Followers

Tuesday, November 9, 2010

SCR5 - color black

Malam Jumaat lepas kami ke Jusco Maluri. Seperti perancangan yang asyik tertangguh dari hari Sabtu sebelumnya, hasrat di hati adalah untuk membeli stroller untuk Haifa. Ialah sebelum ini Haifa sentiasa dekat dengan hubby sebab di sling sahaja kalau keluar. Maka sudah tiba waktunya Haifa ada stroller pula. Pening juga kepala hendak pilih stroller. Ialahkan, banyak perkara hendak di fikirkan. Saiz stroller semestinya, harga juga perlu dikira-kira sama.
Keluasan bonet kereta pun perlu sesuai dengan saiz stroller. 
Sekarang ini memang ada dua strollerlah termasuk Haziq punya sekali.
Setelah di fikir-fikir, maka kami setuju belikan Haifa stroller Sweet Cerry ini. Siap boleh tidur sekali dengan selesa. Umur sehingga 4 tahun. Haziq siap boleh berdiri ditempat letak kaki di belakang, sambil kami menolak stroller. Ok gak.
Lagi, seat stroller ini boleh diangkat dan di pusingkan ke arah belakang. So kalau Haifa tengah tidur, bolehlah dialihkan kearah aku yang sedang menolak stroller. 
Haifa dengan kereta baru.
Abang Haziq berdiri di belakang.

Haifa sudah tidur..nyenyak gitu.

Mesti ada sahaja mainan yang hendak di suruh beli 
kalau shopping barang dapur di Tesco.

8 comments:

Atia Adina said...

mainan tu sama macam saya punya lah....kawan ibu bg masa arijadi saya ari tuh

~ain said...

stroller hitam bagus.. tak mudah kotor kan? heheh

haslina said...

atia - o ye kea...mmg bagus. ada macam2 utk di belajar..
;))

ain - a'ah...klu kotor leh lap semula..

mahira oya said...

best3...

haslina said...

mahira - hikhik..tq tq

aliaaroslan said...

hitam itu menawan

maidatul said...

Seronok ya dua beradik tu dapat apa yang mereka nak... ;)

haslina said...

alia - a'ah..menawan dan simple..tp mmg satu color je yg ada..maka tiada pilihan color pink utk haifa
;))

akma - alhamdulilah...
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails