Followers

Thursday, September 22, 2011

Masak lemak cendawan kukur.

 

Semalam aku masak ini.
Lauk masak lemak cili api.
+ayam+daun pucuk ubi+cendawan kukur.
Khas untuk my hubby yang peminat si cendawan itu.
Ironinya mushroom  ini datangnya segar dari kg.
Hasil petikkan emak dari pokok-pokok getah yang sudah di tebang di depan rumah.
Memang rumah aku berkeliling dengan pokok getah.
Kg gitukan.
Ceritanya lagi, daun pucuk+cili api+serai adalah petikan di belakang rumah aku sahaja.
;))
Santan pula guna yang kotak sahaja.
Aku makan part ayam dan cendawan sahaja.
Jangan keliru ya, emak sudah cakap yang aku boleh makan mushroom itu.
Ia bukan kumpulan beranginan.

Bagi yang belum pernah tengok cendawan ini. Ginilah rupanya segar dari ladang.


Minuman dan makanan RUTIN bila berpantang. Apa lagi kalau bukan MILO kosong. Kisahnya si milo ini sudah jadi sebati dengan aku since mula-mula pregnant hari itu. Kebayangan sudah dekat setahun aku asyik begitu dengan air ini.
Sampai berketika, aku bebel dengan hubby dan juga emak yang aku sudah BOSAN merasa kekosongan milooo aku ini.
Namun itu sekadar di mulut sahaja.
Hari ini tetap breakfast dengan dia lagi.
;))

6 comments:

gee ryder said...

sedap nampak pucuk ubi tu..

tak pernah boringla rasanye minum milo hehehe

oya said...

x pernah rasa cendawan tu..

maidatul said...

uihss akak sudah habis bpantang iya... kejap jea rasa kan...

part cendawan itu memang sodap bt masak lemak cili api...nak nak santan pekat dan pedas memang terangkat punyalah...

haslina said...

gee - tq. kekadang mulut ckp boring, tp minum juga lagi.
;))

oya - cendawan yang tumbuh di pokok yang dah di tebang@mati.

akma - belum habis pantang lagi.
itu lauk utk hubby. dia request. masak pun mmg tak pedas pun.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

cendawan kukur tu me selalu goreng dengan telur. terasa mcm makan daging..hehhee

haslina said...

eliss - resepi baru tu. lagi sonang masak kan.
erm, mmg cendawan ni liat gitu kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails