Followers

Wednesday, September 28, 2011

Sinetron...erm?

Semenjak aku belum bersalin hari itu. Maknanya tengah sarat bangat. Aku sudah mula bercuti dan duduk berlenggang perut di rumah.
Lepas itu aku sudah bersalin dan aku berpantang di rumah KL.
Yang paling aku tidak tahan ialah tepat jam 2 pm mesti drama Indon di TV3.
Letih sungguh dibuatnya.


Maklumlah rumah aku ini tiada Astro. Makanya tengok sahaja siaran yang ada itu. Tiada pilihan. Sebab sudah tiada cerita lain selalunya tv itu on sahaja tanpa penonton. Sikit-sikit aku tahu juga siapa itu MILO, ALYA, JULIE. Hahaha.
Entah aku pun tidak tahu kenapa aku tidak berminat drama Indon ini. Padahal zaman dulu itu, boleh sahaja tengok movie Indon masa zaman Dicky Zulkarnain. Movie masa itu mesti cerita hantu, cerita lawan-lawan. Memang bestlah.Original gitu.
Tidaklah macam yang sekarang ini.
Yang memang lakonan semata.
Dengan adegan yang tidak masuk akal.
Nampak sangat menipunya)

Namun aku hendak ulang balik ayat aku tadi, sebab tiada pilihan ada orang terpaksa juga menonton drama Indon.
Macam cakap emak, sudah cerita Melayu asyik di ulang-ulang tayang sahaja di Astro. Emak pun tengoklah cerita Indon.
Ahah, siapa hendak komen hal ini.

7 comments:

Ina Hashim said...

lin,

citer Indon mmg sll tak ada logika...tapi ntah cemana tetap menarik perhatian ramai....akak suka jugak tgk citer Indon ni...Cinta Fitri la, Amanah dalam Cinta la dan terbaru Puteri yang Ditukar....tapi cemana ceritanya,gitulah cara hidup diorang kat sana

velasrizal said...

mmg sukar nk halang benda ni sbb permintaan sentiasa ada

Ms Haslina said...

kak ina - itulah kan kak.

dik rizal - itu juga kot puncanya.

aliaaroslan said...

nama saya sangat sinonim dengan watak heroin sinetron. nampak gayanya saya kne jadi pelakon la kak.

Ms Haslina said...

alia - hahaha. part nama tu mmg betul. tp akak tak rela alia jadi pelakon sinetron. klu pelakon KOREA...boleh ok.
;))

ct rahani said...

drama indon mmg merapu2.. klu tgk wat naik angin je kan.. hiks..

btw.. salam kenal yer.. kiter follow..

Ms Haslina said...

ct - itulah pasalkan.
salam kenal kembali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails