Followers

Tuesday, November 23, 2010

Klinik Gigi Arasu


Semalam aku cuti. Temankan hubby pergi klinik gigi. Memang tiada buat appointment pun. Masa pergi klinik pertama. Ada ramai gak orang. Tanya di kaunter, beritahu ada 2 orang Doc on duty, tapi orang ramailah pula. Malas hendak menunggu. So kami pergi ke klinik yang lain pula. Alhamdulilah tiada orang. Waima terus buat registration.

Sebenarnya masa hari Ahad sebelumnya, kami sudah buat survey. Kalau tidak silap ada 5 buah klinik gigi di Pandan Indah ini. Dan cuma satu sahaja yang buka until 4pm on Sunday iaitu klinik yang aku pergi ini Klinik Arasu.

Sebab tiada orang, maka hubby terus masuk jumpa Doc. Tetap sebelum itu perlu tunggu Doc datang dalam kurang 20 minit tidak silap aku.
Dan sepanjang aku berada di klinik, memang tiada orang pun. Bagus..hikhik.
Hubby cabut sebatang gigi geraham. Dan tampal 2 gigi geraham juga. Sekarang ini kalau tampal gigi guna simen putih.
Dulu-dulu akunya gigi di tampal dengan simen hitam. Cuma ada gigi depan aku dulu itu ditampal dengan simen puith.

Waima bila tiba masa membayar. Jangan terkejut, total out bil ialah RM 310.
RM 110 untuk cabut gigi dan ubat.
RM 200 untuk tampal 2 gigi guna simen putih

 The bill

Mahalkan, tapi yang penting hubby sudah tidak menanggung sakit gigi lagi. Kalau tidak jenuh pipinya di tampal dengan koyok sebab menahan sakit gigi.
Alhamdulilah Allah bagi rezeki lebih pada kami.

p/s hatta aku baca news semalam. di malaysia ini jenis hutang kad kredit tertinggi ialah bil hospital swasta. ialahkan, semua orang hendak masuk hospital swasta, selesa, tapi bayar bil guna kad kredit. bila part hendak bayar di kad kredit sudah tidak mampu.
lainlah kalau company tempat bekerja atau insuran yang tanggung pembayaran bil hospital.

kesimpulannya, kalau tidak mampu, pergilah hospital kerajaan.
lagipun hospital kerajaan sekarang sudah tidak macam dulu lagi.
aku ini dua kali bersalin di hospital kerajaan.
aku recommended lah, terutama hospital kuala pilah.
;))

8 comments:

ciek niena said...

hospital kerajaan pom ok je.. skung ni servis da laju.. hospital sultanah bahiyah pom dah xyah tunggu sampai setengah hari cam dulu.. hihi

Ms Haslina said...

mmg dik niena..masa berubah perkhidmatan kerajaan pun sama berubah..
;))

Atia Adina said...

hah ???hospital kuala pilah????atia dulu lahir kat situ gak....ni adik dia yang bakal lahir bulan satu ni pun...Insyaallah...kat situ gak

Ms Haslina said...

saya ni mmg org kuala pilah..tu yg hari tu bersalin anak kedua di kg..saja minta cuti awal..tp la nie kerja dan duduk di KL lah..

mmg saya suka servis di situ...dulu kat HUKM punyalah byk kena jahit masa bersalin ank pertama..tp di pilah cuma jahit 1 jahitan shj..
lepas tu saya ambil bilik sorang..

duduk kuala pilah ke?..org pilah ke ni?

oya said...

dah improve ek gomen..ok la tu

Ms Haslina said...

a'ah...bagusss...

aliaaroslan said...

skrang hospital gomen banyak dah improve. mama saya pon suka pegi sebab memang pakar semua bidang ada.

kat UK ni payah betul nak cari yang private. almost none. huhu

Ms Haslina said...

betul betul tu..

oh ye ke alia...bagus tu kan....
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails