Followers

Thursday, March 31, 2011

Rilex dulu...

Aku memang free hari ini. Terus terang gitu.
Kan aku sudah citer aku sudah siap barang kerja yang perlu di siapkan. Maka kalau aku terus maju kedepan menyiapkan yang orang lain masih belum buat. Sudah-sudah aku 'hebat' pula nanti. So aku cuba sama-sama 'jalan kaki' supaya sama-sama lambat.
Hik hik, boleh gitu pula kan.
Tapi aku tahu aku ini, sudah-sudahnya aku buat juga. Kan baguih siapkan kerja awal. Kelak nanti aku juga yang senang.
;))

Namun petang-petang sepi ini aku sudah macam penat. Bukan apa, penat sebab tidak buat kerja. Duduk 'melepak' sahaja. Baby dalam perut pun asyik tendang-tendang sahaja dari tadi. Boring tahu mama dia duduk rilex sahaja. Mesti baby cakap ' mama ni tak kerja ke?'
Kalau di rumah syiok juga sebab boleh tidur baring atas katil ditemani aircond sejuk menderu.

Aku tidak tahulah orang lain. Bagi aku dan suami lately ini rasa memang panas sahaja kalau menjelang malam. Alhamdulilah rezeki dapat beli air-cond  masa pregnantkan Haifa dulu. Oleh itu tidur malam kami indah di selimuti udara nyaman.

Rilex macam Haifa

5 bulan 2 minggu

Alhamdulilah perut aku sudah masuk 22 minggu@5 bulan setengah.
;))
Gambar perut kedepan memang ada sudah taken, tapi asyik terlupa sahaja hendak upload dalam komputer. Ialahkan disamping layan anak-anak kalau dirumah, kena gak layan tv. Hikhik.
Layan suami, ermmm part citer dalam kelambu tidak perlu citer dengan orang, kan.

Selera makan aku, masih begitu lagi. Masih memilih kalau hendak makan. Mesti confuse, kan. Selalunya kalau orang pregnant ini semua benda hendak makan. Tapi memang dasar pemilih ditambahkan cerewet lagi. Makanya selalunya itu-itu sahajalah yang aku makan hari-hari.
Sebab itu juga orang tambah confuse tengok aku duk layan pakai baju kurung lagi sekarang ini. Alhamdulilah Allah kurniakan aku perut yang sedang-sedang gitu. Tidak terlalu besar syukur.
Part best lagi ialah, aku boleh pakai baju kurung aku yang memang masih nampak baru lagi tapi sudah lama buatlah.
Asalnya bila tidak pregant aku ini harap maklumanlah, memang berisi comel gitu.
Makanya masa pregnant adalah masa aku pakai semula baju yang memang masih baru lagi itu. Jimat jimat.

Lupa pula, berat aku sekarang ialah 64.5kg. Kalau tidak silap aku, berat time tidak pregnant ialah lebih dari berat itu.
Satu lagi perkara, orang cakap kalau gemuk susah hendak pregnant. Entahlah, setakat ini aku memang berat 66kg kekadang lagi 65kg gitu-gitulah. Tinggi aku pula cuma 153 sahaja.
Namun alhamdulilah, Allah permudahkan juga semuanya. So kepada yang set-set berisi macam aku ini dan yang telah berkahwin jangan risau sangat ye. Insyallah kalau badan memang sihat potensi untuk mengandung itu tetap ada.

Hatta katanya perut kecik tapi perut aku untuk umur kandungan sekarang adalah lebih besar berbanding masa mengandungkan Haziq dan Haifa.
Ntahlah malam tadi aku cakap dengan hubby yang macam sudah lupa macamana rupa Haifa masa baby baby. Ialah, boleh memang tidak ada picture Haifa masih baby yang di cuci. Ambil gambarnya punyalah banyak.
Ish ish, perangai sungguh kami ini.
;((

Pelik bin ajaib kan.

Pelik bin ajaib kan.
Macam-macam alasan orang boleh bagi gitu bila kerja tidak boleh siap dalam masa yang di tetapkan. Yang best lagi boleh buatkan alasan untuk orang lain sekali gitu. Hebat hebat memang hebat.

Kalau si A tidak siap kerja. Ooo boleh bagi alasan. Anak-anak dia kecik lagi. Suami dia kerja jauh. Kononnya alasan itu sudah cukup kukuh. Walaupun si A orang muda belia, baru masuk kerja tidak sampai setahun lebih pun.

Hatta di kaji semula.
Tidakkan si A itu duduk bersama emak dan ayahnya. So automatik still parent dia boleh bantu tengokkan anak-anak dia while dia siapkan kerja menimbun itu yang tidak dapat di siapkan di pejabat dan terpaksa di bawa balik kerumah.
Boleh kan gitu.
Kalau guna alasan lagi. Tidak mahu buat parent as 'kuli' kononnya. So kerja-kerja office tidak boleh di bawa balik kerumahlah.
Bagi aku kalau niat di hati kao memang hendak buat kerja secara mulia dan sebagai pekerja sejati. Tidak pernah salah minta parent bantu 2 - 3 jam gitu.
Walhal waktu tidur kao pun masih boleh di pendekkan sekiranya kao itu seriusly dengan tanggungjawab kao di office.

Kalau si B siap kerja awal. Tetap ada juga alasan yang sedia ada meluncur keluar dari mulut si C. Ooo dia itu bujang. Tidak ada komitmen apa-apa. Bila-bila masa di mana jua dia bebas menyiapkan kerjanya.

Chiit sungguh.
Apa hingat orang bujang tidak ada masa untuk bersosial ke?. Aku pun pernah bujang. Itulah kan, kalau part kerja lebih mesti hendak bagi pada orang bujang. Kenapa ek?
Bagi aku orang bujang yang sepatutnya di beri masa lebih lagi. Bagi mereka peluang untuk memcari teman hidup. Kenal orang sana sini.
Hatta lepas itu harap-harapnya dapatlah mereka peluang untuk merasa nikmat hidup orang berumahtangga amin.

Kalau aku pula. Alhamdulilah aku memang siapkan kerja aku awal. Tapi tidaklah awal bebenor. Cuma aku alertlah dengan due date gitukan.

Hendak tahu apa alasan untuk aku pula.
Oooohoi kao itukan ada suami  ringan tulang. So citer-citer di rumah suami kao boleh tolong.
Whatdehexx!!! sungguh.
Apa kena mengena laki aku dengan kerja aku???.
Pada halnya, tidak pernah zaman aku buat kerja office di rumah.
Aku cuba sikit-sikit waktu di office untuk siapkan kerja aku.
Untung akulah dapat rezeki suami baik macam itu. Yang kao dengki pehal!!!!!!!!!!!!.

Hatta tambah citer lagi. Yang anak-anak aku umur 3 tahun lebih dan 1 tahun itu, memang budi bahasalah ya. Senyap tidak berlagu langsunglah diaorang itu.
Kononnya kalau anak orang lain umur gitu, kiranya asyik hendak di layan 24 jam ke?.

Citer lagi, habis itu perut aku yang sudah boyot ke 5 bulan lebih lebih ini. Kiranya cool gitulah. Sihat alhamdulilah sungguhlah.
weh weh weh!!!!

Lagi hendak tambah alasan, kerja orang itu ini lebih berat dari aku. Maka dia orang memang perlu lebih masa.
Weh cuba timbang tara ke dalam sikit.
Fikir dari segi gaji kelulusan belajar tinggi rendah bagai.
Berpadananlah workload kerja kao lebih berat dari aku.

Mungkin kao terlupa...kan.
Apanya hingat gaji hendak lebih tapi kerja hendak sama. Weh lagi...rezeki itu bersamaan dengan salary yang kao dapat.
Baru adil dan baru terasa nikmatnya.

Sebab perkara slash macam ini dari aku driving balik kerja until aku hendak tidur. Ia berlegar-legar keras di kepala aku. Aku jadi senyap kejap, sampai menung di buatnya bila di fikir.


Memang aku rasa lega sikit lepas luah di sini. Sebabnya aku bengang. Sudah lama gitu.
Bagi akulah walau apa alasannya, kao di bayar gaji setimpal dengan kerja kao. 
Fikir-fikirlah dalam cara laksanakan kerja tanggungjawab kao itu.  
Lagipun HENDAK SERIBU DAYA TIDAK MAHU SERIBU DALIH. 

Wednesday, March 30, 2011

kuih Pelita


Tadi pagi aku pergi bank. Alhamdulilah orang tidak ramai. So urusan dapat di selesaikan cepat. Lepas itu aku terus ke restoran@kedai makan di sebelah bank itu. Cadangnya memang hendak membeli kuih sahaja. Ialah masih pagi lagi gitu.
Mula-mula ternampak nasi ayam, terus aku tapau untuk lunch. Harap makluman, aku memang payah sikit untuk mencari selera untuk makan kalau time pregnant ini. Makanya, bagi aku order bungkus nasi ayam untuk makan tengahari.
;))

Lepas itu aku terus ke bahagian kuih muih.
Aduhai sedapnya aku tengok ada jual kuih pelita ini. Aku pasan, hubby pun suka kuih ini. Hatta aku beli bungkus untuk makan di rumah nanti.
Ialahkan, payah juga hendak terserempak dengan kuih ini kan gitu.
Best gak lagi sebab ada kuih pulut panggang juga.
Suka suka dan suka.

Tuesday, March 29, 2011

tanda dan tanda lagi

contoh gambar sahaja kertas exam

Alahai hendak bergumbira berlebihan, harap maklum memang tidak boleh. Sebabnya sekarang ini tengah 'bergelut' menanda paper exam yang sedia ada di atas meja.
Insyallah hari boleh siapkan dan boleh key in markah sekali. Harapnyalah.
Alhamdulilah aku cuma ada dua subjects sahaja with 3 classes. Berbanding sebelum ini aku ada 4 subjects with 7 classes.
So sebab ibu mengandung ini mengalami alahan teruk January lepas. Makanya Dean berbesar hati mengurangkan workload mengajar aku.
;))
Student totalnya ada 90 orang sahaja gitu.
Selamat menanda.

Saturday, March 26, 2011

Zoo Negara - Park B

Gate Park B

Parking Lot - RM 4.25 per entry

Sabtu, 19 Mac 2011 lepas kami ke Zoo Negara. Punyalah plan jadi macam tidak jadi sebab dari pagi mendung sahaja. Hatta semangat membara juga di hati untuk ke sana. Kami teruskan juga. Lagipun Haziq memang teruja sangat hendak tengok lion, tiger and elephant.
Memandangkan cuti sekolah lagi masa itu, sahlah parking semuanya penuh.
Pertama kalinya aku masuk parking B ini. Tidak pernah aku tahu pun adanya parking ini. Tempat ini tidak jauh pun dari parking utama.
Oklah, masuk-masuk terus ke zoo ikan.

Please jangan tanya aku tentang harga tiket. Sebabnya kakak aku yang belanja kami reramai hari itu.
;))

Friday, March 25, 2011

Baru gitu

Semalam aku cuti 1 day. Banyak perkara perlu di selesaikan. Alhamdulilah semua settle, sempat shopping baju Haziq dan baju tidur Haifa.
Wokies, tidak sempat update banyak sebab kertas menimbun perlu ditanda.
Students baru habis exam.
;((

Pandai-pandai gitu Haziq posing bila hendak ambil gambar baju baru.

Posing lagi

Warna kuning ini terketat dengan Haziq. Perlu tukar semula

Baju tidur gaun gitu untuk Haifa

Kalau Haifa pakai until paras betis baju ini.........comel gitu
;))

Wednesday, March 23, 2011

to my dear hubby

Peace and be cool dear
;))

Tuesday, March 22, 2011

Super Soy Milk

Masa pregnant dulu korang minum apa ek untuk kalsium dalam badan?. Masih ok ke minum susu tepung itu?. Tidak loya ke?

Free shake bottle untuk 300ml 

Harap maklumlah kalau pregnant mesti minum air susu. Untuk penambah kalsium dalam tulang. Hatta aku tidak boleh masuk air susu maka aku bertukar ke minuman soya. Dulu masa mengandungkan Haziq, aku minum susu Marigold dan fresh oren Feel Fresh. Masa Haifa pula aku minum air Soya Drinho. Kali ini aku cuma kembali minum seperti dulu-dulu.
Erm, tapinya kan. Aku lebih particular sikit kali ini. Aku cuba minum HomeSoy. Alih gitu aku perasaan yang kandungan gula boleh tahan juga dalam minuman itu. Maka aku berenti minum.
Lepas itu aku sudah feninlah, apa yang aku hendak minum ini. Stress betul.
Takat milo kosong itu memang sudah rutin aku hari-hari.
Cari-cari aku jumpa minuman Soya brand Super. Kandungan gulanya memang rendah juga dari HomeSoy. Dan yang paling aku suka, minuman ini berasaskan tepung dalam peket gitu.
Bestnya lagi, Super siap bagi free botol shake untuk bancuh minuman ini.
Azalinya aku memang minum air kurang manis, maka suka-suka aku sahaja tuang air banyak dalam bancuhan soya ini.
So minuman jadi banyak sikit. hikhik.
Lovely.
Harganya kalau tidak silap aku ialah RM13 lebih gitu. Ada berapa peket dalam itu, aku tidak ingat. Aku beli masa itu di JJ.

Kandungan kebaikan

Minuman berasaskan serbuk soya

Monday, March 21, 2011

MAJU EXPRESSWAY - MEX


Hari Sabtu lepas kami ke KL. Ada agenda ke bersama family kakak aku. Aku ini macam biasa sahaja, mesti terhegeh ikut MRR2 yang jemming tiada berentinya itu. Tapi kakak aku yang keja di KL itu suruh aku ikut highway MEX. Erm, tidak tahu den pasal jalan itu.
Sudah itu yang terbaik, aku pun ikut sahajalah. Kami masuk exit berdekatan Bukit Jalil. Tidak sampai beberapa minit kami sudah sampai di exit Jalan Tun Razak. Peh syyioknya. Dekat sungguh perjalanan kami dari Puchong ke KL.
Kereta pun tidak banyak. Bayangkan berapa banyak jalan sudah di potong sekiranya mengikut highway ini.
Toll pun hanya RM1.50.
Jimat masa sungguh-sungguh.

Highway ini adalah bermula dari Jalan Tun Razak yang berdekatan RHB building dan bulatan Kg Pandan. Dari situ boleh juga ke Cyberjaya, Putrajaya (within 20 minit) dan Kuala Lumpur International Airport (within 30 minit).
Highway ini mula di gunakan pada penghujung tahun 2007. Sudah lama gitu, kan. Aku baru tahu sebab aku baru duduk Puchong ;))

Aku ikut exit di bawah ini untuk ke KL.

Friday, March 18, 2011

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa...



Ada orang bagitau aku yang jelingan mata Haifa sama macam aku. Erm, tapi bila aku tengok-tengok, rupanya Haifa ini memang ANAK BAPAK rupanya.
Cuba tengok pictures diatas. Kan sama gitu.
Tapi sudah kuasa ALLAH, yang Haziq memang iras ke aku dan Haifa pula iras ke mana ek?. Hikhik. Emak aku cakap dan juga makcik-makcik aku juga bagitau, Haifa ada iras maca arab gitu. Erm, tidak kisahlah kan. Mana-mana pun boleh.
Part rambut yang bergulung itu, Haifa turun dari abah aku. Kebetulan the only two cucu abah aku memang dapat rambut yang bergulung cantik gitu.
Kira macam buat kerinting di salon gitunya.

Haifa sekarang baru tumbuh gigi yang ke 5 batang. Punyalah lama hendak tunggu gigi ke 5 tumbuh. Cian gitu aku tengok gigi 4 batang itu sahaja.
 ;))

Part berlari memang tidak perlu ceritalah anak dara ini. Laju sungguh. Ialah Haifa start berjalan seawal 9 bulan gitu. Sekarang umur Haifa sudah masuk 1 tahun 1 bulan.

Bercakap pun baru pandai sebut 'mama', 'baba' dan semua perkataan dia sendiri yang faham. ;))
Lagi satu suara Haifa ini punyalah nyaring sungguh. Kalau menangis, aduhai kena tahan telingalah juga mendengarnya.

Masih takut dengan orang termasuk family aku sendiri. Hari itu pun punyalah semua orang hendak mendukung dia, tapi dia duk nangis tak mahu. Kecian aku tengok emak abah, rindu hendak peluk cium cucu bongsu buat masa inilah kan.

Thursday, March 17, 2011

BEN10


Happy gitu muka Haziq dengan cadar baru BEN10. Ialah, kami tengah pujuk Haziq tidur di bilik sendiri. Upahnya ialah cadar baru.
;)) 

Wednesday, March 16, 2011

10 years


Alhamdulilah semalam 15 March 2011, genap 10 tahun aku berkhidmat di sini.
;)) 

on the road from PD to Melaka


Lepas seronok main pasir pagi Ahad itu, 6 March 2011 kami ke Melaka. Ialah, apa saja aktiviti yang hendak dibuat di PD bagi akulah, melainkan mandi manda sahaja.
Cadangnya hari Ahad itu kami hendak melawat ke mana-mana muzium di PD. Namun aku beritahu hubby, rasa macam malas hendak keluar dari kereta tengahari gitu. Panas betul masa itu.
Lagi syok kita berjalan dengan duduk dalam kereta sahaja.
Sebelum bergerak itu sempat kami lunch dulu berdekatan Petronas di PD. Kedai yang sebelah kedai bundle dan kedai buah.

Pertama kali-kalinya kami akan ke Melaka mengikut jalan lama. Ikut jalan dari PD then terus ke Lubuk China dan terus lagi. Memang aku tidak tahu pun jalannya macamana. But kami ikut signboard sahaja.
Tapi kelakarnya aku ini duk cakap dengan hubby.
Adakah kita akan termasuk jalan ke Merlimau nanti ni ye?. Sebab hari Ahad itu ialah hari mengundi. Sah-sah mesti jem teruk gitu. Risau juga. Sehingga sampai Melaka, aku tetap tidak boleh imagine di mana sebenarnya location Merlimau itu.
Perjalanan kami petang itu full dengan permandangan rumah orang Melaka sahaja di kiri dan kanan.
Ada satu tempat ini, aku perasaan punyalah banyak kereta berenti tepi jalan. Padahal kawasan itu ialah kawasan kelapa sawit.
Rupanya ada macam gerai Nasi Arab di situ. Penuh orang makan dalam kawasan itu.
Sedaplah agaknya itu.

Kelakarnya sebab aku dan hubby memang fail hendak ingatkan map Melaka aka geografi zaman sekolah dulu. Sudah-sudahnya kami melayan sahaja perjalanan hari itu. Harapan moga selamat juga sampai di Melaka akhirnya nanti.
Namun dekat 3 kali juga hubby berenti kereta untuk bertanya jalan dengan orang kedai.
Alhamdulilah, dekat 2 jam barulah kami sampai di Melaka. Aku ingat kami gerak dari PD dalam 12 lebih dan sampai di Melaka dekat jam 3pm.
Punyalah lama gitu kan. PD to Melaka.
Tapi itulah pengalaman pertama kami ikut jalan lama. Cukuplah sekali ikut jalan itu, sebab kalau hendak balik semula. Confirm aku tidak ingat jalannya. Entah berapa kali belok entah.
;))
Malam itu kami balik semula ke hotel di PD ikut highway sahaja. Senang.
Bagi aku cukup enjoy menikmati perjalan masa pergi petangnya. Ialahkan, berdua dengan hubby sahaja.
Haifa dengan Haziq memang tidur sepanjang perjalanan.

Tuesday, March 15, 2011

TV pun 'penat'

Semalam MC. Aku perasaan semenjak masuk kandungan 5 months ini, aku mudah letih. Ialah, hari Jumaat satu hari duty di PWTC. Itu memang tidak penatlah, tapinya perjalanan pergi dan balik yang penuh dengan jamming di jalan raya yang membuat aku penat amat.
Hari Sabtu pula almost all the time dengan family aku di rumah kakak. Penat melayan Haifa yang tidak mahu dengan sesiapa pun. Asyik merengek sahaja. Padahal semua orang hendak bermain dengan dia. Terumata abah aku yang cukup rindu pada cucu bongsu comel ini.
Hari Ahad,erm aku kerja gitu.
Penat dan penat lagi.


Malam tadi kami ke Pandan lagi. Menghantar TV untuk di baiki. Biasalah anak-anak aku, kerjanya picit sana sini remote tv itu. Makanya memang kesemua 3 tv di rumah aku telah selamat rosak.
Lagipun hendak buat macamana, namanya pun budak-budak.
TV kenit satu itu, memang sudah tamat riwayatnya.
TV satu lagi baru seminggu dua ambil dari kedai repair.
Kali ini hantar pula yang besar punya TV untuk di baiki.
;))

Sunday, March 13, 2011

Gulai Betik

Masak Lemak Cili Api Betik - pic ehsan internet

Alhamdulilah Jumaat baru-baru ini my parent dan juga family abang sekali datang ke KL. Semuanya tidur rumah kakak aku di BK5.
Aku pula sempat jumpa diaorang waktu malamlah. Lepas berjem-jem dari PWTC sebab aku on duty sempena MARA Education Fair,aku sampai rumah dekat jam 8 lebih. Selesai makan bagai, kami ke rumah kakak.
Tidak perlu cerita panjang, aku kepuasan sebab dapat merasa masakan emak dan juga kakak ipar aku.
Emak masakkan macam-macam untuk semualah.
Gulai Ayam, Kari Daging, Ayam Goreng dan Sambal Goreng. Siap dengan nasi sekali emak bawakan.
Mahu 2 ke 3 hari tidak perlu masak lauk lepas ini.
Alhamdulilah.
Yang bestnya ialah Gulai Betik by my sister in law.
Peh podeh gilos.
Lagi kunyit tu sudah jadi macam color oren.
Pure sungguh masak N9, semua bahan-bahan ori.
Memang kakak ipar aku tahu ataupun mungkin abang aku ingatkan supaya masakkan aku lauk itu. Ialah orang pregnant ini memang mesti teringin punya.

Thursday, March 10, 2011

Presents

Story ini sudah berlalu semasa birthday Haifa Cassandra pada bulan Januari lalu. Tapi bagi aku semestinya kisah begini di abadikan dalam blog cinta merah aku ini.
;))
Picture pertama, hadiah yang diterbangkan jauh from Tawau dari auntie Juwita. Sungguh wangi dan semestinya ori gitu.
Thank you dear.





Lepas itu pula hadiah dari kami pada Haifa. Beli di Ikea. Punyalah dengan keadaan aku yang masih mabuk mual tidak kesudahan masa itu. Gagahkan juga bersesak di situ semata mencari hadiah buat princess cantik ini.

Haifa tengah syiok tengok mainan. Memang macam tidak sabar gitu.

Testing main

Bila anak sudah dua, untuk abang Haziq pun tetap ada hadiah sekali. Hatta sebenarnya setiap kali keluar, memang rasanya ada sahaja mainan untuk Haziq. Cuma Haifa ini, kami tidak berapa pandai untuk memilih mainan untuk perempuan.
;(
But in the end, ok lah. Adik beradik ini pandai juga kongsi-kongsi mainan.
Tapinya lagi, harus Haifa memang suka kacau abang Haziq tengah main.

Haziq tidur sepanjang dalam Ikea

Happy dapat train idaman

Wednesday, March 9, 2011

Besar tu?

Aku tidak ingat bila minggunya gambar dipetik dari HP ku. Mungkin 2 - 3 minggu yang lalu. Masa kandungan sudah melepasi 4 bulan lebih. Mungkinlah.
Perut aku besar?.
Erm memang ada orang tegur begitu. Hatta harap maklumlah ya, sebelum pregnant pun memang perut aku sudah 'besar'. So kalau pregnant semestinya kebesarannya lebih jelas ternyata.
Hahaha.




Seronok main pasir

Alhamdulilah kami sekeluarga selamat bercuti baru-baru ini. 3 hari 2 malam gitu.
Destinasi cintanya ialah PD dan juga ........ Nanti cerita pula destinasi kedua dimana. Hatta baru hari ini aku masuk kerja, makanya adalah beberapa kerja-kerjaan yang perlu di buat kan.
Semalam aku ambil MC. Penat sangat-sangat plus badan pun rasa tidak sedap gitu.
Tapi hari ini aku sudah sihat, alhamdulilah.
Cerita tetap cerita kisah seronok percutian kami, tapi pendek sahajalah.

Sila lihat anak-anak aku bermain pasir di pantai. Macam tidak pernah jumpa pasir sungguh gitu. Kalau Haziq siap tidak mahu mandi lama-lama pun. Kerjanya ialah hendak bergelumang dengan pasirrrr sahaja.
;))
Haifa pula, this is her 1st time. Memang masa 1st day, dia macam keliru sikit. Takut pun ada. Namun akhirnya Haifa seronok sungguh. Dia menikmati laut, pasir dan juga pasir dan juga pasir lagi.
Aku pula apa kurangnya. Aku memang cintakan laut dan pantai.
Ibarat ketagihan aku ini kalau masa pregnant. Perkara wajib ialah mandi laut. Semestinya, sekali pun cukup.
Muahhh to laut.
Bila kala hubby temankan anak-anak main pasir. Memang mithali sungguh hubby aku ini. Aku pandang-pandang memang kebanyakkannya mesti para ibu yang temankan anak-anak main pasir. Tapi aku sudah terbalik, aku tetap layan mandi laut sorang-sorang dengan pelampung biru aku. hikhik.

Haifa with baju mandi

Haziq kesukaan sungguh bila dapat tidur atas pasir

Friday, March 4, 2011

Neraca hidup


Di umur menjelang 35 tahun ini, aku merasai yang dugaan hidup semakin menebal. Semua itu aku pasti mesti memerlukan satu tahap kesabaran yang cukup tinggi untuk menempuh dan melaluinya.

Aku bekerja dan aku melihat kelebihan kekurangan mereka di sekeliling aku. Seringkali timbul juga rasa cemburu dalam hati. Tapi aku cuba tepis pelan-pelan dengan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
Dan aku meredhainya.

Ialah, kenapa dia ada kereta cantik dan baru?. Kenapa aku masih driving kereta yang sama lagi.
Hikmahnya kenapa aku mesti lupa dengan nikmat lain yang ALLAH beri pada aku.
Aku di beri cahaya mata yang sungguh comel. Sedang dia tidak mempunyai itu. Mungkin ALLAH gantikan hilai tawa tangisan si comel dengan rezeki kereta yang gah begitu.
ADIL..KAN GITU.

Sama juga, kenapa dia asyik dapat kesana sini hingga kehujung dunia. Aku pula bersyukur sudah sampai ke tempat yang wajib bila mampu MEKAH dan MADINAH masa menunaikan umrah dulu. Alhamdulilah.
Keindahannya sama juga, ALLAH menggantikan kesedihan hatinya dengan kegembiraan melancong.
Aku pula ALLAH gantikan dengan hubby yang sentiasa berada di sisi. Juga dengan nikmat kesuburan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulilah.
ADIL JUGA...KAN.

Oleh itu jangan sekali-kali kita mempertikaikan apa yang orang lain ada dengan diri kita sendiri.

Lagipun memang sudah termaktub gitu, sekiranya berkawin itu atas niat hendak mempunya suami atau isteri yang bijak pandai.
Maka itulah sahaja yang ALLAH kurniakan.

Kalau mahu pasangan yang kaya raya, iya itu juga sahaja yang ALLAH bagi.
Dan kehidupannya juga nanti tidak mungkin sama dengan orang yang bersuamikan orang sederhana. Semestinya pekerjaan suaminya lebih sibuk dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk keluarga. Kerana juga semestinya beban kerjanya adalah lebih tinggi bersesuaian dengan pulangan yang didapatinya.

Mungkin juga semua itu bergantung pada niat dalam hati sendiri. Apa yang kita mahukan dalam hidup suami isteri sebenarnya.

Syukur pada ALLAH, kerana antara doa-doa aku di depan pintu KAABAH satu masa dulu mengenai jodoh telah aku dapat dengan hubby tercinta.
Dan aku tidak pernah menyesal atas jodoh ALLAH untuk diriku yang kerdil ini.
;))

p/s biasalah ibu mengandung memang emosi gitu. sebab itu post pun macam emo sahaja.
hikhikhik.
namun aku tetap insan yang lemah. aku juga punya hati dan perasaan.

Thursday, March 3, 2011

cinta ku Demam - update sikit


Cinta aku ini demam. On Off sudah masuk 2 hari. Aku bagi ubat demam yang memang sedia ada di rumah sahaja. Risau aku dengan keadaan Haziq. Hari ini dalam jam 1 lebih aku with hubby hendak bawa Haziq pergi klinik. Haziq ok sahaja aku tengok cuma dia tidak aktif sangat seperti selalu.

p/s kalau Haziq masih belum betul-betul sihat esok. mungkin destinasi percutiaan terpaksa di tukar.

Alhamdulilah, Haziq rupanya sakit tekak. Sebab itu demamnya on off. Really aku risau sangat sangat. Ialahkan, sudahlah H1N1 telah mengakibatkan seorang maut di Kajang. Hari Ahad lepas kami sekeluarga kan ke Taman Bukit Jalil. Kemungkinan murid atau guru yang terkena jangkitan itu berada juga di sana. Manalah tahu..kan. Malang itu tidak berbau.

Wednesday, March 2, 2011

Bercuti dan mandi manda , location please?

Ish kepala aku ini memang looking foward untuk bercuti sahaja. Penat weh, kerja dan kerja. Hubby pun gitu, kasihan kat dia. Penat juga dan ditambah lagi 'menjaga' aku yang boyot ini.
So aku memang fikir sudah.
Aku mahu bercuti, mandi manda.
Sekarang ini tengah survey tempat. Dapat semalam pun sudah baik. Hattanya hari Isnin aku mahu cuti juga.
Kawan-kawan, ada suggestion?.
Aku cuma mahu tempat dekat-dekat sahaja. Mungkin di N9 dan Melaka gitu.
Dimana yang best ek?

Tuesday, March 1, 2011

4 batang sahaja


Haifa dengan gigi 4 batangnya. Dan ianya kekal hingga hari ini. Rasanya macam ada lagi hendak tumbuh, namun belum kelihatan lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails