Followers

Saturday, November 6, 2010

Kew Tiow kerang

Lepas selesai beli barang dapur di Tesco dan juga selesai membeli stroller Haifa di Jaya Jusco Taman Maluri, aku ajak hubby pergi makan-makan. Masa itu sudah lewat malam. Lepas jam 11pm kalau tidak silap aku. Aku suggest pergi makan di Kg Pandan sahaja. Bayangkan sudah 10 tahun aku duduk di Pandan Indah, inilah kali kedua aku makan di situ. Bukan apa, tempat itu macam ramai orang 'luar negara'. Kalau hendak makan sendiri-sendiri dulu masa bujang memanglah takut..kan
Kedai memang banyak, berderet-deret. Tempat itu kira macam kedai di RnR. Panjang gitu. Kami pilih secara random sahaja, kedai mana untuk duduk dan makan.
Kalau tidak silap kami pilih kedai no 15, sebab aku nampak ada menu kew teow kerang, ini my fav aku..ever gitu.
Walaupun mee nya basah, aku makan juga sebab mmg fav aku kan.
Tapi sebenarnya aku suka kew teow yang kering gitu.
Hubby makan nasi goreng kg. Minuman teh ais dan kopi o aku punya.
Order tidaklah lama sangat, biasa-biasa sahaja.
Aku puji makanan memang best, sedap rasa cukup.
Dan murah, total out semuanya ialah RM 9.70 sahaja
Alhamdulilah
p/s looking forward akan kesitu lagi. layanan pun best.

Nasi goreng kg, siap dengan sup dan sambal belacan

Closed up

Kew Tiow aku ada sotong, kerang and udang besar seketul 

Sudah cukup cili padi di mee, siap juga bagi lagi cili potong...waduh waduh
Portion besar, hubby yang tolong habiskan

4 comments:

Ina Hashim said...

rupa kueteow tuh cam char kueteow je sbb basah...tapi janji sedapps
haziq n haifa bole tahan mata berjaga malam eh? kalo alysha paling lewat pun kol 10 tido..si firas lagi lah...plg lewat jam 9 lebih dah tido

Ms Haslina said...

a'ah kan kak..macam char kue tiow kan...
mmg sodap..

anak2 saya tu kak..takt jam 1am masih kuat lagi matanya..mengikut kami kalau tidak tidur lagi..
tapi bangun pun lewat gak kak..

mcm anak kakak saya sama cam alysha n firas tu kak..
tidur awal..

~ain said...

lamanya tak mkan kuew tiaw kerang! nom nom nom!

Ms Haslina said...

ain - apa lagi...jom pekena sekali...
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails