Followers

Saturday, September 17, 2011

Hantu Bonceng - wajib tengok tau!!!


Semalam aku layan movie nie. Ialah kutipan tiket masuk RM8 juta gitu.
Tidak tahulah la nie sudah masuk baper lagilah kan.

Serius bagitau, citer ini memang wajib tengok tau.
Sakit perut aku asyik bergelak ketawa sahaja.
Memang ironinya lawak Zizan memang 'wa cakap lu' adalah lawak baru aku dengarlah. Bukan lawak yang sedia ada sekarang ini.
Tabik juga pada Ahmad Idham dengan citer arahannya ini. Tahniah bro.
Lagi ditambah baek oleh pelakon pembantu yang baju hijau tu sebagai rakan baik zizan. Namanya Taiyuddin Bakar. Memang gandingan serasi oleh mereka dalam movie ini.


Sinopsis aku copy dari laman web enciknakal. tq weh.
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang. Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Lakonan Jue Aziz macam biasa mesti berkesan punya.
Aku tengok dia nie memang sesuai sahaja kalau berlakon citer rempit camni. Patutlah pengarah2 suka ambil dia berlakon. Lakonan mesti mantap.
Jue berlakon sebagai nurse dalam movie ini. Nape nurse?. Sebabnya mat rempit si zizan itu asyik masuk hospital sahaja. Ialah asyik berlumba sahaja kerjanya. So mesti ada accidentlah kan.
Doktor dalam citer ini ialah si zahid AF tu.
Oklah, dia memang lawak jugakan.
Ada lagi pelakon lain ialah Juliana Evan,Cat Farish, Eizlan Yusoff, Dottie dan salah seorang girl dalam group music cat farish.

cute je kan diaorang pakai baju sama gitu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails