooo tidak akan lah aku hendak MELEKAP kan diri di kerusi aku ini tanpa tidak bergerak kemana-mana pun.

Tahu tak siapa yang duk banyak mulut aku pasal student duk cari aku...........tu hah puan KERANI!!!!!!!!!!..
Sudah kerja tu memang di kaunter itu. Masalah sendirilah kena layan students banyak songel itu. Kalau tidak mahu layan students.......tu hah...pi la duduk tempat BOSS aku tu.....
Students yang mengada-ngada. Pemalas hendak baca notice yang aku sudah tampal pada bulan SEPTEMBER lagi. Aku di BEBEL oleh puan KERANI...
Position aku ini bawah lagi dari kerani ke???????

Aku memang tidak suka JAGA TEPI KAIN SIAPA-SIAPA PUN...TAPI KALI INI MEMANG AKU GERAM SANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..Sorry lah yea puan kerani.
Tapi sekarang ini aku sudah stabil. Lagi pun MY LADY BOSS faham perangai-perangai students. Alhamdulilah.

Tuesday, December 1, 2009

Kuala Pilah digegar gempa bumi - utusan malaysia

KUALA PILAH 30 Nov. - Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi memberitahu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur Seremban.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada gegaran kuat dirasai penduduk sekitar akibat gempa bumi itu.

Sementara itu, beberapa penduduk di sekitar Taman Pemarak, Tanjung Ipoh yang ditemui pagi ini mengesahkan berasa gegaran kecil di kawasan kediaman mereka dalam tempoh beberapa saat.

Zainudin Adam, 75, berkata, dia terjaga daripada tidur dan dapat merasakan gegaran pada waktu itu.

"Saya tinggal seorang diri di rumah pada waktu itu dan tersedar apabila katil tiba-tiba bergoyang sedikit.

"Kejadian itu berlaku beberapa saat dan selepas itu suasana kembali senyap," katanya.

Kejadian itu adalah yang pertama melanda daerah yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan.

Selain Kuala Pilah, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 Richter turut dilaporkan di Kepulauan Mindanao, Filipina pada pukul 4.09 pagi ini.

Dalam pada itu, seorang pesara guru, Bachik Othman, 68, pula memberitahu, dia mula menyedari berlaku gempa bumi kecil itu apabila anaknya dari Kuala Lumpur menghubunginya hari ini.

Khairuddin Abd. Rahman, 61, pula memberitahu, dia tidak menyedari berlaku gempa bumi lemah di sini dan hanya dimaklumkan oleh jiran pagi ini selepas mendengar hebahan di radio.

"Mungkin gegaran itu terlalu kecil menyebabkan saya tidak sedar ia berlaku," ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di taman perumahan itu dan sekitar kawasan Tanjung Ipoh mendapati, keadaan tenang dan rata-rata penduduk tidak sedar kejadian itu berlaku awal pagi ini.

Tiada kemalangan jiwa atau keretakan berlaku di kawasan itu, malah belum ada laporan dibuat oleh penduduk di Balai Polis Tanjung Ipoh berhubung kejadian tersebut.

Im not feeling well..

Semalam aku demam. Akhirnya aku yang paling last dirumah sakit juga. Dugaan ALLAH sungguhkan. Sudah-sudahlah aku tidak berdaya membawa PERUT yang sudah MEMBULAT kedepan.

Alhamdulilah Haziq sudah sihat cuma ada sedikit batuk dan selsema sahaja. Minggu lepas Haziq dekat hendak seminggu juga demam tapi waktu malam sahaja. Tetapi mama baba Haziq masih pening-pening lalat lagi.

Malam tadi barulah aku makan panadol sebiji. Bukan apa, aku tidak pasti kalau pregnant boleh makan panadol atau tidak mulanya.

Mungkin aku tidak sihat ini akibat terkena hujan pada petang hari raya lepas. Mungkin juga kerana makan terlalu pedas PEGAGA masak lemak cili api.
2 hari sakit tekak. Hari Ahad kena mild selsema dan batuk. Hari isnin demam dan hari ini aku gagahkan sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails